Penaja Utama Makmal Informasi

Nuffnang

Penaja Utama Makmal Informasi 2

Saturday, September 3, 2016

6 FAKTA TENTANG 'ZIKA VIRUS' YANG ANDA PERLU KETAHUI. Betapa Bahayanya 'Virus ZIKA' Ini


Hari ini saya akan kongsikan fakta tentang 'ZIKA VIRUS' yang baru-baru ini telah dikesan di Klang, Selangor. Ini merupakan kes yang pertama di Malaysia apabila seorang wanita disahkan telah dijangkiti virus ini. Semoga virus ini dapat dikawal agar tidak merebak ke seluruh negara. Kita semua berdoa agar kita dijauhkan dan dilindungi daripada virus yang berbahaya ini. Berikut merupakan 6 fakta yang telah diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia tentang 'Zika Virus'.

  1. Zika adalah virus yang disebarkan oleh nyamuk Aedes (Aegypti)
  2. Wabak ini bermula di Brazil dan telah merebak ke 26 buah negara
  3. Gegala ini (jangkitan Zika Virus) termasuklah demam ringan, ruam kulit, sakit sendi dan konjunktivitis, biasanya sehingga 2-7 hari.
  4. Tidak ada ubat atau vaksin untuk rawatan wabak ini.
  5. Jangkitan ini dikaitkan dengan kecacatan otak bayi dalam kandungan dan sindrom saraf.
  6. Pencegahan jangkitan virus Zika adalah dengan mengelakkan daripada gigitan nyamuk. Gunakan repellen dan lindungi kulit dengan memakai pakaian lengan panjang.

Kepada yang mempunyai gegala-gegala yang telah disebutkan di dalam 6 fakta di atas, diharap dapat membuat pemeriksaan di mana-mana hospital. Semoga kita dijauhi daripada virus ini. InshaAllah. 

No comments:

Post a Comment