Photo (raw) credit to the owner
HSBC BWF World Tour Finals 2020 akan berlangsung bermula pada 27 Januari 2021 sehingga 31 Januari 2021 di Bangkok, Thailand. Pada setiap tahun Top 8 bagi setiap kategori akan melayakkan diri ke BWF World Tour Finals. Top 8 ditentukan melalui kutipan mata yang diperolehi oleh pemain di setiap kejohanan BWF World Tour dan bukannya ditentukan melalui kedudukan ranking dunia BWF yang terkini. Oleh itu, tidak semestinya pemain yang menduduki ranking Top 8 ranking dunia BWF akan layak ke BWF WorldTour Finals.
Bagi HSBC BWF World Tour Finals 2020 ini, pasukan negara mempunyai 6 wakil di kejohanan ini iaitu 2 beregu lelaki, 2 beregu wanita, 1 perseorangan lelaki dan 1 beregu campuran. Bagi beregu lelaki yang akan mewakili negara adalah Ong Yew Sin - Teo Ee Yi dan Aaron Chia - Soh Wooi Yik. Manakala bagi beregu wanita ialah Chow Mei Kuan - Lee Meng Yean dan Vivian Hoo - Yap Cheng Wen. Lee Zii Jia merupakan wakil tunggal negara bagi perseorangan lelaki dan beregu campuran di wakili oleh Goh Soon Huat - Lai Shevon Jemie.
Berikut merupakan jadual perlawanan yang melibatkan pasukan negara pada 27 Januari 2021:
Impact Arena 1 (Court 1)
- Aaron Chia - Soh Wooi Yik (Malaysia) vs Choi Solgyu - Seo Seung Jae (Korea Selatan) 12.00 Tengah hari (21-14, 21-19)
- Ong Yew Sin - Teo Ee Yi (Malaysia) vs Lee Yang - Wang Chi-Lin (Taiwan) - 2.00 PM (18-21, 22-24)
Impact Arena 2 (Court 2)
- Chow Mei Kuan - Lee Meng Yean (Malaysia) vs Vivian Hoo - Yap Cheng Wen (Malaysia) (21-16, 10-21, 21-15)
- Lee Zii Jia (Malaysia) vs Chou Tien Chen (Taiwan) (16-21, 21-12, 11-21)
- Goh Soon Huat - Lai Shevon Jemie (Malaysia) vs Mark Lamsfuss - Isabel Herttrich (Jerman) (14-21, 21-18, 21-18)
Berikut merupakan jadual perlawanan HSBS BWF Tour Finals 2020 bagi peringkat kumpulan 27 Januari 2021.
Impact Arena 1
Impact Arena 2
Live TV
- Astro Arena Channel 801/802
- Astro SuperSport 4 Channel 814
To watch live streaming
- Zhuafan live
- BWF TV YouTube (use VPN)
Anda ingin mendapat cashback/duit anda setelah membeli barangan online? Jika anda suka membeli barangan online di Lazada, Shopee, Aliexpress dan Zalora serta membuat tempahan hotel melalui Traveloka, Agoda dan booking.com anda disarankan sign up di Shopback. Setelah membuat pembelian Shopback akan membuat bayaran balik beberapa peratus daripada jumlah belian anda melalui Shopback.
Alhamdulillah setakat ni Cashback yang saya dapat sebanyak RM575.93. Daripada jumlah tersebut, saya dah tunaikan sebanyak RM357.84 dan RM209.23 Cashback saya yang masih pending/dalam proses manakala RM8.86 cashback yang saya boleh tunaikan buat masa ni. Tetapi syarat untuk tunaikan adalah available cashback anda kena mencapai RM10.00 baru boleh ditunaikan.
Daftar sekarang dan anda akan dapat RM5.00 bonus.
Untuk mendaftar klik > SHOPBACK
No comments:
Post a Comment