Penaja Utama Makmal Informasi

Nuffnang

Penaja

Monday, November 18, 2019

Live Streaming Keputusan Malaysia vs Indonesia Kelayakan Piala Dunia 2022


Pasukan bola sepak negara akan turun sekali lagi pada 19 November 2019 ini, menentang Indonesia bagi kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022 Qatar. Perlawanan akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada jam 8.45 petang.

Perlawanan di antara Malaysia dan Indonesia ini adalah perlawanan yang kelima bagi pasukan Malaysia dalam peringkat kumpulan G. Setakat ini pasukan Malaysia berjaya memenangi 2 perlawanan daripada 4 perlawanan sebelum ini.



Sebelum ini pasukan negara telah berjaya menewaskan Indonesia 3-2 di Stadium Gelora Bung Karno pada 5 September 2019 manakala tewas di tangan pasukan UAE 1-2 pada 10 September 2019 dan tewas sekali tewas kepada pasukan Vietnam 0-1 pada perlawanan yang berlangsung 10 Oktober lepas. Namun baru-baru ini 14 November 2019, pasukan Malaysia berjaya mengutip 3 mata penuh apabila berjaya menewaskan Thailand 2-1. 


Semoga pasukan Malaysia mampu memberikan yang terbaik bagi perlawanan menentang Indonesia malam esok. Walau apa pun keputusannya pada hari esok kita terima dengan seadanya kerana adat pertandingan ada menang ada kalah. Apa-apa pun sama-sama kita memberikan sokongan kepada pasukan negara kita. Pasukan negara pada ketika ini menduduki kedudukan ke-4 dengan 6 mata (kumpulan G). Manakala Vietnam menduduki tangga teratas dengan kutipan mata 10, diikuti Thailand (2nd - 7 mata), UAE (3th - 6 mata) dan di kedudukan Ke-5 adalah Indonesia (0 mata).


Live Streaming Malaysia vs Indonesia

Perlawanan di peringkat Kumpulan G, Kelayakan Piala Dunia 2022, Qatar dan Piala Asia 2023 di antara pasukan Malaysia dengan Indonesia akan disiarkan secara langsung di Astro Arena Saluran 801 dan 802 HD yang dijadualkan pada 8.45 petang.

Selain itu, anda boleh juga menonton secara live streaming melalui link ini > Malaysia vs Indonesia

No comments:

Post a Comment

Penaja