Penaja Utama Makmal Informasi

Nuffnang

Penaja Utama Makmal Informasi 2

Wednesday, April 27, 2016

Tasik UNIMAS

PEMANDANGAN TASIK UNIMAS 



Pemandangan daripada atas  tasik UNIMAS dan kawasan sekitarnya (Sumber Laman Web Rasmi UNIMAS)

Assalamualaikum semua. Harini Mrd nak berkongsi sikit tentang tasik UNIMAS yang cantik ni :). Pertama kali, datang UNIMAS sangat kagum dengan seni bina dan landskap persekitarannya yang mempunyai tasik buat yang cantik dan reka bentuk bangunan yang agak sofistikated. Kewujudan tasik UNIMAS ni best jugaklah, sebab student boleh lepak pada waktu petang di platform yang disediakan sambil memberi ikan makan. Selalunya student akan bagi makan roti. Mrd dulu semasa tahun satu excited sangat nak bagi ikan makan, gigih Mrd pegi beli roti pound satu bungkus. Best jugaklah dapat bagi makan ikan. Lempar jak secebis roti bepuluh-puluh ikan yang datang. Time tu dapatlah juga menghilangkan stress dengan kelas dan makmal. Sambil menghirup udara segar dan tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa, rasa macam nak tidur jak di atas platform tu. Kepada adik-adik yang bakal memasuki UNIMAS untuk intake September 2016, selamat datang Mrd ucapkan. heheheh.



Pemandangan di Jambatan di tasik UNIMAS

Pemandanangan Tasik UNIMAS ketika senja


.

No comments:

Post a Comment