Biasiswa/Pinjaman Pengajian Tinggi Yayasan Sabah 2016 – Permohonan Biasiswa Yayasan Sabah 2016 serta Pinjaman bagi Pengajian Tinggi kini dibuka.
Warga Malaysia yang berasal dari Sabah dan bermastautin di Sabah dan/atau salah seorang ibu atau bapa pemohon berasal dan dilahirkan di Sabah dipelawa memohon tajaan Biasiswa atau Pinjaman Pengajian Tinggi Yayasan Sabah untuk mengikuti kursus peringkat Sijil, Diploma atau Ijazah bagi Sesi Pengajian 2016.
Bagi tajaan Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (BCNS) pemohon mestilah menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2015 di sekolah-sekolah menengah di Negeri Sabah sahaja, kecuali pelajar-pelajar dibawah tajaan Yayasan Sabah di Semenanjung Malaysia dan Sarawak.
JENIS-JENIS TAJAAN
- BIASISWA
- Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (BCNS)
Kursus: Foundation/”A” Level/Sijil
Tempat Pengajian: Dalam Negara, keutamaan kepada pelajar yang mengikuti Program Berkembar/TTP - Biasiswa Bahasa Arab/Pengajian Islam
Peringkat Pengajian: Diploma/Ijazah
Tempat Pengajian: Institusi Pengajian Tinggi Tempatan/Twinning Programme/ASEAN/Timur Tengah - Biasiswa Ulum Islamiah
Peringkat Pengajian: Ijazah
Tempat Pengajian: Timur Tengah - Biasiswa Perubatan Mesir
Peringkat Pengajian: Ijazah
Tempat Pengajian: Timur Tengah - Biasiswa Kejuruteraan (Kejuruteraan Mekatronik, Kejuruteraan Automotif dan Kejuruteraan Perniagaan)
Peringkat Pengajian: Ijazah
Tempat Pengajian: Universiti Malaysia Pahang (Program Kerjasama dengan Negara Jerman)
Kursus: Foundation (Kejuruteraan)
Tempat Pengajian: Koleh Teknikal Yayasan Sabah (KTYS) (Program Kerjasama dengan Universiti Malaysia Pahang) - Biasiswa Perbankan Islam
Peringkat Pengajian: Ijazah
Tempat Pengajian: IKIP Pahang kerjasama dengan Universiti Yarmuk, Jordan - Biasiswa Kemahiran Belia
Peringkat Pengajian: Sijil
Tempat Pengajian: Intra International Skills Academy, Kuala Selangor (Program Kerjasama dengan Kementerian Belia & Sukan, Sabah)
- Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (BCNS)
- PINJAMAN PENGAJIANPinjaman Pengajian Ditawarkan kepada pemohon yang mengikuti kursus peringkat Diploma atau Ijazah di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan/Luar Negara
BIASISWA YAYASAN SABAH 2016
KELAYAKAN AKADEMIK
- Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (BCNS)
Pemohon mestilah sekurang-kurangnya memperolehi 7A+ termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM 2015 - Biasiswa Bahasa Arab/Pengajian Islam dan Biasiswa Ulum Islamiah
Pemohon mestilah memperoleh Sijil Penuh dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan/atau memperolehi sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dan Bahasa Arab dalam peperiksaan SPM - Biasiswa Kejuruteraan
Pemohon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.00 dalam peperiksaan Matrikulasi/’A’ Level
Kursus Foundation (Kejuruteraan)
Pemohon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya 5 kredit termasukBahasa Melayu dalam peperiksaan SPM atau setaraf - Biasiswa Perubatan Mesir
Pemohon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.0 dalam peperiksaan PreMedic/Matrikulasi - Biasiswa Perbankan Islam
Pemohon mestilah memperolehi Sijil Penuh dalam peperiksaan STPM dan/atau memperolehi sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM atau setaraf - Biasiswa Kemahiran Belia
Pemohon daripada Belia yang mempunyai kelulusan UPSR/PMR/PT3/SPM - Pinjaman Pengajian
Pemohon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya 5 kredit termasukBahasa Melayu dalam peperiksaan SPM atau setaraf
BIASISWA YAYASAN SABAH 2016
CARA-CARA MEMOHON
- Permohonan dibuat melalui online dengan melayari laman web http://www.ysnet.org.my. Pemohon mestilah mempunyai e-mel peribadiuntuk permohonan online
