Penaja Utama Makmal Informasi

Nuffnang

Penaja

Thursday, August 8, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013


                        Assalamulaikum, kini detik Ramadhan dah berlalu pergi dan Syawal pula yang menjelang. Mesti pada tahun ada suka-duka, pahit manis yang berlaku sepanjang bulan Ramadhan yang lalu. Namun kita harus tabah menghadapi segala dugaan ini, kerana Allah tidak akan menguji kita melebihi kemampuan kita sendiri. Semoga Syawal pada tahun ini akan lebih dirahmati oleh-Nya. Hari ini merupakan hari kemenangan bagi kita setelah menempuh bulan Ramdhan dengan berpuasa. Moga-moga kita tidak melepaskan peluang untuk melaksanakan puasa 6 pada bulan Syawal ini dan dengan berakhirnya Ramadhan ini kita akan terus istiqamah dalam melaksanakan amal ibadat kita dan bukannya hanya pada bulan Ramadhan saja kita melipat gandakan ibadat kita.

                     Akhir kata saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua kaum muslimin dan muslimat terutamanya yang mengenali diri ini. Harap di maafkan dari hujung rambut hingga ke hujung jari kaki. Semoga ukhwah yang terjalin sesama kita akan kekal hingga ke jannah.. Insha Allah.

No comments:

Post a Comment

Penaja