Penaja Utama Makmal Informasi

Nuffnang

Penaja

Saturday, November 20, 2021

Live Streaming Keputusan Ong Yew Sin - Teo Ee Yi (Malaysia) vs Marcus Fernaldi Gideon - Kevin Sanjaya Sukamuljo (Indonesia) Semi Finals Daihatsu Indonesia Masters 2021

 

Raw photos credit to the owner


Daihatsu Indonesia Master bagi 2021 telah berlangsung di Bali, Indonesia bermula pada 16 November sehingga 21 November. Pada hari ini merupakan hari yang kelima kejohanan dan memasuki peringkat semi final. Pasukan Malaysia mempunyai tiga beregu lelaki yang berjaya mara ke semi final Daihatsu Indonesia Masters iaitu Aaron Chia - Soh Wooi Yik dan Ong Yew Sin - Teo Ee Yi.

Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi berjaya mara ke peringkat semi final setelah menundukkan beregu senegara Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin dalam tiga set, 21-13, 18-21 dan 21-18 dalam masa 58 minit. Manakala, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik yang merupakan pemenang pingat gangsa Olimpik Tokyo berjaya menumpaskan pemenang pingat emas Olimpik Tokyo, Lee Yang dan Wang Chi-Lin, 21-13 dan 21-15. Kemenangan bagi perlawanan ini merupakan kemenangan tunggal bagi Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menentang beregu daripada Taiwan ini. 

Aaron Chia dan Soh Wooi Yik akan menentang beregu daripada Jepun di peringkat semi final Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi. Manakala, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi akan bertemu dengan beregu nombor satu dunia dan juga merupakan beregu tuan rumah Indonesia, Marcus Fernaldi Gideon dan Kevin Sanjaya Sukamuljo.

Jadual Perlawanan Semi Finals Daihatsu Indonesia Masters 2021 Court 1


Untuk menonton live streaming Semi Final Daihatsu Indonesia Masters 2021 klik link di bawah

Live TV (Court 1)
  • Astro Supersports
  • Astro Arena 801
  • RTM Tv Okey

Live Streaming
  • YouTube BFW TV (use VPN)
  • m.zhuafan live badminton


No comments:

Post a Comment

Penaja