Penaja Utama Makmal Informasi

Nuffnang

Penaja

Monday, May 16, 2016

KEPUTUSAN TERKINI PIALA THOMAS & UBER 2016 MALAYSIA vs KOREA - DAY 3


Thomas Cup 2016

GROUP A - DAY 3 - 3rd Match

 Kunshan Sports Center Stadium Court 1
17 May 2016
 1.30 PM 


 3      VS      2


MS1
Lee Chong Wei vs Son Wan Ho
21-18, 21-15


MD1
Goh V Shem/Koo Kien Kiet vs Lee Yong Dae/ Yoo Yeon Seong
16-21, 11-21


MS2
Iskandar Zulkarnain Zainuddin vs Lee Dong Keun
21-17 & 21-15


MD2
Tan Boon Heong/Tan Wee Kiong vs Kim Gi Jung/Kim Sa Rang
14-21 & 22-24


MS3
Chong Wei Feng vs Jeon Hyeok Jin
21-16, 21-16


Lee Chong Wei ketika menentang Son Wan Hoo

Pada perlawanan ketiga peringkat kumpulan Malaysia akan menentang Korea. Datuk Lee Chong Wei sekali lagi turun sebagai perseorangan pertama. Chong Wei menentang Son Wan Ho iaitu pemain no.9 dunia. Di set pertama Chong Wei ketinggalan 6-7 namun beliau bangkit untuk mendahului 16-14 dan akhirnya menang 21-18. Di set kedua, Son Wan Ho ketinggalan 8-3 tetapi Wan Ho mengejar mata demi mata dan mendahului Chong Wei 10-11. Chong Wei kemudian mendahului kembali 17-14 dan menang 21-15 sekali gus memberikan mata pertama buat Malaysia.

Pada perlawanan kali ini skuad Malaysia merombak gandingan beregu negara dengan menggandingkan Goh V Shem/Koo Kien Kiet sebagai beregu pertama. Goh dan Koo turun menentang pemain beregu no.1 dunia, Lee Yong Dae/Yoo Yeon Seong. Di set pertama Goh & Koo ketinggalan 8-11. Goh & Koo cuba bangkit untuk menyamakan kedudukan ketika mata 16-19 namun gandingan Korea menang 16-21. Goh & Koo sekali lagi ketinggalan 8-11 dan 10-18 di set kedua. Gandingan Korea memberikan mata pertama buat Korea selepas menang set kedua 21-18.

Iskandar Zulkarnain sekali lagi diturunkan sebagai perseorangan kedua untuk menentang Korea. Beliau turun menentang Lee Dong Keun pemain no.16 dunia. Iskandar menang set pertama 21-17 walaupun beliau ketinggalan 10-7 pada awalnya. Iskandar berjaya menyamakan kedudukan 13-13 dan akhirnya menang set pertama. Iskandar berjaya memberikan mata kedua untuk skuad negara selepas menang set 2 dengan kedudukan mata 21-15.  Setakat ini persembahan yang ditujukkan oleh Iskandar di Piala Thomas 2016 ini amat memberangsangkan.

Tan Boon Heong dan Tan Wee Kiong kali ini digandingkan sebagai beregu kedua negara yang turun menentang Kim Gi Jung/Kim Sa Rang beregu no.4 dunia. Di set pertama Wee Kiong & Boon Heong kalah 14-21. Di set kedua persaingan amat hebat diberikan oleh gandingan Korea. Pada mulanya Wee Kiong/Boon Heong mendahului dengan selesa namun akhirnya Kim Gi Jung/ Kim Sa Rang memintas pungutan mata dan menang 22-24 sekaligus memberikan mata kedua kepada Korea. Pada ketika ini, pungutan mata antara Malaysia dan Korea terikat 2-2. Sekarang bergantung kepada perseorangan ketiga negara Chong Wei Feng yang akan turun melawan Jeon Hyeok Jin.  Jika Malaysia menang, skuad kebangsaan akan menjadi Juara Kumpulan C.

Chong Wei Feng menjadi sandaran negara untuk memenangi perlawanan kelima. Persembahan Wei Feng di set pertama agak membanggakan apabila beliau meninggalkan lawan 12-5 dan akhirnya menang 21-16. Set kedua Wei Feng menang 21-16 dan sekaligus mengesahkan kemenangan ke atas Korea 3-2. Malaysia menjadi juara Kumpulan C setelah menang 3 kali berturut dalam peringkat kumpulan, 4-1 menentang England, 5-0 menentang Jerman dan 3-2 menentang Korea.

No comments:

Post a Comment

Penaja