Penaja Utama Makmal Informasi

Nuffnang

Penaja

Tuesday, July 23, 2019

Cara Isi Minyak Kereta dengan Menebus Mata Ganjaran Kad Mesra Petronas





Assalamualaikum semua pengunjung blog saya. Semoga semuanya sihat-sihat belaka. Harini saya nak kongsikan tentang Kad Mesra Petronas. Mesti kebanyakkan daripada kita mempunyai Kad Mesra Petronas kan. Kad yang selalu kita gunakan untuk mengisi minyak atau membeli barang di stesen minyak Petronas. Kepada sesiapa yang ada menggunakan kad mesra Petronas ni, saya nak nasihatkan jangan lupa tebus mata ganjaran yang anda dapat selama ini.

Baru-baru ini saya semak nilai mata ganjaran yang terkumpul bagi kad mesra Petronas lebih kurang 2400 mata ganjaran. Setiap 100 mata ganjaran bernilai RM 1. Jadi, bila nak isi minyak di stesen minyak Petronas, saya nak isi minyak guna mata ganjaran kad mesra. Juruwang kata boleh tebus sebanyak RM 24 dan nilai tu bagi saya agak banyaklah. Jadi saya decide nak tebus RM15 sahaja. Baki mata ganjaran tu boleh guna time dah terdesak, hehehe. Maklumlah student lagikan. Tak sia-sia selama ni isi minyak dan swipe kad mesra untuk dapatkan mata ganjaran. 



Untuk pengetahuan anda semua, mata ganjaran Kad Mesra anda akan luput jika tiada sebarang transaksi (penambahan atau penebusan) dalam tempoh 6 bulan.  Selain itu, jika mata ganjaran tidak ditebus dalam tempoh 3 tahun. Oleh itu, anda semua jan
gan lupa untuk menebus mata ganjaran Kad Mesra anda. 

Untuk menebus mata ganjaran ni, boleh lakukan dengan 2 cara:


Kaunter pembayaran

  • Maklumkan kepada juruwang/chasier yang anda nak isi minyak kereta guna mata ganjaran.
  • Juruwang/chasier akan maklumkan ada berapa mata ganjaran yang ada. 100 mata ganjaran bersamaan RM 1. 
  • Selepas itu, anda boleh tentukan berapa anda nak tebus dan beritahu juruwang nombor pam minyak. 
  • Juruwang akan proses dan akan beri anda resit.
  • Anda sedia untuk isi minyak kereta anda.



Di Pam Minyak

  • Sila masukkan Kad Mesra anda ke dalam slot kad kredit/debit di pam minyak tersebut.
  • Kemudian, tunggu arahan "Sila keluarkan kad",keluarkan kad anda dari slot tersebut.
  • Tekan butang untuk memilih bahasa
  • Permintaan anda sedang diproses. Tunggu sehingga permintaan anda diluluskan.
  • Setelah itu, angkat nozel dan mulakan pengisian minyak anda.
  • Sila isi minyak mengikut jumlah yang anda inginkan dan berhenti setelah mencapai jumlah tersebut.
  • Letakkan kembali nozel ke pam selepas pengisian minyak dibuat.
  • Tunggu resit anda dikeluarkan dan selesai.


Info tambahan: Pam nozel akan berhenti secara automatik apabila mata ganjaran Kad Mesra anda tidak mencukupi atau mencapai nilai maksimum penebusan mata ganjaran. Oleh itu, anda tidak perlu risau terlebih isi. Selain itu, anda juga boleh menebus mata ganjaran di kedai mesra Petronas. Sila tunjukkan kad mesra di kaunter semasa membuat pembayaran. Mudahkan.


Anda ingin mendapat cashback/duit anda setelah membeli barangan online? Jika anda suka membeli barangan online di Lazada, Shopee, Aliexpress dan Zalora serta membuat tempahan hotel melalui Traveloka, Agoda dan booking.com anda disarankan sign up di Shopback. Setelah membuat pembelian Shopback akan membuat bayaran balik beberapa peratus daripada jumlah belian anda melalui Shopback
Untuk mendaftar klik > SHOPBACK

No comments:

Post a Comment

Penaja