Perseorangan nombor 1 negara, Lee Zii Jia berjaya melangkah ke peringkat semi final Yonex All England Open 2020 setelah berjaya menundukkan pemenang pingat emas Olimpik Rio 2016, Chen Long di peringkat suku akhir. Lee Zii Jia menang dengan 2 set, 21-12 dan 21-18 dalam masa 49 minit. Manakala, satu lagi wakil negara iaitu beregu lelaki, Aaron Chia dan SohWooi Yik terkandas di suku akhir setelah tewas di tangan beregu nombor satu dunia, Marcus Fernaldi Gideon dan Kevin Sanjaya Sukamuljo, 21-17 dan 21-19.
Lawan yang menanti Lee Zii Jia di peringkat semi final adalah perseorang Denmark, Viktor Axelsen yang juga merupakan pemain pilihan ke-2 kejohanan. Viktor Axelsen mara ke peringkat semi final setelah menumbangkan perseorangan dari China, Shi Yuqi, 21-15 dan 21-7 dalam masa 40 minit.
Perlawanan semi final kali ini merupakan pertembungan kali ketiga bagi kedua-dua pemain. Rekod perlawanan di antara Lee Zii Jia dan Viktor Axelsen adalah seri 1-1. Perlawanan terakhir di antara kedua-dua pemain ini dimenangi oleh Lee Zii Jia sewaktu kejohanan Terbuka Korea 2019 September tahun lalu, 21-18 dan 21-16.
Perlawanan peringkat semi final di antara Lee Zii Jia vs Viktor Axelsen dijadualkan pada 6.00 pm waktu Malaysia (14 Mac 2020). Anda boleh menonton secara langsung (Live TV) di Astro Supersport CH 814. Untuk menonton live streaming anda boleh klik link di bawah.
No comments:
Post a Comment