Penaja Utama Makmal Informasi

Nuffnang

Penaja

Thursday, May 19, 2016

KEPUTUSAN PIALA THOMAS 2016 - MALAYSIA MARA KE SEPARUH AKHIR, TUNDUKKAN TAIWAN 3-1




16 Mei 2016

Kunshan: Malaysia telah menjuarai peringkat Kumpulan C dan telah di undi menentang Taiwan di suku akhir Piala Thomas 2016. Pada perlawanan kali ini Malaysia tidak merombak skuad negara. Datuk Lee Chong Wei turun sekali lagi sebagai perseorangan pertama yang menentang Chou Tien Chen.  Di set pertama, pada satu ketika Chong Wei meninggalkan pihak lawan 15-5, namun Chou Tien Chen mula mengorak langkah dan menyamakan kedudukan 18-18. Akhirnya, Chong Wei menang 21-18. Set kedua, Chong Wei mendahului kedudukan mata 11-6. Kemudian, Chong Wei menjarakkan mata 18-9, namun Chou Tien Chen kembali merapatkan jurang mata 20-18. Namun, set kedua berpihak kepada Lee Chong Wei, 21-18.



Goh V Shem/ Tan Wee Kiong turun pada perlawanan suku akhir sebagai beregu pertama. Goh dan Tan menentang  Lee Sheng Mu/ Tsai Chia Hsin beregu no.18 dunia. Di set pertama Goh/Tan mendahului 15-10. Goh & Tan menang set pertama 21-15. Di set kedua beregu Taiwan bermain dengan agak agresif dan mendahului 16-11. Goh/Tan bangkit untuk menyamakan kedudukan 17-17 namun set kedua berpihak kepada beregu Taiwan 19-21. Perlawanan diheret ke rubber set. Goh/Tan mendahului 11-8. Nasib tidak berpihak kepada beregu negara setelah kalah 19-21 sekaligus memberikan mata pertama buat skuad Taiwan. Kedudukan terikat 1-1 pada ketika ini. Iskandar Zulkarnain akan turun sebagai pemain perseorang kedua negara menentang Hsu Jen Hao pemain perseorangan no.24 dunia.




Iskandar Zulkarnain menunjuk aksi yang agak memberangsangkan dalam perlawanan set pertama apabila menang mudah 21-8. Set 2 Iskandar mendahului 6 mata dihadapan, 11-5. Iskandar menyumbangkan mata kedua buat negara setelah menang set kedua 21-13. Prestasi Iskandar di Piala Thomas 2016 setakat ini amat memberangsangkan setelah menang kesemua perlawanan.




Koo Kien Keat/ Tan Boon Heong, beregu kedua negara berhadapan dengan beregu Taiwan Chen Hung Ling/Wang Chi-Lin. Pada awalnya Koo/Tan mendahului 12-8, namun beregu Taiwan mula memintas pasangan negara pada kedudukan 14-15. Koo/Tan seterusnya mengutip 4 mata berturut-turut 18-15 sebelum menang 21-16. Di set kedua, Koo/Tan bermula kurang baik apabila ketinggalan  6 mata, 8-14. Koo/Tan bangkit dan menyamakan kedudukan 15-15. Pertarungan semakin sengit apabila kedua-dua beregu terikat 20-20. Set kedua akhirnya berpihak kepada Koo/Tan dengan mata 22-20 sekaligus memberikan mata ketiga buat skuad negara dan mengesahkan tempat ke separuh akhir esok, 20 Mei 2016. Lawan di separuh akhir akan ditentukan malam ini dalam pertembungan Denmark dan Japan Juara Piala Thomas 2014 di New Delhi, India

Koo/Tan sedang beraksi menentang beregu Taiwan untuk mengutip mata terakhir 22-20



Men Single 1
Chou Tien Chen - Lee Chong Wei (MAS)
18-21 & 18-21 


Men Doubles 1
Lee Sheng Mu/Tsai Chia Hsin - Goh V Shem/Tan Wee Kiong (MAS)
16-21, 21-19 & 21-19


Men Single 2
Hsu Jen Hao - Zainuddin Iskandar Zulkarnain (MAS)
8-21, 13-21 



Men Doubles 2
Chen Hung Ling/Wang Chi-Lin - Koo Kien Keat/Tan Boon Heong (MAS)
16-21, 20-22


Men Single 3
Wang Tzu Wei - Chong Wei Feng (MAS)

No comments:

Post a Comment

Penaja