Penaja Utama Makmal Informasi

Nuffnang

Penaja

Wednesday, June 3, 2020

[COVID-19] Pelajar Tingkatan 5 dan 6 akan diutamakan untuk ke Sekolah


Gambar Ihsan FB Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah


Berikut merupakan Sumber hantaran Facebook Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkenaan pembukaan sekolah yang akan diutamakan kepada pelajar Tingkatan 5 dan 6 untuk ke sekolah terlebih dahulu. 

Pada petang semalam, saya telah berpeluang untuk turut serta lawatan kerja YB Dr Mohd Radzi Md Jidin, Menteri Kanan Pendidikan ke SMK Engku Husain, Semenyih, Selangor bagi tujuan persediaan pembukaan sekolah pasca Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Turut hadir sama adalah pengurusan tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan wakil Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM. 

Kami telah diberi taklimat oleh Pengetua sekolah mengenai simulasi pengoperasian pengurusan sekolah pasca Perintah Kawalan Pergerakan. Langkah-langkah pencegahan jangkitan COVID-19 yang akan diamalkan adalah berdasarkan Garis Panduan Pengurusan Sekolah Pasca Perintah Kawalan Pergerakan. Garis panduan yang disediakan pihak KPM adalah hasil kerjasama dengan MKN dan KKM serta membabitkan prosedur mengenai ketibaan murid di sekolah, pergerakan ke bilik darjah, susunan meja dalam bilik darjah, pergerakan di kantin dan pelbagai aspek lain.


Seperti yang telah diumumkan oleh YB Menteri Kanan Pendidikan sebelum ini, tarikh pembukaan sekolah akan dimaklumkan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum sekolah dibuka berdasarkan nasihat daripada KKM dan situasi semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia. Keutamaan akan diberikan kepada pelajar Tingkatan 5 dan 6 yang akan menduduki peperiksaan SPM, SVM, STPM dan STAM.

KKM amat menghargai komitmen yang ditunjukkan oleh barisan tenaga pengajar dan pengurusan sekolah dalam memastikan pematuhan kepada garis panduan yang disediakan. Terima kasih kepada semua guru di atas dedikasi dan pengorbanan anda dalam mendidik anak-anak kita semua yang merupakan aset berharga negara.


Tuesday, June 2, 2020

[COVID-19] Taska Dibenarkan Beroperasi, Tadika Dijangka Dibuka Julai Ini


Pada hari ini kerajaan telah bersetuju taman asuhan kanak-kanak (taska) dibenarkan untuk mula beroperasi mulai hari ini. Manakala, taman didikan kanak-kanak (tadika) dijangka akan dibenarkan Beroperasi pada Julai ini. Namun, sebelum dibenarkan beroperasi, Kementerian Pendidikan perlu membentangkan SOP lengkap terlebih dahulu dan akan diteliti SOP tersebut. 

Kementerian Pendidikan akan menyediakan SOP khusus bagi diselaraskan dengan semua operasi tadika yang dikendalikan semua kementerian.

Berikut merupakan berita penuh daripada Berita Harian Online (Sumber) berkenaan hal ini. 

PUYRAJAYA: Kerajaan bersetuju supaya baki 6,696 taman asuhan kanak-kanak (taska) dibenar memulakan operasi, mulai hari ini.
"Hari ini, kita minta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memperkemas SOP taska. Kita sudah setuju dengan SOP yang lengkap, kemas dan mereka juga sudah bincang dengan Kementerian Kesihatan.
"Ini termasuk SOP lengkap sewaktu hantar bayi ke taska, sewaktu penjagaan, sewaktu ambil anak pulang," katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.
Sementara bagi operasi di taman didikan kanak-kanak (tadika), beliau berkata, Kementerian Pendidikan akan menyediakan SOP khusus bagi diselaraskan dengan semua operasi tadika yang dikendalikan semua kementerian.
"Kita tunggu mereka bentang SOP lengkap dulu. Kalau nak buka Julai ini, kita akan benarkan, tapi kita mahu lihat dengan teliti SOP tersebut," katanya.