LINK berkaitan:
– http://www.ysnet.org.my
– Permohonan Online - Nombor PIN untuk permohonan melalui online boleh didapati di pejabat-pejabat Yayasan Sabah
- Bagi daerah-daerah yang berkemungkinan menghadapi kesukaran akses kepada internet, borang permohonan ada disediakan. Ia boleh diperolehi di Pejabat Yayasan Sabah seperti berikut:
Bahagian Pembangunan Pendidikan
Yayasan Sabah
Aras 5, Menara Tun Mustapha
Teluk Likas, Peti Surat 11201
88813 KOTA KINABALUPejabat Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Utara
Blok 27 & 28, Tingkat 1
Langkon Commercial Centre
KOTA MARUDUPejabat Yayasan Sabah Zon Pendalaman Utara
Tingkat 1, Pusat Kraftangan Sabah
KM 5, Jalan Apin-Apin, Keningau
Peti Surat 104
89007 KENINGAUPejabat Yayasan Sabah Zon Pendalaman Selatan
Blok C, Lot 19, Bangunan Beaufort Jaya
Peti Surat 160
89807 BEAUFORTPejabat Yayasan Sabah Zon Pantai Timur Utara
Lot 10, Blok J, Bandar Ramai-Ramai
Beg Berkunci No. 1
90009 SANDAKANPejabat Yayasan Sabah Zon Pantai Timur Selatan
Tingkat 3, Bangunan UMNO Kalabakan
Peti Surat 820
91008 TAWAUPejabat Cawangan Yayasan Sabah Kuala Lumpur
Wisma Yayasan Sabah
5-5E, Lorong Enau, Off Jalan Ampang
55000 KUALA LUMPURPejabat Yayasan Sabah
Aras 6, M6-3
Pusat Transformasi Bandar (UTC)
Off Jalan Tunku Abdul Rahman
88000 KOTA KINABALU
– Borang Biasiswa Menengah (Klik Kanan dan “Save As”)
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
- Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (BCNS)Tarikh tutup permohonan untuk Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (BCNS) ialah pada 22 April 2016Sila tulis “BCNS 2016” pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat pengiriman salinan dokumen (rujuk perkara 2.a. di bawah) bagi permohonan Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (BCNS)
- Biasiswa Bahasa Arab/Pengajian Islam, Biasiswa Kejuruteraan, Ulum Islamiah, Biasiswa Perubatan Mesir, Biasiswa Perbankan Islam, Biasiswa Kemahiran Belia.
- Borang permohonan yang telah lengkap didisi hendaklah disertakan dengan salinan dokumen yang telah disahkan benar seperti berikut:
- Surat Beranak/Surat Sumpah dan Kad Pengenalan pemohon
- Surat Beranak/Surat Sumpah dan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa/Penjaga
- Sijil-sijil persekolahan
- Satu keping gambar berukuran pasport
- Slip gaji terakhir pemohon (jika bekerja) atau; slip gaji terakhir ibu dan bapa (bagi pemohon yang tidak bekerja)
- Surat pelepasan atau surat kelulusan cuti belajar (untuk pegawai kerajaan)
- Surat tawaran kemasukan ke universiti/kolej (jika ada)
- Keputusan peperiksaan yang terakhir (jika sedang belajar)
- Borang permohonan dan permohonan secara online berserta salinan dokumen yang telah disahkan (seperti di atas) hendaklah dikemukakan ke alamat berikut:
Bahagian Pembangunan Pendidikan
Yayasan Sabah
Aras 5, Menara Tun Mustapha
Teluk Likas, Peti Surat 11201
88813 KOTA KINABALUSelewat-lewatnya pada 30 April 2016
PERHATIAN
- Salinan Kad Penganalan pemohon hendaklah dibawa bersama semasa mendapatkan No PIN permohonan Tajaan Pengajian Tinggi Yayasan Sabah di semua pejabat Yayasan Sabah yang terdekat.
- Nombor PIN permohonan dijual dengan harga RM3.00 setiap satu
- Untuk permohonan secara online setiap pemohon mestilah mempunyai e-mel peribadi
- Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan
- Sila hantar surat tawaran kemasukan IPT ke pejabat ini dengan kadar segera jika sudah menerima tawaran tersebut
- Permohonan lewat tidak akan dipertimbangkan
- Permohonan dianggap tidak berjaya sekiranya tidak mendapat jawapan selepas 30 September 2016
Sumber daripad laman web Yayasan Sabah Group at http://www.yayasansabahgroup.org.my/index.cfm
No comments:
Post a Comment