SOALAN-SOALAN LAZIM
1. Apakah program pembiayaan yang dilaksanakan di bawah Program MyBrain15?
Program MyBrain15 terdiri daripada MyMaster dan MyPhD.
2. Siapakah yang layak memohon MyMaster dan MyPhD?
Pemohon mestilah;
- Orang awam yang tidak bekerja dan tidak berpendapatan tetap;
- Kakitangan swasta;
- Pensyarah IPTS &
- Kakitangan kerajaan/badan berkanun/Universiti Awam (kontrak/sambilan/sementara)
3. Adakah penjawat awam/badan berkanun/IPTA (berstatus tetap) layak memohon MyMaster dan MyPhD?
Maaf, pada masa ini penjawat awam/badan berkanun/IPTA adalah tidak layak memohon dua program ini.
4. Apakah syarat kelayakan akademik pemohon MyMaster?
Pemohon mestilah memiliki:
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan PNGK 3.00 - 4.00 atau setara; atau
- Berumur sekurang-kurangnya 30 tahun dan mendapat Sijil Perakuan Accreditation of Prior Experiantial Learning (APEL) bagi kemasukan ke program Ijazah Sarjana (tahap 7, Kerangka Kelayakan Malaysia) dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);
5. Berapakah had umur yang layak menerima pembiayaan MyPhd?
Pemohon mestilah berumur tidak melebihi 45 tahun pada 1 Januari 2016.
6. Berapakah had umur yang layak menerima pembiayaan MyMaster?
Pemohon mestilah berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2016.
7. Apakah syarat kelayakan akademik pemohon MyPhD?
Pemohon mestilah memiliki Ijazah Sarjana atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan PNGK 3.00 - 4.00 atau setara;
Soalan-soalan yang selanjutnya di Laman Web MyBrain15
*Sumber daripada Laman Web MyBrain15
No comments:
Post a Comment