Saturday, May 30, 2020

Rentas Negeri Bagi Urusan Kerja, Kecemasan dan Suami Isteri Berjauhan Dibenarkan Mulai Isnin Ini




Pada hari ini Menteri Kanan (Keselamatan) iaitu Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan bahawa perjalanan merentas negeri dibenarkan mulai Isnin ini bagi urusan kecemasan dan pekerjaan serta pasangan suami isteri yang tinggal berjuahan. 


Berikut merupakan berita penuh daripada Berita Harian Online (Sumber) mengenai hal ini. 
KUALA LUMPUR: Perjalanan rentas negeri bagi urusan kecemasan dan pekerjaan, serta pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan akan dibenarkan semula bermula Isnin ini.


Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri, berkata perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Putrajaya, hari ini.
Pada 21 Mei lalu, kerajaan memutuskan buat sementara untuk tidak membenarkan sama sekali pergerakan merentas negeri bagi mengelakkan penyebaran COVID-19 menjelang sambutan Aidilfitri pada 24 Mei.

Monday, May 25, 2020

[COVID-19] 172 Kes Baharu Pada Hari Ini, 159 Kes Melibatkan Warga Asing




Pada hari ini Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan bahawa terdapat 172 kes baharu COVID-19. Daripada 172 Kes Baharu tersebut terdapat 159 Kes yang melibatkan warga asing. Manakala kes yang telah pulih sebanyak 34 kes dan tiada kes kematian dicatatkan pada hari ini. 

Berikut merupakan link bagi sidang media  daripada Ketua Pengarah Kesihatan pada hari ini

Berikut merupakan berita penuh (Sumber) daripada Berita Harian Online. 



PUTRAJAYA: Sebanyak 172 kes baharu dilaporkan hari ini dan kebanyakannya daripada individu yang ditahan di tiga Depoh Tahanan Imigresen.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah kes baharu itu, 112 kes membabitkan tiga depoh berkenaan.
Katanya, orang ramai tidak perlu bimbang dengan peningkatan kes berkenaan kerana depoh terbabit ialah tempat yang diasingkan daripada masyarakat dan ia sudah dikawal oleh pihak berkuasa.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan sehingga jam 12 tengah hari tadi terdapat sebanyak 32 kes sudah pulih sepenuhnya menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 5,979 kes dan tiada kematian dilaporkan hari ini.

Wednesday, May 20, 2020

PDRM dan ATM Akan Membuat Pemeriksaan Dari Rumah ke Rumah Ketika Sambutan Hari Raya Aidilfitri




Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri 
Kanan (Kluster Keselamatan) telah mengumumkan bahawa PDRM dan ATM akan dikerahkan untuk membuat rondaan dan Pemeriksaan Dari Rumah ke Rumah semasa Sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti. Beliau menyatakan bahawa pihak PDRM dan ATM akan membuat Pemeriksaan di kediaman yang didapati terdapat banyak jumlah kenderaan di luar sesebuah kediaman. 

Oleh itu orang ramai disarankan supaya mematuhi SOP ketika memyambuat perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang. Mariah sama-sama kita membendung wabak COVID-19 agar wabak ini akan dapat dibendung secepat mungkin. 



Berikut merupakan berita penuh (sumber) Berita Online Awani berkaitan hal ini. 

PUTRAJAYA: : Polis Diraja Malaysia (PDRM) 

dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membuat rondaan dan pemeriksaan dari rumah ke rumah semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.


Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata jika didapati terdapat jumlah kenderaan yang banyak di luar sesebuah kediaman, pihak berkuasa akan membuat semakan di kediaman berkenaan.


“Apabila balik kampung, ramai yang menganggap pihak polis tidak akan mengawal rumah mereka.


“Betul, tidak mungkin untuk polis mengawal setiap rumah.


