Penaja Utama Makmal Informasi

Nuffnang

Penaja

Thursday, March 19, 2020

Cara Memohon Bantuan RM600 Melalui Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) Bagi Pekerja yang Terpaksa Mengambil Cuti Tanpa Gaji


PROGRAM PENGEKALAN PEKERJAAN (ERP) UNTUK PEKERJA TERIMA NOTIS CUTI TANPA GAJI 

Berikutan perutusan khas YAB Perdana Menteri pada 16 Mac 2020 berkenaan pembentangan semula Pakej Rangsangan Ekonomi 2020, peruntukan sebanyak RM60 juta daripada Kerajaan serta RM60 juta lagi daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah disediakan bagi tujuan pelaksanaan Program Pengekalan Pekerjaan (Employment Retention Program - ERP). 


ERP menyediakan bantuan kewangan sementara sebanyak RM600 sebulan pada kadar rata untuk tempoh maksimum 6 bulan kepada mana-mana pekerja dan majikan yang memenuhi syarat kelayakan berikut :- 

1. Pekerja yang diberi notis cuti sementara tanpa gaji (unpaid leave) oleh majikan berkuatkuasa mulai 1 Mac 2020; 

2. Pekerja sektor swasta yang berdaftar dan mencarum dengan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO; 

3. Terhad kepada pekerja yang bergaji RM4,000 dan ke bawah; 

4. Majikan membuat permohonan bagi pihak pekerja; dan 

5. Majikan hendaklah menyalurkan RM600 terus kepada akaun pekerja. 

ERP ini bertujuan untuk membantu majikan yang terjejas akibat Covid-19 yang terpaksa mengambil langkah mengurangkan kos operasi dengan pendekatan mengeluarkan notis cuti tanpa gaji kepada pekerja mereka.



Cara memohon: 

Permohonan perlu dikemukakan oleh majikan bagi pihak pekerja mereka melalui Borang Permohonan ERPC-19 bermula 20 Mac 2020. Borang permohonan yang lengkap boleh dihantar melalui email: erpc19@perkeso.gov.my.


Kaedah Pembayaran:

Bayaran ERP akan dikreditkan kepada akaun majikan dan majikan bertanggungjawab untuk mengkreditkan terus ke dalam akaun pekerja dalam tempoh 7 hari selepas menerima bayaran daripada PERKESO.





Wednesday, March 18, 2020

Lee Zii Jia Kini Antara 10 Pemain Terbaik Dunia 2020


Kejayaan pemain perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia mara ke separuh akhir di kejohanan Seluruh England 2020, di Birmingham minggu lalu telah memberikan impak yang besar buat pemain ini. Lee Zii Jia yang berumur 22 tahun itu kini berada sebaris dalam kalangang pemain handalan dunia apabila Lee Zii Jia berjaya melonjakkan rankingnya ke-10 terbaik dunia. Sebelum kejohanan ini, Zii Jia hanya menduduki ranking ke-13 dunia.
Kejohanan Seluruh England 2020 merupakan penampilan pertama beliau. Zii Jia telah mempamerkan prestasi yang cemerlang apabila mara ke separuh akhir sebelum ditewaskan oleh bekas jauara dunia dari Denmark, Viktor Axelsen. Axelsen berjaya muncul juara selepas menewaskan pemain dari Taiwan, Chou Tien Chen.


Sepanjang perjalanan Zii Jia di kejohanan ini, beliau melakarkan kejutan apabila berjaya menundukkan pemenang pingat emas Sukan Asia 2018 dari Indonesia. Zii Jia berjaya memperbaiki rekod pertemuannya dengan pemain Indonesia ini kerana Zii Jia belum pernah menang dalam perlawanan-perlawanan sebelum ini.Di peringkat suku akhir pula, Zii Jia berjaya menewaskan pemenang pingat emas Olimpik Rio 2016, Chen Long.
Berikut merupakan ranking BWF terkini bagi perseorangan lelaki.

Kento Momota masih lagi unggul di ranking pertama manakala Chou Tien Chen di kedudukan kedua dan Anders Antonsen menduduki ranking ke-3 dunia.



Tuesday, March 17, 2020

COVID-19: Antara Syarat Kelayakan Bantuan RM600 kepada Pekerja yang Terpaksa Mengambil Cuti Tanpa Gaji




Pada hari ini Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah menjelaskan tentang Bantuan kewangan sementara sebanyak RM600 untuk tempoh maksimum 6 bulan. Ada beberapa syarat kelayakan untuk dipenuhi antaranya, gaji pekerja hendaklah RM4,000 dan ke bawah. Selain itu, pekerja diberi notis cuti sementara tanpa gaji oleh majikan berkuat kuasa mulai 1 Mac 2020. Bagi pekerja sektor swasta pula hendaklah berdaftar dan mencarum dengan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO. Untuk maklumat tambahan berkaitan Syarat-syarat ini, anda bolehlah menghubungi talian khidmat pelanggan ke perkeso@perkeso.gov.my untuk maklumat lebih lanjut. 
Berita penuh boleh rujuk Berita Harian Online di bawah. 


