Raw photo credit to the owner
Pada peringkat suku akhir Yonex Terbuka Perancis 2021 ini, Malaysia mempunyai dua wakil beregu lelaki dan dua wakil beregu campuran. Aaron Chia dan Soh Wooi Yik yang merupakan beregu pilihan keempat kejohanan layak ke suku akhir setelah berjaya menewaskan beregu daripada Thailand, Supak JOMKOH dan Kittinupong KEDREN dalam dua set 21-12 dan 21-12. Manakala satu lagi beregu lelaki negara Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi yang juga merupakan beregu pilihan ketujuh kejohanan layak ke suku akhir setelah menundukkan beregu daripada England, Callum HEMMING dan Steven STALLWOOD 21-8 dan 21-8.
Beregu campuran negara yang berjaya mara ke peringkat suku akhir adalah Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai yang menundukkan beregu daripada Rusia, Rodion Alimov dan Alina Davletova 21-9 dan 21-13. Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying pula berjaya menewaskan beregu daripada Jepun, Yuki KANEKO dan Misaki MATSUTOMO, 21-19 dan 21-14.
Aaron Chia dan Soh Wooi Yik bakal menentang beregu daripada India, Satwiksairaj RANKIREDDY dan Chirag SHETTY yang merupakan pilihan kelima kejohanan. Manakala, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi bakal menentang beregu nombor 1 dunia, Marcus Fernaldi Gideon dan Kevin Sanjaya Sukamuljo.
Perlawanan suku akhir Yonex Terbuka Perancis ini akan bermula pada 8pm waktu Malaysia.
Untuk menonton perlawanan suku akhir Yonex Terbuka Perancis 2021 boleh klik link di bawah (must use VPN)
- Aaron Chia/Soh Wooi Yik (Malaysia) vs Satwiksairaj RANKIREDDY dan Chirag SHETTY (India) Court 2 - use VPN
- Ong Yew Sin/ Teo Ee Yi (Malaysia) vs Marcus Fernaldi Gideon/Kevin Sanjaya Sukamuljo (Indonesia) Court 3 - use VPN
Live Streaming
No comments:
Post a Comment