Penaja Utama Makmal Informasi

Nuffnang

Penaja

Wednesday, November 22, 2017

Harga 4 Kepala Ikan RM600 "Periksa dahulu menu dan lihat harganya sebelum membuat tempahan"



Seorang pengguna laman sosial Facebook telah memuat naik status berkenaan harga kepala ikan yang dimakan di sebuah restoran iaitu berhargaRM600 untuk 4 mangkuk kari kepala ikan merah. Harga setiap mangkuk berharga lebih kurang RM150.

Menurut mStar Online yang menghubungi pengadu, ini bukan kali pertama beliau makan kari kepala ikan di restoran mamak tersebut dan menyatakan bahawa harga yang biasa dicaj kepada pelanggan adalah di antara RM50 dan RM 80 semangkuk.


Beliau menyarankan, di mana-mana restoran pun, kita kena periksa dahulu menu dan lihat harganya sebelum membuat tempahan, lebih-lebih lagi restoran mamak yang jarang menyediakan menu dan harga. "Jadi, anda kena minta menu terlebih dahulu terutamanya nak makan kari kepala ikan. Untuk berita penuh boleh ke mStar Online

Berikut merupakan aduan/status yang dimuat naik oleh beliau di laman sosial Facebook.



*Sumber Fb Faudzy Asrafudeen dan mStar Online.


No comments:

Post a Comment

Penaja