“Saya dimaklumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador bahawa pihak polis akan meronda di setiap kawasan dan jika didapati banyak kenderaan di luar rumah, mereka akan menyemak kediaman tersebut,” katanya pada sidang media di Putrajaya pada Selasa.



Katanya, ia bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dipatuhi pada hari perayaan.


Tegasnya, PDRM dan ATM telah bersetuju untuk mengerahkan anggotanya pada hari pertama perayaan dan hari-hari seterusnya bagi memastikan SOP terus dipatuhi.


“Justeru, semua pihak diingatkan mengikuti SOP dan peraturan yang telah ditetapkan.


“Kerjasama dan kawalan kendiri daripada anda semua amat penting dalam memerangi pandemik COVID-19 ini,” katanya.


Terdahulu, katanya, setakat 18 Mei, sejumlah 250,891 kenderaan telah diperiksa di sekatan jalan raya, dimana sebanyak 1,633 kenderaan cuba merentas negeri untuk pulang ke kampung.


Beliau menegaskan bahawa pergerakan merentas negeri adalah tidak dibenarkan kecuali atas hal kecemasan atau kerja, dan kebenaran rentas negeri perlu dikeluarkan PDRM.

Tuesday, May 12, 2020

[COVID-19] Kes Positif Harian Terendah 16 Kes dan Tiada Kes Kematian Direkodkan Pada 12 Mei 2020



Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham mengumumkan bahawa terdapat 16 Kes Positif COVID-19 pada hari ini. Jumlah kes ini merupakan kes Harian paling Rendah direkodkan.


Manakala, sebanyak 110Kes telah Sembuh dan dibenarkan discaj pada hari ini. Oleh itu, jumlah keseluruhan Kes Sembuh adalah sebanyak 5223 Kes. Selain itu, tiada Kes Kematian yang dicatatkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kes kematian kekal iaitu sebanyak 109 Kes. 

Berikut merupakan maklumat terkini berkaitan jumlah baharu dan keseluruhan kes sembuh positif dan kematian. 



Sunday, May 10, 2020

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Dilanjutkan Sehingga 9 Jun 2020




Pada hari ini Perdana Menteri mengumumkan bahawa PKPB yang tamat pada 12 Mei ini akan dilanjtkan sehingga 9 Jun 2020 iaitu tambahan 4 minggu lagi. Keputusan ini dibuat setelah mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara. Ini bermakna semua peraturan dan SOP yang dilaksanakan sepanjang PKPB pada masa ini akan kekal sehingga 9 Jun 2020. 



Sebarang perubahan mengenai peraturan, SOP, atau senarai sektor yang dibernarkan beroperasi akan dimaklumakan dari masa ke masa. Dalam tempoh ini terdapat perayaan utama yang lazimnya melibatkan pergerakan orang ramai seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Gawai dan Pesta Keamatan. Larangan pergerakan rentas negeri masih berkuat kuasa dalam tempoh PKPB ini.  Perdana Meteri berkata, demi menjaga keselamatan dan kesihatan kita semua, perjalanan balik kampung merentas sempadan negeri untuk berhari raya tidak dibenarkan.

Ziarah menziarahi pada hari perayaan dibenarkan dalam kalangan jiran terdekat dan kelurga yang tinggal dalam negeri yang sama dengan had maksimum 20 orang pada satu-satu masa. Beliau menyarankan rakyat Malaysia supaya tidak membuat jamuan bersar-besaran atau rumah terbuka. Namun, kita semua perlu menjaga kebersihan diri dan rumah. 

Beliau juga berkata bagi suami isteri yang tinggal berjauhan atas urusan kerja akan diberikan kelonggaran melakukan perjalanan merentas sempadan negeri bagi tujuan berjumpa dengan keluarga. Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi Gerak Malaysia ataupun hadir ke balai polis berdekatan.

