MALAYSIA MARA KE SUKU AKHIR PIALA THOMAS 2016 KUNSHAN, CHINA
Goh V Shem & Tan Wee Kiong menentang Domke R. & Holzer F. |
Beregu pertama Malaysia, Goh & Tan turun menentang Domke R & Holzer F. Set pertama Goh & Tan beraksi dengan baik dan menang 21-12 terhadap beregu Jerman tersebut. Set kedua, Goh & Tan turut memberikan persembahan yang menyakinkan dan menang mudah set kedua 21-11. Diharap Goh & Tan dapat berkasi dengan baik juga untuk perlawanan ketiga peringkat kumpulan yang akan menentang Korea. Prestasi semasa pemain beregu Korea amat baik dan meyakinkan terutamanya Lee Yong Dae & Yoo Yeon-Seong pemain no. 1 dunia pada ketika ini dan Kim Gi Jung & Kim Sa Rang no.4 dunia.
Iskandar Zulkarnain ketika menentang Lars Schaenzler |
Pemain perseorangan kedua negara Iskandar Zulkarnain menentang Lars Schaenzler. Iskandar menunjukkan persembahan yang cemerlang dengan menang mudah 21-7. Pertahanan dan serangan yang ditujukkan oleh Iskandar diset pertama sangat baik. Di set kedua Iskandar pada satu ketika mendahului 8-2, namun Iskandar banyak melakukan kesilapan dan Lars Schaenzler mula bangkit dan hampir menyamakan kedudukan 14-13. Iskandar akhirnya memperbaiki persembahannya dan memenangi set kedua 21-16 dan sekali gus memberikan mata ketiga kepada Malaysia.
Koo Kien Kiet & Tan Boon Heong turun dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan sebagai beregu kedua Malaysia. Koo & Tan menentang Mark Lamsfuss & Josche Zurwonne, Koo & Tan menang 21-15 di set pertama manakala di set kedua mereka menang mudah 21-10 dan memberikan mata keempat buat Malaysia.
Perseorangan ketiga negara, Chong Wei Feng menentang David Peng. Set pertama Wei Feng menang mudah 21-9 namun di set kedua David Peng memberikan tentangan dengan mendahului 5-9. Chong Wei Feng terus bangkit dan berjaya memenangi set kedua 21-18 dan berjaya memberikan mata ke lima untuk Malaysia. Malaysia menang kelima-lima perlawanan menentang Jerman pusingan kedua peringkat kumpulan. Keputusan dalam aksi kedua kumpulan C ini mengesahkan tempat skuad negara ke suku akhir.
No comments:
Post a Comment