Penaja Utama Makmal Informasi

Nuffnang

Penaja

Showing posts with label Jawatan Kosong 2020. Show all posts
Showing posts with label Jawatan Kosong 2020. Show all posts

Thursday, February 20, 2020

Jawatan Kosong 2020 Pegawai Pertanian Gred G41 dan Penolong Pegawai Pertanian Gred G29 di Jabatan Pertanian Malaysia


Jabatan Pertanian sedang mencari calon-calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti di bawah:

1) Pegawai Pertanian Gred G41
2) Penolong Pegawai Pertanian Gred G29

Lokasi kekosongan: Seluruh Negeri
Tarikh tutup permohonan: 26 Februari 2020 (Rabu - jam 11.59 malam)




Syarat Kelayakan dan Syarat Bahasa Melayu

Pegawai Pertanian Gred G41
  • Ijazah Sarjana Muda Sains kepujian dalam bidang kimia, biokimia, pertanian, hortikultur, bioindustri, bioteknologi, perniagaan tani, pengeluaran makanan, teknologi makanan, agroteknologi atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang pertanian atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Calon bagi lantikan hendaklag memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia.




Penolong Pengawai Pertanian Gred G29
  • Sijil Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi latihan tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya; atau
  • Diploma dalam bidang pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf dengannya.
  • Calon bagi lantikan hendaklag memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia.



Cara Permohonan

  • Calon-calon perlulah membuat permohonan secara dalam talian di Portal SPA
  • Bagi pemohon kali pertama, sebelum membuat permohonan calon-calon haruslah membuat akaun di Portal SPA dan kemudian mengisi segala maklumat yang diperlukan ke dalam sistem pendaftaran permohonan SPA.
  • Bagi calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.

Semua calon disarankan untuk merujuk iklan penuh jawatan kosong di Jabatan Pertanian Malaysia sebelum membuat permohonan. 

Penaja