Penaja Utama Makmal Informasi

Nuffnang

Penaja

Monday, July 18, 2016

Kejuaran Kedua Buat Khairul Idham: Menjuarai Moto3 di Grand Prix Jerman 2016.


Tahniah buat Khairul Idham Pawi kerena berjaya menjuarai Moto3 GP Jerman 2016. Tahniah juga kerana menjaga akhlak anda sebagai seorang muslim kerana anda mengelak daripada disembur dengan minuman keras. Teruskan usaha anda dalam bidang permotoran ini dan mengahrumkan nama negara, bangsa dan agama.


Petikan akhbar daripada Berita Harian.

SACHSENRING, JERMAN: Lagu negaraku sekali lagi berkumandang di kejohanan antarabangsa apabila pelumba negara, Khairul Idham Pawi meraih kejuaraan Moto3 di Grand Prix Jerman, sebentar tadi. Ia adalah kejuaraan kedua buat pelumba mewakili Honda Team Asia berusia 17 tahun itu yang sebelum ini unggul di Grand Prix Argentina, April lalu. 

Khairul Idham yang turut digelar Super KIP sebelum itu memulakan perlumbaan di petak ke-20. "Pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah dan terima kasih kepada pasukan kerana sentiasa bekerja keras untuk saya, tapi di sini (Jerman) sedikit sukar buat saya, banyak 'drama' saya alami dan saya terselamat dari terjatuh. 

"Saya berikan sedikit tekanan, dan saya cakap OK, mungkin saya perlu bertenang, uruskan masa sehingga tamat perlumbaan, untuk semua orang yang menyokong saya, keluarga saya, rakan saya dan saya harap kamu semua menikmatinya," kata Khairul Idham sejurus tamat perlumbaan.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/174444

No comments:

Post a Comment

Penaja