Semoga kita semua rakyat Malaysia sentiasa mematuhi segala arahan dan SOP sepanjang PKPB ini demi membendung wabak COVID-19 ini. Selagi vaksin belum dapat dihasilkan selagi itu kita kena menjaga kebersihan diri dan rumah, melakukan penjarakan sosial dan tidak melakukan perhimpunan dan yang sama maksud denganya. 

Saturday, May 9, 2020

Perutusan Khas Perdana Menteri Pada 10 Mei 2020



Pada esok hari, Ahad 10 Mei 2020 akan berlangsung Perutusan Khas Perdana Menteri, jam 2 petang. Jangan lupa saksikan Perutusan Khas ini di saluran TV rtm, TV3 dan ASTRO Awani. 

Semoga keputusan yang dilakukan oleh kerajaan pada esok hari akan memberikan kebaikan kepada semua pihak dan aspek. Selain itu, semoga kita semua rakyat Malaysia dapat mematuhi arahan daripada kerajaan dalam menangani wabak COVID-19. 


Kita semua kena bersedia untuk mengamalkan norma baru dalam kehidupan kita selepas ini demi membendung wabak ini. Selagi kita tidak berjaya menghasilkan vaksin untuk wabak COVID-19, kita mesti melakukan penjarakan sosial, menjaga kebersihan diri  (kerap mencuri tangan) dan rumah serta tidak melakukan aktiviti yang melibatkan perhimpunan ramai. 


Semakan Status Permohonan Baharu dan Rayuan BPN Mulai 9 Mei 2020





Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz iaitu Menteri Kewangan negara menyatakan bahawa semakan status permohonan baharu dan rayuan BPN boleh disemak mulai 9 Mei 2020 iaitu pada hari ini. Menurut beliau pembayaran BPN akan dibuat sekali gus bermula pada 15 Mei 2020. Terdapat lebih 2.3 juta permohonan baharu dan rayuan untuk bantuan ini telah dilulusakan berjumlah RM1.7 bilion. Semoga bantuan ini dapat meringankan beban kepada rakyat Malaysia yang memerlukan. 

Anda boleh menyemak status permohonan anda di 'Semak Status BPN'

Berikut merupakan (sumber) berita penuh Berita Harian Online. 

KUALA LUMPUR: Lebih 2.3 juta permohonan baharu dan juga rayuan untuk Bantuan Prihatin Nasional (BPN) diluluskan berjumlah RM1.7 bilion.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata jumlah itu adalah permohonan baharu dan rayuan BPN yang dibuka dari 1 hingga 30 April lalu bagi memastikan bantuan sampai kepada mereka yang benar-benar layak dan memerlukan.

Beliau berkata, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) juga selesai membuat semakan ke atas permohonan baharu dan rayuan ini.



"Bagi mereka yang layak, pembayaran BPN akan dibuat secara sekali gus mulai 15 Mei 2020. Status permohonan baharu dan rayuan BPN boleh disemak mulai 9 Mei 2020.

"Dengan kelulusan permohonan baharu dan rayuan itu, jumlah penerima BPN ialah 10.6 juta, merangkumi jumlah bayaran bernilai RM11 bilion, iaitu tambahan RM1 bilion berbanding peruntukan asal RM10 bilion," katanya dalam satu kenyataan.

Tengku Zafrul berkata, kerajaan berharap BPN ini akan memanfaatkan penerima dan meringankan beban mereka dalam tempoh yang amat mencabar ini.

Thursday, May 7, 2020

Esok atau Lusa Penentu Sama Ada PKPB Diteruskan atau Ditamatkan





Trend kes pada hari esok (8 Mei) atau lusa (9 Mei) merupakan penentu sama ada PKPB diteruskan atau ditamatkan.


Berikut merupakan berita penuh daripada Harian Metro Online (Sumber) berkenaan hal ini. 

