Penaja Utama Makmal Informasi

Nuffnang

Penaja

Saturday, April 30, 2016

MENANGI BAUCAR BUKU RM250 -Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016

Menangi baucar buku bernilai RM250 dan akses 25 video eksklusif para penulis-penulis tempatan di Malaysia Online Writers Festival.
Semudah menjawab soalan dan peluang menang terbuka sekarang.
Jawab 1 soalan, Isi nama dan email, cek email anda.

LIVE STREAMING Semi Finals Badminton Asia Championships 2016 MD: Lee Young Dae/Yoo Yeon Seong vs Takashi Kamura/Keigo Sonoda

MD: Lee Young Dae/Yoo Yeon Seong vs Takashi Kamura/Keigo Sonoda



Untuk menonton tekan link (Match 4) YouTube Badmintontalk Badminton

MEN'S SINGLE RESULTS Semi Finals Badminton Asia Championships - Lee Chong Wei vs Lin Dan

TAHNIAH DATO LEE CHONG MENANG MENENTANG LIN DAN



Tahniah diucapkan kepada Dato Lee Chong Wei di atas kemenangan tadi, Semi Finals Badminton Asia Championships 2016 menentang seterunya Lin Dan daripada negara tembok besar China. Perlawanan ini berlangsung di Wuhan, China. Dalam pertarungan 3 set itu, menunjukkan pada set pertama Chong Wei ketinggalan dan akhirnya Berjaya memenangi set pertama 22-20. Namun, pada set kedua, Chong Wei sedikit hilang fokus dan Lin Dan berjaya memenangi set kedua dengan 15-21. Tetapi bermulanya set ketiga, Lin Dan seakan-akan hilang fokus dan banyak melakukan kesalahan mudah. Pada satu ketika Lin Dan ketinggalan 11-1, 18-4 dan akhirnya kalah 21-4. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Dato Lee Chong Wei di atas kemenangan beliau tadi.

KEPUTUSAN SEMASA SEMI FINALS Badminton Asia Championships 2016 LEE CHONG WEI vs LIN DAN





Lee Chong Wei vs Lin Dan (22-20, 15-21, 15-3)



LIVE STREAMING Semi Finals Badminton Asia Championships 2016 - Lee Chong Wei vs Lin Dan

Lee Chong Wei vs Lin Dan (SF-Badminton Asia Championships 2016)

 
 

Untuk menonton tekan link YouTube Channel Badminton V

Friday, April 29, 2016

LIVE STREAMING Badminton Asia Championships 2016 - Quater Finals - Lee Yong Dae /Yoo Yeon Seong vs Liu Xiaolong /Q.Zihan




Untuk menonon klik link Badminton Asia Championships 2016 | Lee Yong Dae /Yoo Yeon Seong vs Liu Xiaolong /Q.Zihan

Source from YouTube Badminton V

Tahniah Dato Lee Chong Wei Mara ke Semi Final Badminton Asia Championships 2016.

Keputusan Suku Akhir Perseorangan Lelaki 


Lee Chong Wei vs Chou Tien Chen (21-16, 21-18)





LIVE STREAMING Badminton Asia Championships 2016 - Quater Finals Lin Dan vs Lee Dong Keun





Untuk menonton tekan link Badminton Asia Championships 2016 | Lin Dan vs Lee Dong Keun


Source from You Tube Badminton V

LIVE STREAMING Badminton Asia Championships 2016 - Quater Finals - Lee Chong Wei vs Chou Tien Chen








Untuk menonton tekan link Badminton Asia Championships 2016 - Lee Chong Wei vs Chou Tien Chen

Source from YouTube Badminton V

PENGUMUMAN: Tarikh Tutup Permohonan MyBrain15

Assalamualaikum, kepada bakal dan pelajar Sarjana mohon alert esok iaitu 30 April 2016 adalah tarikh terakhir untuk menghantar permohonan MyBrain15 secara online di Laman Web MyBrain15. Jangan lupa upload semua dokumen yang diperlukan.




Biasiswa ni sangat membantu kerana akan taja yuran pengajian pelajar Sarjana selama 2 tahun untuk Master dan 3 tahun untuk Phd. Pelajar Phd lagi bertuah, kerana di samping yuran pengajian ditaja, elaun sara diri juga turut diberi iaitu RM 1800 sebulan. Kepada sesiapa yang nak sambung belajar ke peringkat Sarjana, sambunglah pada ketika kerajaan memberikan bantuan seperti ini. Sebab seperti yang kita tahu yuran di peringkat Sarjana ni agak mahal. Kepada yang berminat bolehlah lawat laman web MyBrain15. Kalau Mrd tak silap permohanan yang seterusnya akan dibuka semula selepas tarikh 30 April 2016. Tapi Mrd tak tahu lagi bila tarikh sebenar permohonan seterusnya akan dibuka. Good luck semuanya.

