Penaja Utama Makmal Informasi

Nuffnang

Penaja

Showing posts with label Badminton 2020. Show all posts
Showing posts with label Badminton 2020. Show all posts

Saturday, March 14, 2020

Live Streaming Semi Final Lee Zii Jia vs Viktor Axelsen Yonex All England Open 2020


Perseorangan nombor 1 negara, Lee Zii Jia berjaya melangkah ke peringkat semi final Yonex All England Open 2020 setelah berjaya menundukkan pemenang pingat emas Olimpik Rio 2016, Chen Long di peringkat suku akhir. Lee Zii Jia menang dengan 2 set, 21-12 dan 21-18 dalam masa 49 minit. Manakala, satu lagi wakil negara iaitu beregu lelaki, Aaron Chia dan SohWooi Yik terkandas di suku akhir setelah tewas di tangan beregu nombor satu dunia, Marcus Fernaldi Gideon dan Kevin Sanjaya Sukamuljo, 21-17 dan 21-19. 



Lawan yang menanti Lee Zii Jia di peringkat semi final adalah perseorang Denmark, Viktor Axelsen yang juga merupakan pemain pilihan ke-2 kejohanan. Viktor Axelsen mara ke peringkat semi final setelah menumbangkan perseorangan dari China, Shi Yuqi, 21-15 dan 21-7 dalam masa 40 minit. 

Perlawanan semi final kali ini merupakan pertembungan kali ketiga bagi kedua-dua pemain. Rekod perlawanan di antara Lee Zii Jia dan Viktor Axelsen adalah seri 1-1. Perlawanan terakhir di antara kedua-dua pemain ini dimenangi oleh Lee Zii Jia sewaktu kejohanan Terbuka Korea 2019 September tahun lalu, 21-18 dan 21-16. 



Perlawanan peringkat semi final di antara Lee Zii Jia vs Viktor Axelsen dijadualkan pada 6.00 pm waktu Malaysia (14 Mac 2020). Anda boleh menonton secara langsung (Live TV) di Astro Supersport CH 814. Untuk menonton live streaming anda boleh klik link di bawah.


Friday, March 13, 2020

Live Streaming Quarter-final Aaron Chia/Soh Wooi Yik vs Marcus Fernaldi Gideon/Kevin Sanjaya Sukamuljo Yonex All England Open 2020


Pada hari ini berlangsung suku akhir Yonex All England Open 2020. Beregu lelaki Malaysia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik telah melayakkan diri ke peringkat suku akhir setelah menumpaskan beregu dari Taiwan, Lu Ching Yao dan Yang Po Han, 24-22 dan 21-17 dalam masa 48 minit. Aaron Chia dan Soh Wooi Yik yang juga merupakan beregu pilihan ke-8 kejohanan bakal beretemu dengan beregu nombor satu dunia, Marcus Fernaldi Gideon dan Kevin Sanjaya Sukamuljo.



Beregu nombor satu dunia itu layak ke suku akhir setelah menundukkan beregu China, Ou Xuan Yi dan Zhang Nan dengan pungutan mata 21-9 dan 21-15 dalam masa 23 minit. 

Mengikut rekod pertemuan di antara beregu Malaysia dan Indonesia ini, perlawanan akan memihak kepada beregu nombor satu dunia, Marcus Fernaldi Gideon dan Kevin Sanjaya Sukamuljo. Beregu Indonesia ini memenangi keenam-enam perlawanan menentang Aaron Chia dan Soh Wooi Yik. Kali terkahir kedua-dua beregu ini bertemu ketika Final Badminton Asia Team Championships, di mana Marcus dan Kevin memenangi perlawanan tersebut, 22-20 dan 21-16.



Perlawanan di antara kedua-dua beregu ini dijadualkan pada 1.00 am waktu Malaysia, 14 Mac 2020.

Untuk menonton live streaming perlawanan ini, klik link di bawah.

Live Streaming Semi Final Yonex All England Open 2020

Lee Zii Jia vs Viktor Axelsen (14 Mac 2020) klik DI SINI.



Thursday, March 5, 2020

Men's Doubles BWF World Ranking 2020


The BWF World Ranking is the official ranking of the Badminton World Federation for badminton players who participate in tournaments sanctioned by Badminton World Federation. It is used to determine the qualification for the World Championships and Summer Olympic Games as well as BWF World Tour tournaments.


The world number one for Men's doubles is Marcus Fernaldi Gideon and Kevin Sanjaya Sukamuljo (Indonesia) with the points 104,453. While, Hendra Setiawan and Mohammad Ahsan (Indonesia) at the rank two and Li Jun Hui and Liu Yu Chen (China) at the rank three with 101,757 points and 82,930 points respectively.

The latest Top 25 Men's Doubles Ranking 2020 as shown in the figure below.





Latest Men's Single BWF World Ranking click HERE

Saturday, February 29, 2020

Men's Single BWF World Ranking 2020


The BWF World Ranking is the official ranking of the Badminton World Federation for badminton players who participate in tournaments sanctioned by Badminton World Federation. It is used to determine the qualification for the World Championships and Summer Olympic Games as well as BWF World Tour tournaments.

