Penaja Utama Makmal Informasi

Nuffnang

Penaja

Monday, May 2, 2016

LEE CHONG WEI BERJAYA MENUNDUKKAN CHEN LONG

Final Perseorangan Lelaki Badminton Asia Championships 2016, Wuhan China




Sekalung tahniah kepada jaguh badminton negara kita, Datuk Lee Chong Wei kerana memenangi Perseorangan Lelaki Badminton Asia Championships 2016 di Wuhan, China. Ini adalah kemenangan kedua beliau selepas memenanginya pada 10 tahun lepas di Badminton Asia Championships 2006, Johor Bahru, Malaysia. Pada ketika itu beliau menentang Boonsak Ponsana pemain daripada Thailand. Beliau menang dalam 2 set (21-12 & 21-16). 


Pada tahun ini pula, Chong Wei berjaya menundukkan Chen Long pemain nombor satu dunia pada ketika ini. Chong Wei menundukkan Chen Long dalam 3 set dengan mata 21-17, 15-21 & 21-13 dalam masa lebih kurang 1 jam 22 minit.



Pada set pertama Datuk Lee Chong Wei mendahului 11-8 tetapi Chen Long bangkit untuk memungut 7 mata berturut-turut dengan mendahului 11-15. Namun Chong Wei bangkit semula untuk menyamakan kedudukan 15-15 dan kemudian memenangi set pertama dengan 21-17.

Set kedua pula, pada satu ketika Chong Wei ketinggalan 8-3 dan cuba untuk meyamakan kedudukan namun Chen Long terus mengorak langkah dan akhirnya memenangi set kedua dengan mata 15-21. Ketika rubber set Lee Chong Wei berjaya mengawal permainan dengan meninggalkan Chen Long 7 mata iaitu 18-11. Akhirnya, Chong Wei berjaya menundukkan Chen Long di lamannya sendiri Wuhan, China dengan 21-13. Chong Wei mengutip mata terakhir selepas tolakan kebelakang Chen Long keluar. Datuk Lee Chong Wei meraih USD15000 (lebih kurang RM 58 761).

Pada peringkat separuh akhir, Chong Wei berjaya mengalahkan seteru utamanya iaitu Lin Dan dengan perlawanan yang diheret sehingga rubber set. Chong Wei menang dengan mata 22-20, 15-21 & 21-4. 











No comments:

Post a Comment

Penaja