Penaja Utama Makmal Informasi

Nuffnang

Penaja

Saturday, March 19, 2022

Live Streaming Keputusan Lee Zii Jia (Malaysia) vs Lakshya Sen (India) Semi-Final Yonex All England Open 2022

Raw photos credit to the owner

Pada 19 Mac 2022 akan berlangsung Semi Final Yonex All England Open 2022 yang diadakan di Utilita Arena Birmingham, Birmingham, England. Malaysia mempunyai satu wakil di peringkat semi final ini iaitu perseorang lelaki negara, Lee Zii Jia. Lee Zii Jia layak ke semi final setelah menundukkan pemain nombor 2 dunia, Kento Momota daripada Jepun 21-7, 13-21 dan 21-11. 

Lawan yang akan bertemu Lee Zii Jia di peringkat semi final adalah pemain daripada India, Lakshya Sen. Lakshya Sen mara ke semi final setelah pemain daripada China, Lu Guang Zu menarik diri/walkover. 

Mengikut rekod pertemuan di antara kedua-dua pemain, memihak kepada Lakshya Sen 1-0 setelah Laksya Sen berjaya mengalahkan Lee Zii Jia di kejohanan Sats India International Series 2016.

Berikut merupakan jadual perlawanan bagi Semi Final Yonex All England 2022

Perlawanan akan bermula 10.00 am (waktu England) dan 6.00 pm (waktu Malaysia)


Live Streaming Lee Zii Jia (Malaysia) vs Lakshya Sen (India) Semi-Final Yonex All England Open 2022

Live TV;
  • Astro Supersport & Astro Arena
  • RTM
  • TV OKEY
Live Streaming 

 

No comments:

Post a Comment

Penaja