Live Streaming Results Finals Yonex All England Open 2021
Semalam telah berlangsung perlawanan bagi Suku Akhir Yonex All England Open 2021. Pasukan Malaysia mempunyai 4 wakil di suku akhir dan hanya 2 wakil yang layak ke separuh akhir iaitu perseorang lelaki negara, Lee Zii Jia yang mengejutkan pilihan nombor satukejohanan dan juga merupakan pemain nombor satu dunia, Kento Momota dalam 2 set 21-16 dan 21-19. Manakala, beregu campuran negara, Chan Peng Soo - Goh Liu Ying berjaya menumpaskan beregu campuran daripada Perancis yang semakin meningkat naik dan juga merupakan juara Terbuka Swiss 2021, Thom Gicquel - Delphine Delrue 17-21, 21-18 dan 22-20.
Dua wakil Malaysia iaitu Tan Kian Meng - Lai Pei Jing terkandas di suku akhir apabila tewas di tangan beregu campuran daripada Jepun, Yuta Watanabe - Arisa Higashino 17-21 dan 9-21. Manakala, beregu wanita negara Tan Pearly - Thinaah Muralitharan ditewaskan oleh beregu wanita daripada Jepun Chiharu Shida - Nami Matsuyama 12-21, 22-20 dan 16-21.
Pada hari ini akan berlangsung perlawanan separuh akhir Yonex All England Open 2021. Lee Zii Jia akan turun menentang pemain daripada Belanda iaitu Mark Caljouw. Manakala, beregu campuran negara Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying akan menentang beregu daripada Jepun, Yuki Kaneko - Misaki Matsutomo.
Perlawanan di antara Lee Zii Jia dan Mark Caljouw dijadualkan pada 8.40 pm waktu Malaysia. Manakala, perlawanan di antara Chan Peng Soon - Goh Liu Ying dan Yuki Kaneko - Misaki Matsutomo 8.00 pm waktu Malaysia.
Untuk menonton perlawanan separuh akhir Yonex All England Open 2021 rujuk di bawah.
Live TV
- Astro Supersport 4 (Channel 814)
- RTM TV OKEY (Channel 146)
Live Streaming
- YouTube Channel BWFTV (use VPN)
- myklik.rtm.gov.my
- m.zhuafan.livebadminton
- Twitch.tv
Live Score
- Lee Zii Jia vs Mark Caljouw 21-13 dan 21-17
No comments:
Post a Comment