Penaja Utama Makmal Informasi

Nuffnang

Penaja

Saturday, August 13, 2016

Wendy Ng Yan Yee Layak ke Separuh Akhir, Jun Hoong Terkandas di Peringkat Kelayakan - Olimpik Rio 2016


*Keputusan Preliminary Women's 3m Springboard

Rio - Jun Hoong sebelum ini yang berjaya meraih pingat perak semasa bergandingan dengan Pandelela Rinong dalam acara 10 meter platform seirama pada hari Selasa, gagal mara ke separuh akhir bagi acara Women's 3m Springboard setelah menduduki tangga ke-21 daripada 29 penerjun dengan mengumpul 282.25 mata.

Manakala Wendy Yan Yee Ng, berjaya mara ke separuh akhir dengan mengutip mata 299.05 di tempat ke-17 sekaligus berjaya melayakkan diri ke separuh akhir acara tersebut. Ini merupakan penampilan kedua Wendy di temasya sukan terbesar, Sukan Olimpik. Hanya 18 penerjun yang mengumpul mata terbaik pada pusingan kelayakan akan mara ke separuh akhir

No comments:

Post a Comment

Penaja