Penaja Utama Makmal Informasi

Nuffnang

Penaja

Sunday, June 7, 2020

Sama Ada PKPB di Sambung atau Tidak? PM Akan Umumkan Hari Ini


Keputusan Sama ada PKPB ditamatkan atau disambung akan diketahui pada hari ini. Perdana Menteri akan mengumumkan perkara tersebut menerusi Perutusan Khas PM Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini. 

Berikut merupakan berita penuh (Berita Harian Online-Sumber) mengenai perkara ini. 

KUALA LUMPUR: Persoalan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilanjutkan atau tidak, dijangka diketahui hari ini, menerusi perutusan khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Jika diimbas, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan 18 Mac lepas, dengan hanya perkhidmatan perlu dibenarkan, kerajaan kemudian memberi kelonggaran secara berperingkat kepada lebih banyak sektor ekonomi untuk beroperasi.
Terbaharu adalah perkhidmatan gunting, dandanan rambut dan kecantikan yang dibenarkan beroperasi mulai 10 Jun seperti yang diumumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media, semalam.
Semestinya, ia berita gembira untuk masyarakat, apatah lagi buat golongan Adam yang sering tertanya-tanya bilakah kedai gunting rambut akan dibuka.
Mana tidaknya, lebih dua bulan tidak mendapat sentuhan pendandan rambut, pelbagai 'gaya' dapat dilihat dalam kalangan mereka sehingga ada yang menggunakan khidmat isteri sendiri untuk menggunting rambut.
Bagi wanita pula, khidmat kecantikan termasuk merias dan merawat kuku serta solekan dan rawatan muka juga dibenarkan beroperasi bermula pada tarikh sama.
Selain itu, peniaga di pasar terbuka, pasar pagi dan pasar malam serta bazaria di Wilayah Persekutuan kini boleh menarik nafas lega apabila premis berkenaan dibenarkan beroperasi mulai 15 Jun, tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).
Sama ada PKPB disambung atau tidak, normal baharu yang telah diamalkan sekarang seperti penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka dan penjagaan kebersihan termasuk kerap mencuci tangan tetap perlu diteruskan bagi mengekang penularan jangkitan COVID-19.
Selain itu, elakkan tempat sesak, kawasan sempit dan elak sembang atau bertutur dengan jarak dekat seperti yang dinasihatkan oleh 'jeneral perang COVID-19', Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah setiap hari.
Setakat semalam, jumlah jangkitan kes baharu positif COVID-19 masih kekal dua angka iaitu 37 kes dengan 10 kes membabitkan warganegara Malaysia. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Penaja