The latest Top 15 Men's Single Ranking 2020 as shown in the figure below.





For latest Men's Doubles BWF World Ranking 2020 click HERE

Friday, January 17, 2020

Live Streaming Keputusan Marcus Fernaldi Gideon Kevin Sanjaya Sukamuljo vs Goh Sze Fei Nur Izzudin


Pada Suku Akhir Daihatsu Indonesia Masters 2020, pasukan negara mempunyai 5 wakil iaitu 3 daripada beregu lelaki Dan 2 daripada beregu campuran. Beregu lelaki yang layak ke Suku Akhir adalah Goh Sze Fei & Nur Izzudin, Teo Ee Yi & Ong Yew Sin dan Aaron Chia & Soh Woi Yik. Manakala beregu campuran yang layak adalah Chan Peng Soon & Goh Liu Ying serta Tan Kian Meng & Lai Pei Jing.


Goh Sze Fei & Nur Izzudin akan turun menentang beregu nombor satu dunia iaitu Marcus Fernaldi Gideon & Kevin Sanjaya Sukamuljo. Manakala Aaron Chia & Soh Woi Yik akan menentang rakan senegara Ong Yew Sin & Teo Ee Yi.

Bagi beregu campuran pula, Chan Peng Soon & Goh Liu Ying akan berhadapan dengan beregu campuran nombor 1 dunia, Zheng Siwei & Huang Ya Qiong. Sementara, Tan Kian Meng & Lai Pei Jing akan menentang beregu daripada Koreo Ko Sung Hyun & Eom Hye Won.

Berikut merupakan jadual penuh perlawanan Suku Akhir Daihatsu Indonesia Masters 2020.






Untuk menonton live streaming, klik link di bawah




  • Istora Senayan 3


Saturday, January 11, 2020

Live Streaming Keputusan Semi Final Lee ZII Jia vs Kento Momota Perodua Malaysia Masters 2020


PERODUA Malaysia Masters 2020 kali ini berlangsung di Kuala Lumpur. Di peringkat separuh akhir pasukan negara mempunyai dua wakil iaitu perseorangan lelaki, Lee Zii Jia dan beregu campuran professional negara, Chan Peng Soon Dan Goh Liu Ying.

Lee Zii Jia berjaya layak ke semi final setalah menundukkan lawan daripada China, Shi Yuqi yang juga merupakan pemain pilihan ke-7 Kejohanan 12-21, 21-16 Dan 21-19. Mana kala, Chan Peng Soon Dan Goh Liu Ying menewaskan beregu campuran Jepun, Takuro Hoki dan Wakana Nagahara, 21-15 dan 21-18.



Lee Zii Jia dijadualkan akan menentang Kento Momota pada jam 7.00 pm waktu Malaysia. Mari sama-sama kita berikan sokongan kepada para pemain negara kita.

Untuk menonton live streaming, klik DI SINI

Friday, January 10, 2020

Live Streaming Keputusan Lee Zii Jia vs Shi Yuqi Suku Akhir Perodua Malaysia Masters 2020


Pada Suku Akhir hari ini, perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia akan turun menentang perseorangan daripada China, Shi Yuqi. Lee Zii Jia mara ke Suku Akhir selepas menumbang pemain India, Sameer Verma dalam dua set, 21-19 Dan 22-20.



Mari sama-sama kita saksikan perlawanan di antara Shi Yuqi Dan Lee Zii Jia yang dijadualkan berlangsung kira-kira 7.00pm waktu Malaysia.

Untuk menontong live streaming KLIK DI SINI


Thursday, January 9, 2020

Live Streaming Keputusan Lee Zii Jia vs Sameer Verma Perodua Malaysia Masters 2020


Kejohanan Badminton pada tahun ini membuka tirainya dengan Kejohanan Perodua Malaysia Masters 2020 dengan hadiah berjumlah wang tunai USD400,000.


Pada hari ini merupakan pusingan kedua bagi Kejohanan ini. Perseorangan negara Lee Zii Jia menjadi wakil tunggal negara bagi perseorangan lelaki yang layak ke pusingan yang kedua. Zii Jia berjaya menumpaskan pemain Denmark, Anders Antonsen di pusingan pertama dengan mata 14-21, 21-15 & 21-8.

Pada hari, Lee Zii Jia akan turun menentang perseorangan India, Sameer Verma. Perlawanan dianggarkan berlangsung pada jam 2.30 pm waktu Malaysia. Mari sama-sama kita memberikan sokongan kepada pemain-pemain negara di Kejohanan ini.


Live streaming klik DI SINI. 

Wednesday, January 8, 2020

Live Streaming Keputusan Lee Zii Jia vs Anders Antonsen Malaysia Master 2020


Pemain perseorangan negara turun menentang Anders Antonsen Pemain daripada Denmark di peringkat pertama Malaysia Master 2020. Mari sama-sama kita saksikan.


Live streaming klik DI SINI

Penaja