Pada hari ini Perdana Menteri akan mengumumkan Pakej Bantuan Khas pada 4.00 petang ini. Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pakej bantuan ini berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pengumuman khas tersebut akan disiarkan secara langsung di beberap stesen televisyen iaitu RTM, BERNAMA TV,TV3 dan Astro Awani. Semoga pakej bantuan khas yang akan diumumkan meringankan beban rakyat sepanjang PKP dilaksanakan.
Berikut merupakan petikan akhbar myMetro Online.
Kuala Lumpur: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka membuat Pengumuman Pakej Bantuan Khas pada 4 petang ini.
Pengumuman khas itu akan disiarkan secara langsung melalui stesen televisyen RTM, BERNAMA TV, TV3 dan Astro Awani.
Muhyiddin dijangka mengumumkan pakej bantuan itu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan proklamasi darurat yang dilaksanakan di negara ini.
Sebelum ini, Muhyiddin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk tempoh 14 hari bermula 13 Januari sehingga 26 Januari.
Kerajaan turut melaksanakan PKP di seluruh Kelantan dan juga Sibu, Sarawak bermula 16 Januari berikutan peningkatan mendadak kes positif Covid-19 di kawasan itu.
Info Tambahan
Anda ingin mendapat cashback/duit anda setelah membeli barangan online? Jika anda suka membeli barangan online di Lazada, Shopee, Aliexpress dan Zalora serta membuat tempahan hotel melalui Traveloka, Agoda dan booking.com anda disarankan sign up di Shopback. Setelah membuat pembelian Shopback akan membuat bayaran balik beberapa peratus daripada jumlah belian anda melalui Shopback.
Alhamdulillah setakat ni Cashback yang saya dapat sebanyak RM575.93. Daripada jumlah tersebut, saya dah tunaikan sebanyak RM357.84 dan RM209.23 Cashback saya yang masih pending/dalam proses manakala RM8.86 cashback yang saya boleh tunaikan buat masa ni. Tetapi syarat untuk tunaikan adalah available cashback anda kena mencapai RM10.00 baru boleh ditunaikan.
Daftar sekarang dan anda akan dapat RM5.00 bonus.
Untuk mendaftar klik > SHOPBACK
No comments:
Post a Comment