Sumber gambar daripada Laman Web MyBrain15

Thursday, April 28, 2016

Skyscanner - Cara Mudah untuk Membandingkan Harga Tiket Penerbangan


Assalamualaikum semua. Mrd sekarang tengah binggung nak cari harga tiket penerbangan yang murah. Mrd sekarang belajar dekat Sarawak, so nak carilah tiket yang murah. Kalau naik kapal terbang kena 2 kali penerbangan sebab tiada penerbangan terus dari Kuching ke Tawau. Mrd peninglah sekarang ni sebab harga tiket macam melambung tinggi. Kalau 2 tahun lepas harga boleh dikira berpatutanlah. Mrd pun carilah alternatif lain untuk mencari harga tiket penerbangan yang murah tanpa search hari-hari harga tiket di laman web Air Asia, Malaysia Airlines dan sebagainya. Payah kalau hari hari nak cek harga tiket penerbangan ni. So, Mrd teringat ada orang kongsikan dekat Facebook berkaitan 1 laman web yang tolong kita bandingkan harga tiket penerbangan. Nama laman web ni Skyscanner. Kalau kita sign up, dia akan ada price alert yang akan di hantar ke email kita. Bagus jugalah ada laman web macam ni, jimat masa dan kita dapat tahu bila tarikh dan harga tiket yang murah. Selain tiket penerbangan skyscanner ni pun boleh bandingkan harga hotel dan car hire. Sangat-sangat memudahkan bagi sesiapa yang ingin bercuti. Kalau tiket penerbangan laman web ni akan bandingkan harga Malaysia Airlines, Air Asia, Malindo Air, Firefly, Singapore Airlines dan Expedia (first time Mrd dengar syarikat penerbangan ni). So, kita tak payahlah bak cek satu-satu laman web syarikat penerbangan ni untuk bandingkan harga. 

Sebenarnya Mrd nak balik bulan Mei ni sebab kakak Mrd kahwin, so kalau tak balik tak bestlah sebab family semua berkumpul time tu. Dengan ekonomi Mrd yang tak berapa nak stabil ni, tu lah kalau boleh cari harga tiket yang paling murah. Maklumlah masih bergelar seorang student. Inilah lumrah seorang student. Heheheh. Sekarang ni pun Mrd tengah mencari cara untuk mencari side income. Yang paling penting side income tu halal. hehehhehe. 

Oklah, bagirakan-rakan semua yang nak cuba guna Skyscanner boleh pegi ke laman web Skyscanner.

CORE COURSES IN AQUATIC RESOURCE SCIENCE AND MANAGEMENT PROGRAMME (UNIMAS)

AQUATIC RESOURCE SCIENCE & MANAGEMENT PROGRAMME

 (TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN SEMASA)

Year 1

SEM 1

  • Aquatic Instrument and Methodology I
  • Cell Biology*
  • General Genetics*
  • Analytical Chemistry I*
SEM 2
  • Physical Oceanography
  • Aquatic Instrumentation and Methodology II
  • Biological Oceanography
  • Introduction to Ecology*
  • Biodiversity*


Year 2

SEM 1
  • Marine and Freshwater Invertebrates
  • Coral Reef Ecology
  • Limnology
  • Conservation Genetics in Aquatic Ecosystem
  • Statistic for Biology I*
SEM 2
  • Aquatic Vertebrates
  • Mangrove and Estuarine Ecology
  • Aquatic Botany
  • Scientific Communication*
  • Biochemistry*
  • Microbiology*


Year 3

SEM 1
  • Coastal Zone Management
  • Environmental Law*
  • Final Year Project 1*
  • Remote Sensing and GIS*
SEM 2
  • Inland and Coastal Fisheries
  • Ecotoxicology
  • Aquaculture
  • Final Year Project 2*
  • Environmental Impact Assessment*
SEM 3
  • Industrial Training

*Shared courses offerred by Faculty or other Departments

Source of information Student Handbook Session 2012/2013 Faculty of Resource Science & Technology



Wednesday, April 27, 2016

Tasik UNIMAS

PEMANDANGAN TASIK UNIMAS 



Pemandangan daripada atas  tasik UNIMAS dan kawasan sekitarnya (Sumber Laman Web Rasmi UNIMAS)

Assalamualaikum semua. Harini Mrd nak berkongsi sikit tentang tasik UNIMAS yang cantik ni :). Pertama kali, datang UNIMAS sangat kagum dengan seni bina dan landskap persekitarannya yang mempunyai tasik buat yang cantik dan reka bentuk bangunan yang agak sofistikated. Kewujudan tasik UNIMAS ni best jugaklah, sebab student boleh lepak pada waktu petang di platform yang disediakan sambil memberi ikan makan. Selalunya student akan bagi makan roti. Mrd dulu semasa tahun satu excited sangat nak bagi ikan makan, gigih Mrd pegi beli roti pound satu bungkus. Best jugaklah dapat bagi makan ikan. Lempar jak secebis roti bepuluh-puluh ikan yang datang. Time tu dapatlah juga menghilangkan stress dengan kelas dan makmal. Sambil menghirup udara segar dan tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa, rasa macam nak tidur jak di atas platform tu. Kepada adik-adik yang bakal memasuki UNIMAS untuk intake September 2016, selamat datang Mrd ucapkan. heheheh.



Pemandangan di Jambatan di tasik UNIMAS

Pemandanangan Tasik UNIMAS ketika senja


.

Penaja