Penaja Utama Makmal Informasi

Nuffnang

Penaja

Saturday, May 21, 2016

KEPUTUSAN TERKINI FINAL THOMAS & UBER CUP 2016 KUNSHAN, CHINA


 UBER CUP 2016

Kunshan: China sekali lagi menjulang Piala Uber 2016. Lawan China pada peringkat akahir ialah Korea, pememang Piala Uber 2010 di Kuala Lumpur, Malaysia.  China menang 3-1 ke atas Korea. Li Xuerui sebagai perseorangan pertama turun menentang Sung Ji-hyun. Di set pertama Li Xuerui tewas 13-21 dan bangkit pasa set kedua, menang 21-13 dan mengheret perlawanan ke rubber set. Li Xuerui memberikan mata pertama buat China selepas menang mudah 21-10 ke atas Sung Ji-hyun. Beregu pertama China,Tian Qing/Zhao Yunlei pula kalah kepada Jung Kyung-eun/Shin Seung-chan dalam tiga set, 21-16, 17-21 & 25-23 sekaligus China dan Korea terikat 1-1.

Wang Shixian perseorangan kedua turun menentang Kim Hyo-min. Wang Shixian menang mudah dalam 2 set, 21-13 & 21-12 dan memberikan mata kedua buat China. Beregu kedua China, Tang Yuanting/Chen Qingchen mengesahkan kemenangan China dalam Piala Uber setelah menang dalam 2 set ke atas Chan Ye-na/Lee So-hee, 21-14 & 21-16.

Ini adalah kemenangan yang ke 14 China dalam sejarah Piala Uber yang mula dipertandingkan pada 1957. Pasukan wanita China setakat ini sememangnya unggul dalam Piala Uber, mereka mula memenangi Piala Uber pada 1984 di Kuala Lumpur, Malaysia selepas mengalahkan England. China telah memenangi edisi Piala Uber 1984, 1986, 1988, 1990, 1992, 1998, 2000, 2002, 2004, 2006, 2008, 2012, 2014 dan 2016. Mampukah China mengekalkan kemenangan mereka pada edisi yang akan datang iaitu pada 2018.Sama-sama kita nantikan.






No comments:

Post a Comment

Penaja