KUALA LUMPUR: Peruntukan RM120 juta disediakan menerusi Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) bagi membantu majikan dan pekerja yang terkesan dengan penularan COVID-19.
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menjelaskan bantuan kewangan sementara dengan kadar rata sebanyak RM600 sebulan untuk tempoh maksimum enam bulan itu akan diberikan kepada pekerja dan majikan yang memenuhi syarat kelayakan.
Antara syarat kelayakan ialah pekerja diberi notis cuti sementara tanpa gaji oleh majikan berkuat kuasa mulai 1 Mac 2020. Pekerja sektor swasta pula berdaftar dan mencarum dengan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO.
“Bantuan hanya terhad kepada pekerja yang bergaji RM4,000 dan ke bawah. Majikan membuat permohonan bagi pihak pekerja dan majikan hendaklah menyalurkan RM600 terus kepada akaun pekerja,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


PERKESO berkata, ERP bertujuan membantu majikan yang terjejas akibat COVID-19 sehingga terpaksa mengambil langkah mengurangkan kos operasi dengan pendekatan mengeluarkan notis cuti tanpa gaji kepada pekerja mereka.
Sebarang persoalan berhubung program penyaluran bantuan kewangan sementara berkenaan boleh dirujuk menerusi pekeliling majikan dan senarai soalan lazim di laman web PERKESO yang akan diterbitkan dalam tempoh terdekat.
“Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi talian khidmat pelanggan 1-300-22-8000 atau kemukakan pertanyaan anda menerusi emel ke perkeso@perkeso.gov.my atau salurkan aduan, pertanyaan melalui facebook.com/perkeso.official,” katanya.

Monday, March 16, 2020

COVID-19 Kerajaan Beri Bantuan RM600 Sebulan kepada Pekerja Terpaksa Ambil Cuti Tanpa Gaji


Perdana Menteri mengumumkan akan memberikan bantuan kewangan kepada para pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji. Bantuan yang bakal di terima adalah sebanyak RM600 sebulan untuk tempoh maksimum enam bulan. Bantuan ini diberikan susulan penularan wabak Corona Virus (COVID-19). Untuk berita penuh, lanjut baca Berita Harian Online di bawah (Sumber Berita Harian Online) 


PUTRAJAYA: Bantuan kewangan sebanyak RM600 sebulan untuk tempoh maksimum enam bulan akan diberikan kepada pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji, susulan penularan wabak COVID-19, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Perdana Menteri berkata mereka yang layak menerima bantuan itu adalah pekerja yang diberi notis tanpa gaji mulai 1 Mac 2020.


“(Bantuan itu juga) Layak untuk pencarum Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) dengan gaji tidak melebihi RM4,000 sebulan. Langkah ini membabitkan peruntukan RM120 juta. Seramai 33,000 pekerja disasarkan menerima faedah tersebut,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) di Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini. – BERNAMA

Antara Syarat Kelayakan Bagi Bantuan RM600 Sebulan kepada Pekerja yang Terpaksa Ambil Cuti Tanpa boleh lihat di link ini

Sunday, March 15, 2020

Live Streaming Final Viktor Axelsen vs Chou Tien Chen Yonex All England 2020


Perlawanan final Yonex All England Open 2020 di antara Viktor Axelsen dan Chou Tien Chen. Viktor Axelsen yang merupakan pemain pilihan ke-4 Kejohanan telah layak ke final setelah menewaskan perseorangan lelaki Malaysia, Lee Zii Jia, 17-21, 21-13 dan 21-19.

Manakala, Chou Tien Chen layak ke final setelah Anders Antonsen manarik diri ketika pungutan mata didahului oleh Cwhou Tien Chen 17-14.

Untuk menonton live streaming Viktor Axelsen vs Chou Tien Chen klik link di bawah.



Saturday, March 14, 2020

Live Streaming Semi Final Lee Zii Jia vs Viktor Axelsen Yonex All England Open 2020


Perseorangan nombor 1 negara, Lee Zii Jia berjaya melangkah ke peringkat semi final Yonex All England Open 2020 setelah berjaya menundukkan pemenang pingat emas Olimpik Rio 2016, Chen Long di peringkat suku akhir. Lee Zii Jia menang dengan 2 set, 21-12 dan 21-18 dalam masa 49 minit. Manakala, satu lagi wakil negara iaitu beregu lelaki, Aaron Chia dan SohWooi Yik terkandas di suku akhir setelah tewas di tangan beregu nombor satu dunia, Marcus Fernaldi Gideon dan Kevin Sanjaya Sukamuljo, 21-17 dan 21-19. 



