Penaja Utama Makmal Informasi

Nuffnang

Penaja

Thursday, August 11, 2016

PUNCA AIR KOLAM ACARA TERJUN BERTUKAR HIJAU KINI TERUNGKAI - OLIMPIK RIO 2016


Baru-baru ini menjadi tanda tanya kepada para penonton acara terjun berkaitan warna air kolam yang digunakan bertukar menjadi hijau. Ramai yang agak risau berkaitan perubahan warna air tersebut kerana bimbang akan membahayakan para penerjun. Walaubagaimanapun Persekutuan Renang Antarabangsa telah merungkai punca kejadian tersebut.

Berikut merupakan petikan berita daripada Stadium Astro

"Misteri itu telah diselesaikan", itu pengesahan daripada Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA), mengenai ketidakseimbangan kimia menyebabkan air yang masuk ke dalam kolam terjun temasya Rio, bertukar menjadi hijau.

Pada Selasa, gambar air di kolam terjun di Pusat Akuatik Maria Lenk, yang berwarna hijau telah tersebar luas, sekali gus mendatangkan kebimbangan masyarakat mengenai keselamatan atlet, yang beraksi di kolam tersebut.

Perubahan warna air ini telah merebak ke kawasan kolam berdekatan yang digunakan untuk acara sukan polo air, dan FINA, telah menjelaskan isu tersebut berpunca daripada masalah dalam proses rawatan air.

Bagaimanapun, badan induk yang mengawal sukan renang dunia, menegaskan kolam itu selamat untuk digunakan dan tidak mendatangkan bahaya kepada semua penerjun yang bertanding.

"FINA boleh mengesahkan bahawa penyebab kepada warna air di kolam terjun bertukar menjadi luar biasa, sewaktu acara terjun dipertandingkan di Sukan Olimpik Rio, adalah kerana tangki air di kolam tersebut kehabisan beberapa bahan kimia yang digunakan dalam proses rawatan air," jelas satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh FINA.

"Hasilnya, tahap pH air tidak seperti biasa dan menyebabkan perubahan warna tersebut terjadi.

"Jawatankuasa Perubatan Sukan FINA telah menjalankan ujian terhadap kualiti air di kolam tersebut dan mengesahkan tiada sebarang risiko terhadap kesihatan atau keselamatan atlet, dan ia tidak akan menjejaskan pertandingan.

Pengarah Eksekutif Jawatankuasa Komunikasi Penganjuran Sukan Olimpik Rio, Mario Andrada, memberi jaminan kolam itu kembali ke warna asal, iaitu biru, dalam masa terdekat.

"Perubahan mendadak tahap alkali air di kolam tersebut menjadi punca kepada perubahan warna air. Kolam acara polo air juga mengalami masalah yang sama. 

"Tahap pH air telah berada dalam standard yang ditetapkan. Kami telah merawat kedua-dua kolam tersebut pada waktu malam dan tahap alkali dalam air telah bertambah baik. Kami menjangkakan warna asal biru akan kembali tidak lama lagi.

"Mereka yang bertanggungjawab boleh dan harus melakukan lebih banyak ujian terhadap kolam tersebut. Kami juga telah membawa satu pasukan pakar bebas untuk mengkaji keputusan yang telah pun saya kongsikan.

"Pakar-pakar bebas juga telah mengesahkan tidak ada risiko sama sekali kepada atlet yang bertanding di kolam tersebut."

No comments:

Post a Comment

Penaja