Penaja Utama Makmal Informasi

Nuffnang

Penaja

Saturday, July 24, 2021

Live Streaming Keputusan Lee Zii Jia (MAS) vs Brice Leverdez (FRA) Group M Badminton Sukan Olimpik Tokyo 2020

Raw photos credit to the owner

Siaran Langsung Keputusan Lee Zii Jia (Malaysia) vs Brice Leverdez (Perancis) Kumpulan M Badminton Sukan Olimpik Tokyo 2020


Pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 kali ini yang diadakan pada tahun 2021, pemain perseorangan lelaki negara iaitu Lee Zii Jia yang juga merupakan pilihan kesembilan telah diundi dalam Kumpulan M. Dalam Kumpulan M ini, Lee Zii Jia akan menentang pemain daripada Perancis (France) iaitu Brice Leverdez dan juga Artem Pochtarov daripada Ukraine.

Rekod pertemuan antara Lee Zii Jia dan Brice Leverdez adalah 1-1. Perlawanan terkahir mereka iaitu pada suku akhir Princess Sirivannavari Thailand Masters 2019, Lee Zii Jia tewas di tangan Brice Leverdez dengan dua set 11-21 dan 19-21. Oleh itu, perlawanan antara mereka bakal seimbang pada temasya Sukan Olimpik Tokyo ini.

Rekod pertemuan antara Lee Zii Jia dan Artem Pochtarov juga 1-1. Namun, perlawanan terkahir mereka menunjukkan Lee Zii Jia menang 2 set pada Pusingan R32 Bitburger Badminton Open 2017, 21-13 dan 21-11. 

Juara kumpulan dalam setiap kumpulan akan mara ke peringkat seterusnya iaitu peringkat Round of 16. Acara badminton Sukan Olimpik 2020 akan berlangsung pada 24 Julai 2021 sehingga 2 Ogos 2021.

Perlawanan Lee Zii Jia menentang Brice Leverdez (28 Julai 2021)
  • Live Streaming Keputusan Lee Zii Jia (Malaysia) vs Brice Leverdez (Perancis) Group M Badminton Sukan Olimpik Tokyo 2020
Lee Zii Jia berjaya mara ke peringkat Round 16 setelah berjaya menumpaskan pemain perseorangan daripada Perancis, Brice Leverdez, 21-17 dan 21-5 sekaligus menjadi Juara Kumpulan M. Di peringkat Round 16 yang akan berlangsung pada 29 Julai 2021 ini (esok), Lee Zii Jia bakal menentang pemenang pingat emas Badminton Persorangan Lelaki di Olimpik Rio 2016, Chen Long daripada China. Semoga Lee Zii Jia dapat memberi aksi yang terbaik ketika perlawanan menentang Chen Long esok. Mari sama-sama kita rakyat Malaysia memberikan sokongan kepada Lee Zii Jia.

Tarikh

Pemain

Keputusan

 

28 Julai 2021

7.40 PM

 

 

Set 1

Set 2

Set 3

Lee Zii Jia

 

 21

 21

 

Brice Leverdez

 

 17

 5



No comments:

Post a Comment

Penaja