Penaja Utama Makmal Informasi

Nuffnang

Penaja

Friday, July 29, 2016

Kampung Pukat Tanjung Batu Laut, Tawau, Sabah Terbakar, Kira-kira 20 Rumah Hangus dijilat Api

Photo credit to FB Chengcheng JC


Kebelakangan ini banyak kejadian tidak diingini seperti kebakaran berlaku di Tawau, Sabah. Satu lagi kebakaran telah berlaku di Kampung Pukat Tanjung Batu Laut, Tawau. Sekurang-kurangnya 20 buah rumah hangus dijilat api. Mudah-mudahan semua mangsa tabah dengan ujian yang  dilalui ini.

Ini adalah antara gambar ketika kebakaran sedang berlaku.

Photo credit to FB Chengcheng JC

Photo credit to FB Chengcheng JC


Berikut merupakan petikan berita online daripada MyMetro (Junaidi Ladjana)


Tawau: Kira-kira 20 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Pukat Tanjung Batu Laut, dekat sini, tengah hari tadi.
Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Khatizah Rahaban berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 1.04 petang sebelum tiga jentera dengan kekuatan seramai 13 anggota dikerah ke lokasi kejadian.
"Kebakaran membabitkan kekurang-kurangnya 20 rumah dan operasi memadam sedang dijalankan dengan menggunakan air daripada jentera dan laut.
"Setakat ini, tiada mangsa dilaporkan dan operasi terkawal jam 2.15 petang tadi," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.


No comments:

Post a Comment

Penaja