SEBARANG syor terbaharu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada kerajaan berhubung penamatan atau sambungan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) adalah berdasarkan perkembangan semasa Covid-19 di negara ini, esok atau lusa.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, hasil pemantauan itu akan dijadikan sandaran untuk menjelaskan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk tindakan seterusnya.
"Pemantauan fasa PKPB sehingga 12 Mei. Tetapi pada 8 atau 9 Mei, KKM akan lihat satu trend ketika itu bagi menasihati Perdana Menteri untuk tindakan sewajarnya.

"Sama ada wajar ditamatkan pada 12 Mei atau disambung bakal bergantung kepada beberapa faktor.


"Ia merangkumi kes harian Covid-19 yang dicatatkan dalam negara dan kadar kebolehjangkitan yang setakat ini merekodkan 1,584 kes," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media harian Covid-19 di Putrajaya hari ini.
Dr Noor Hisham berkata, Malaysia belum lagi merancang untuk melaksanakan 'exit strategy' dalam mengawal penularan wabak Covid-19 walaupun jumlah kes positif sudah menunjukkan trend penurunan kepada dua angka.
"KKM akan terus memantau trend perkembangan Covid-19 termasuk kluster baharu sehingga PKPB dijadual berakhir 12 Mei ini.
"Setakat ini, KKM berjaya mengawal kes kepada dua angka dan berharap dapat terus mengawal serta mengurangkan kes Covid-19 sebaik mungkin untuk tempoh seminggu lagi.
"Pemantauan perlu dilakukan kerana wujud kluster baharu seperti kluster tapak pembinaan sebelum ini dan kluster pengawal keselamatan hari ini," katanya.
Namun, katanya, kluster baharu itu sudah pun dikenal pasti termasuk saringan gita dijalankan terhadap mereka yang berada di dalam kluster itu selain diasingkan dan diberikan rawatan.



Tiada Caj Tambahan Dikenakan Kepada Peminjam Sepanjang Tempoh Moratorium




Menteri Kewangan, YB Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah mengumumkan bahawa tiada Caj tambahan yang dikenakan kepada peminjam sewa beli konvensional dan syariah sepanjang tempoh moratorium pembiayaan. 





Berikut merupakan merupakan Berita penuh daripada Harian Metro Online berkenaan hal ini. 

TIADA caj tambahan dikenakan kepada peminjam sewa beli konvensional dan syariah sepanjang tempoh moratorium pembiayaan.

Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kementerian membuat keputusan itu selepas mencapai kata sepakat dengan industri perbankan.

Beliau berkata, persetujuan dicapai menetapkan bahawa jumlah ansuran bulanan tidak berubah bagi kedua-dua jenis pembiayaan berkenaan.

"Sehubungan itu, peminjam akan perlu menyambung pembayaran ansuran seperti biasa berdasarkan terma perjanjian dengan bank masing-masing.

"Ia termasuk tambahan enam bulan bagi keseluruhan jadual pembiayaan jika memilih untuk memanfaatkan moratorium berkenaan," katanya.



Tengku Zafrul berkata, maklumat lanjut boleh didapati daripada bank masing-masing.

"Kerajaan berharap keputusan ini akan dapat meringankan beban rakyat dalam tempoh yang mencabar ini," katanya.

Friday, May 1, 2020

Kerajaan Laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat - Sebahagian Sektor Ekonomi dan Sosial di buka Semula





Kerajaan akan Laksana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat. Sebahagian Sektor Ekonomi dan Sosial bakal di buka semula bermula 4 Mei 2020.

Sebahagian perniagaan dan aktiviti dibenarkan, tetapi perniagaan yang melibatkan perhimpunan ramai, sentuhan badan dan penjarakan sosial sukar dikawal seperti panggung wayang, pusat karaoke, pusat refleksiologi pusat hiburan, taman tema, bazar Ramadhan dan semua bentuk pameran dan persidangan tidak dibenarkan.

Berikut merupakan sumber Berita Harian Online mengenai berita terkini berkaitan Perintah Kawakan Pergerakan Bersyarat.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata, kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membolehkan sebahagian sektor ekonomi dan sosial di buka semula.
Katanya, dalam masa yang sama Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) terus dilaksanakan di kawasan zon merah.