Lawan yang menanti Lee Zii Jia di peringkat semi final adalah perseorang Denmark, Viktor Axelsen yang juga merupakan pemain pilihan ke-2 kejohanan. Viktor Axelsen mara ke peringkat semi final setelah menumbangkan perseorangan dari China, Shi Yuqi, 21-15 dan 21-7 dalam masa 40 minit. 

Perlawanan semi final kali ini merupakan pertembungan kali ketiga bagi kedua-dua pemain. Rekod perlawanan di antara Lee Zii Jia dan Viktor Axelsen adalah seri 1-1. Perlawanan terakhir di antara kedua-dua pemain ini dimenangi oleh Lee Zii Jia sewaktu kejohanan Terbuka Korea 2019 September tahun lalu, 21-18 dan 21-16. 



Perlawanan peringkat semi final di antara Lee Zii Jia vs Viktor Axelsen dijadualkan pada 6.00 pm waktu Malaysia (14 Mac 2020). Anda boleh menonton secara langsung (Live TV) di Astro Supersport CH 814. Untuk menonton live streaming anda boleh klik link di bawah.


Friday, March 13, 2020

Live Streaming Quarter-final Aaron Chia/Soh Wooi Yik vs Marcus Fernaldi Gideon/Kevin Sanjaya Sukamuljo Yonex All England Open 2020


Pada hari ini berlangsung suku akhir Yonex All England Open 2020. Beregu lelaki Malaysia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik telah melayakkan diri ke peringkat suku akhir setelah menumpaskan beregu dari Taiwan, Lu Ching Yao dan Yang Po Han, 24-22 dan 21-17 dalam masa 48 minit. Aaron Chia dan Soh Wooi Yik yang juga merupakan beregu pilihan ke-8 kejohanan bakal beretemu dengan beregu nombor satu dunia, Marcus Fernaldi Gideon dan Kevin Sanjaya Sukamuljo.



Beregu nombor satu dunia itu layak ke suku akhir setelah menundukkan beregu China, Ou Xuan Yi dan Zhang Nan dengan pungutan mata 21-9 dan 21-15 dalam masa 23 minit. 

Mengikut rekod pertemuan di antara beregu Malaysia dan Indonesia ini, perlawanan akan memihak kepada beregu nombor satu dunia, Marcus Fernaldi Gideon dan Kevin Sanjaya Sukamuljo. Beregu Indonesia ini memenangi keenam-enam perlawanan menentang Aaron Chia dan Soh Wooi Yik. Kali terkahir kedua-dua beregu ini bertemu ketika Final Badminton Asia Team Championships, di mana Marcus dan Kevin memenangi perlawanan tersebut, 22-20 dan 21-16.



Perlawanan di antara kedua-dua beregu ini dijadualkan pada 1.00 am waktu Malaysia, 14 Mac 2020.

Untuk menonton live streaming perlawanan ini, klik link di bawah.

Live Streaming Semi Final Yonex All England Open 2020

Lee Zii Jia vs Viktor Axelsen (14 Mac 2020) klik DI SINI.



Live Streaming Quarter-final Lee Zii Jia vs Chen Long Yonex All England Open 2020


Perseorangan lelaki Malaysia, Lee Zii Jia berjaya melangkah ke peringkat Suku Akhir Yonex All England Open 2020 setelah menumpaskan perseorangan dari China, Lu Guang Zu 21-10 dan 21-16. Lawan yang menanti Lee Zii Jia di peringkat Suku Akhir adalah Chen Long dadaryang merupakan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Rio 2016.



Di pusingan kedua, Chen Long menumpaskan rakan senegara iaitu Lin Dan yang juga merupakan pemenang pingat emas sukan Olimpik Beijing 2008 dan London 2012 dengan pungutan mata 21-17 dan 21-8.

Perlawanan di antara Chen Long menentang Lee Zii Jia dijadualkan pada jam 6.00 pm waktu Malaysia. 



Untuk menonton live streaming perlawanan ini, klik link di bawah. 


Keputusan Perlawanan Suku Akhir Lee Zii Jia vs Chen Long
  • Lee Zii Jia  21  21
  • Chen Long  12  18

Live Streaming Semi Final Yonex All England Open 2020

Lee Zii Jia vs Viktor Axelsen (14 Mac 2020) klik DI SINI.




Thursday, March 12, 2020

Live Streaming R16 Ong Yew Sin/Teo Ee Yi vs Lee Yang/Wang Chi-Lin Yonex All England Open 2020



Beregu profesional negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi telah telah ke pusingan yang kedua Yonex All England Open 2020 setelah menewaskan beregu dari China, He Ji Ting dan Tan Qiang, 19-21, 21-15 dan 21-12 dalam masa 53 minit. Yew Sin dan Ee Yi bakal berhadapan dengan lawan dari Taiwan, Lee Yang dan Wang Chi-Lin yang juga merupakan beregu pilihan ke-7 kejohanan.



