Pada hari ini kerajaan telah bersetuju taman asuhan kanak-kanak (taska) dibenarkan untuk mula beroperasi mulai hari ini. Manakala, taman didikan kanak-kanak (tadika) dijangka akan dibenarkan Beroperasi pada Julai ini. Namun, sebelum dibenarkan beroperasi, Kementerian Pendidikan perlu membentangkan SOP lengkap terlebih dahulu dan akan diteliti SOP tersebut.
Kementerian Pendidikan akan menyediakan SOP khusus bagi diselaraskan dengan semua operasi tadika yang dikendalikan semua kementerian.
Berikut merupakan berita penuh daripada Berita Harian Online (Sumber) berkenaan hal ini.
PUYRAJAYA: Kerajaan bersetuju supaya baki 6,696 taman asuhan kanak-kanak (taska) dibenar memulakan operasi, mulai hari ini.
"Hari ini, kita minta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memperkemas SOP taska. Kita sudah setuju dengan SOP yang lengkap, kemas dan mereka juga sudah bincang dengan Kementerian Kesihatan.
"Ini termasuk SOP lengkap sewaktu hantar bayi ke taska, sewaktu penjagaan, sewaktu ambil anak pulang," katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.
Sementara bagi operasi di taman didikan kanak-kanak (tadika), beliau berkata, Kementerian Pendidikan akan menyediakan SOP khusus bagi diselaraskan dengan semua operasi tadika yang dikendalikan semua kementerian.
"Kita tunggu mereka bentang SOP lengkap dulu. Kalau nak buka Julai ini, kita akan benarkan, tapi kita mahu lihat dengan teliti SOP tersebut," katanya.
No comments:
Post a Comment