"Dalam melaksanakan PKPB aktiviti dan perhimpunan ramai yang mendedahkan risiko jangkitan COVID-19 masih tidak dibenarkan," katanya dalam perutusan khas sempena Hari Pekerja hari ini.


Perdana Menteri berkata, pengorbanan sepanjang PKP tidak sia-sia berikutan jumlah kes baharu COVID-19 turun, manakala kes sembuh meningkat.
Beliau berkata kerajaan sedia membuka semula aktiviti ekonomi secara terkawal di bawah PKPB.
Katanya, semua aktiviti riadah dan sukan membabitkan perhimpunan ramai seperti bola sepak masih tidak dibenarkan.

Bank akan Berikan Notis Pemberitahuan Proses Penangguhan Bayaran (Moratorium) kepada Peminjam




Berikut merupakan keratan akhbar Harian Metro Online yang disiarkan pada 30 April 2020, berkaitan notis penangguhan bayaran (moratorium) untuk peminjam sewa beli dan pembiayaan Islam berkadar tetap.

BANK Negara Malaysia (BNM) memaklumkan bermula hari ini, peminjam sewa beli dan pembiayaan Islam berkadar tetap akan menerima notis pemberitahuan proses penangguhan pembayaran.

Notis itu akan diberikan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), e-mel atau surat berdaftar daripada institusi perbankan masing-masing berhubung langkah yang perlu diambil bagi menyempurnakan proses itu di bawah moratorium.

BNM dalam kenyataan berkata, susulan daripada pengumuman oleh pihaknya pada 25 Mac lalu, institusi perbankan dalam proses memformalkan perjanjian.

"Ia bagi mencerminkan semakan terhadap syarat pembayaran balik dengan peminjam yang mempunyai pinjaman sewa beli dan pembiayaan Islam berkadar tetap bagi pelaksanaan moratorium enam bulan.

"Langkah itu adalah bagi memenuhi keperluan prosedur di bawah Akta Sewa Beli 1967 dan keperluan Syariah yang terpakai bagi apa-apa perubahan yang dibuat terhadap syarat perjanjian itu.

"Ini termasuk perubahan kepada jadual pembayaran dan atau jumlah pembayaran berikutan moratorium," katanya.


Menurutnya, sehubungan itu, BNM meminta institusi perbankan mengambil langkah yang perlu bagi memastikan peminjam atau pelanggan diberikan maklumat jelas mengenai proses dan perubahan terhadap syarat perjanjian.

"Selain menetapkan cara paling sesuai dan mudah untuk memuktamadkan perjanjian itu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), institusi perbankan juga akan menyediakan setiap peminjam maklumat terperinci mengenai perubahan yang dibuat terhadap setiap perjanjian pinjaman sewa beli atau pembiayaan Islam berkadar tetap," katanya.

BNM berkata, maklumat itu perlu mengandungi jadual pembayaran balik semakan dan apa-apa perubahan terhadap jumlah pembayaran, yang meliputi jumlah kadar faedah atau keuntungan biasa yang terakru sepanjang tempoh moratorium.

"Peminjam/pelanggan yang tidak berhasrat untuk mengambil moratorium kini boleh memaklumkan kepada institusi perbankan mereka dan meneruskan semula pembayaran berjadual mengikut syarat perjanjian sedia ada.

"Dalam hal ini, institusi perbankan akan memberikan masa yang mencukupi kepada peminjam/pelanggan mereka untuk menjelaskan apa-apa bayaran terkumpul/tertunggak yang sebelum ini ditangguhkan di bawah tempoh moratorium.

"Institusi perbankan juga tidak akan mengenakan caj bayaran tertunggak atau bayaran lewat ke atas pembayaran tertangguh itu sehinggalah masa pembayaran perlu dibuat mengikut jadual pembayaran semakan yang dipersetujui," katanya.


Penaja