Lee Yang dan Wang Chi-Lin melangkah ke peringkat ke-2 setelah menundukkan lawan dari Jerman, Mark Lamfuss dan Marvin Seidel, 21-16 dan 21-13 dalam masa 30 minit.

Perlawanan di antara dua beregu ini dijadualkan pada jam 12.20 tengah malam waktu Malaysia (13 Mac 2020).


Untuk menonton live streaming perlawanan ini klik link di bawah.


Perlawanan Pusingan kedua (12 Mac 2020)

Live Streaming R16 Lee Zii Jia vs Lu Guang Zu Yonex All England Open 2020


Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia telah layak ke pusingan kedua Yonex All England Open 2020 setelah menumpaskan perseorangan Indonesia, Jonatan Christie, 21-15 dan 21-13. Kemenangan ini merupakan kemenangan pertama buat Lee Zii Jia setelah rekod perlawanan sebelum ini memperlihatkan Jonatan Christie memenangi keempat-empat perlawanan.


Lawan yang bakal ditemui Lee Zii Jia di peringkat kedua adalah perseorangan dari China, Lu Guang Zu. Lu Guang Zu telah menewaskan Kantapon Wangcharoen dari Thailand, 21- 16 dan 21-9. 

Perlawanan ini dijadualkan pada 10 pm waktu Malaysia.


Untuk menonton live streaming boleh klik link di bawah.

Perlawanan pusingan kedua (melibatkan pemain Malaysia)

Live Streaming R16 Shesar Hiren Rhustavito vs Rasmus Gemke Yonex All England Open 2020


12 Mac 2020 - Hari ini merupakan hari yang kedua (R16) bagi Yonex All England Open 2020 yang berlangsung di Arena Birmingham. Perseorangan lelaki Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito melangkah ke pusingan kedua setelah Kashyap Parupalli 'retired' ketika mata perlawanan didahului oleh Shesar 3-0.



Lawan Shesar di pusingan kedua adalah perseorangan Denmark, Rasmus Gemke. Rasmus Gemke melangkah ke pusingan kedua setelah menewaskan perseorang Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting  yang juga pemain pilihan ke-4 perlawanan, 21-14 dan 21-18. Perlawanan ini dijangkakan bermula pada 7.00 pm waktu Malaysia.


Untuk menonton live streaming boleh klik link di bawah.

Live Streaming R16 Aaron Chia/Soh Woi Yik vs Lu Ching Po/Yang Po Han Yonex All England Open 2020


12 Mac 2020 - Hari ini merupakan hari yang kedua (R16) bagi Yonex All England Open 2020. Beregu lelaki negara Aaron Chia/Soh Wooi Yik yang merupakan pilihan kelapan kejohanan telah melangkah ke peringkat R16 (pusingan kedua) setelah menumpaskan beregu senegara Goh Sze Fei/Nur Izzuddin 21-15 dan 21-17.



Aaron Chia dan Soh Woi Yik akan turun menentang beregu dari Taiwan Lu Ching Po dan Yang Po Han di pusingan kedua hari ini. Beregu Taiwan ini telah menewaskan beregu dari Mesir, Adham Hatem Elgamal dan Dona Hany 21-5 dan 21-13. Perlawanan di antara Aaron Chia/Soh Woi Yik vs Lu Ching Po/Yang Po Han dijadualkan pada 11.45 pm. 

Untuk menonton live streaming boleh klik link di bawah.


Wednesday, March 11, 2020

Live Streaming R32 Lee Zii Jia vs Jonatan Christie Yonex All England 2020


Pada hari ini akan bermula saingan 'Yonex All England Open 2020' sehingga 15 Mac 2020. Perlawanan pusingan R32 'Yonex All England Open 2020' bagi perseorangan lelaki di antara pemain Malaysia, Lee Zii Jia yang menduduki ranking ke-13 dunia akan menentang pemain Indonesia Jonatan Christie, ranking ke-6.. Pertemuan kali ini merupakan pertemuan yang ke-5 dan Jonatan Christie memenangai keempat-empat perlawanan sebelum ini. Mampukah Lee Zii Jia menewaskan Jonatan Christie pada perlawanan kali ini? Sama-sama kita saksikan. 


Untuk menonton live streaming klik DI SINI (must use VPN).

Perlawanan di antara Lee Zii Jia dan Jonatan Christie telah tamat. Lee Zii Jia berjaya menewaskan Jonatan dengan mata 21-15 dan 21-13 dalam masa  41 minit.

Perlawanan Pusingan kedua (12 Mac 2020)


Penaja