Halaman

Sunday, October 21, 2018

Resepi Asam Pedas Ayam Mudah dan Sedap



Assalamualaikum semua. Lama dah Mrd tak berkongsi resepi dekat blog ni. Kali ni Mrd nak berkongsi resepi Asam Pedas Ayam. Asam Pedas ni antara makanan kegemaran Mrd. Baru-baru ni Mrd nonton telemovie TV3 Cinta Sesedap Rasa, dalam telemovie tu mak kepada lelaki ni letakkan syarat kepada bakal isteri anaknya iaitu kena pandai masak asam pedas. Bestlah cerita tu, Mrd terliur tengok asam pedas dalam cerita tu, itu yang Mrd teringin nak makan asam pedas. Semalam Mrd masak Asam Pedas Ayam ni dengan housemate Mrd. Alhamdulillah, terlunas keinginan nak makan asam pedas.. hahahhaha.

Resepi Asam Pedas Ayam Mrd ni mungkin berlainan daripada resepi asal asam pedas, jadi resepi Mrd ni mengikut style Mrd, bujang style lah katakan...hahhaa

Bahan-bahan yang diperlukan:

A) Bahan-bahan untuk ditumbuk (dikisar pun boleh)
  1. Bawang merah - 6 ulas
  2. Bawang putih - 9 ulas
  3. Bawang besar - 1 biji
  4. Halia - 4 cm
  5. Kunyit hidup - 3 cm
  6. Belacan - 2 cm
  7. Cili padi - 5 biji (kalau nak lagi pedas boleh tambah)
B) Bahan-bahan lain
  1. Cili boh - 5 sudu
  2. Daun kesum - dalam 3 tangkai
  3. Bunga kantan - 2 batang
  4. Bendi - 8 
  5. Air asam jawa - segengam asam jawa yang dilarutkan di dalam 250 ml air
  6. Minyak - secukupnya (untuk menumis)
  7. Garam & gula - secukupnya
  8. Air - secukupnya
  9. Ayam - 1 1/2 bahagian dada ayam

Langkah-langkah memasak Asam Pedas Ayam.
  1. Panasakan minyak untuk menumis bahan-bahan (A). Tumis bahan-bahan A tersebut dan tumis sekali dengan cili boh. Tumis sehingga pecah minyak.
  2. Kemudian, masukkan ayam yang telah dipotong-potong dan gaulkan. Biarkan selama 2-3 minit.
  3. Masukkan air asam jawa dan gaul hingga sebati, biarkan dalam 2-3 minit. Kemudian, tambahkan bunga kantan yang telah di belah dua dan daun kesum.
  4. Kemudian, masukkan air untuk mengubah kepekatan kuat mengikut kesesuaian anda.
  5. Masukkan garam dan gula untuk seimbangkan rasa. Kemudian, gaul hingga sebati dan biarkan dalam 4-5 minit.
  6. Jika ayam dah masak, anda tambahkan bendi dah biarkan dalam beberapa minit dengan menggunakan api yang kecil. 
  7. Selepas dibiarkan beberapa minit anda boleh matikan api dan Asam Pedas Ayam sedia untuk dihidang.



Ini video, selepas bendi dimasukkan ke dalam asam pedas dan dimasak mengunakan api yang kecil.


Selamat mencuba semua.


Resepi-resepi lain:







No comments:

Post a Comment