Penaja Utama Makmal Informasi

Nuffnang

Penaja

Wednesday, July 21, 2021

Jadual Live Streaming Siaran Langsung Keputusan Lee Zii Jia Badminton Sukan Olimpik Tokyo 2020 2021

 


Siaran Langsung Live Streaming Keputusan Lee Zii Jia Badminton Sukan Olimpik Tokyo 2021 

Pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 kali ini yang diadakan pada tahun 2021, pemain perseorangan lelaki negara iaitu Lee Zii Jia yang juga merupakan pilihan kesembilan telah diundi dalam Kumpulan M. Dalam Kumpulan M ini, Lee Zii Jia akan menentang pemain daripada Perancis (France) iaitu Brice Leverdez dan juga Artem Pochtarov daripada Ukraine.

Rekod pertemuan antara Lee Zii Jia dan Brice Leverdez adalah 1-1. Perlawanan terkahir mereka iaitu pada suku akhir Princess Sirivannavari Thailand Masters 2019, Lee Zii Jia tewas di tangan Brice Leverdez dengan dua set 11-21 dan 19-21. Oleh itu, perlawanan antara mereka bakal seimbang pada temasya Sukan Olimpik Tokyo ini.

Rekod pertemuan antara Lee Zii Jia dan Artem Pochtarov juga 1-1. Namun, perlawanan terkahir mereka menunjukkan Lee Zii Jia menang 2 set pada Pusingan R32 Bitburger Badminton Open 2017, 21-13 dan 21-11. 

Juara kumpulan dalam setiap kumpulan akan mara ke peringkat seterusnya iaitu peringkat Round of 16. Acara badminton Sukan Olimpik 2020 akan berlangsung pada 24 Julai 2021 sehingga 2 Ogos 2021.

Jadual dan Keputusan Lee Zii Jia Sukan Olimpik Tokyo 2020 2021


Tarikh

Pemain

Keputusan

 

25 Julai 2021

5.40 PM

 

 

Set 1

Set 2

Set 3

Lee Zii Jia

 

21 

21 

 

Artem Pochtarov

 

 5

11 

 

 

 

28 Julai  2021

7.40 PM

 

 

Set 1

Set 2

Set 3

Lee Zii Jia

 

21 

 21

 

Brice Leverdez

 

17 

 5




Round of 16 Lee Zii Jia (Malaysia) vs Chen Long (China) Sukan Olimpik Tokyo 2020


 

29 Julai  2021

7.15 PM

 

 

Set 1

Set 2

Set 3

Lee Zii Jia

 

 

 

 

Chen Long

 

 

 

 



Live Streaming Siaran Langsung Badminton Sukan Olimpik Tokyo 2020 boleh ditonton di

Monday, June 28, 2021

Moratorium Bayaran Balik Pinjaman Bank Selama 6 Bulan Diberi Kepada Semua Individu Tanpa Mengira Golongan B40, M40 atau T20

Raw photo credit to NST


Berikut merupakan sebahagian teks ucapan YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASIN Perdana Menteri berkenaan moratorium selama 6 bulan. Sumber daripada Prime Minister's Office of Malaysia Official Website (teks penuh)

PAKEJ PERLINDUNGAN RAKYAT DAN PEMULIHAN EKONOMI (PEMULIH)

Pelaksanaan i-Citra and Moratorium Bayaran Balik Pinjaman Bank
Saudara dan saudari rakyat Malaysia yang dikasihi,

Kerajaan inilah yang mula-mula sekali mencadangkan pelaksanaan program i-Lestari, i-Sinar dan moratorium automatik untuk membantu rakyat dalam mendepani cabaran semasa pandemik COVID-19. Kita telah menjadi antara negara terawal di dunia yang memperkenalkan inisiatif seumpama ini. Alhamdulillah, ia memberi kesan positif dan amat membantu aliran tunai rakyat sehingga kini.

Maka dengan itu, bagi meringankan beban kewangan ahli KWSP yang terjejas akibat PKP, KWSP akan memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra. Menerusi i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga 5 ribu ringgit dengan kadar bayaran tetap 1 ribu ringgit sebulan untuk tempoh lima bulan, tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli. Pelaksanaan i-Citra dijangka dapat menyalurkan 30 bilion ringgit kepada rakyat untuk menampung keperluan harian. Ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran KWSP di portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my mulai 15 Julai 2021, dengan pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021.

Hakikatnya ini merupakan keputusan sukar kerana Kerajaan sedar, ini adalah simpanan hari tua rakyat, dan penyelesaian i-Citra mengambil jalan tengah antara keperluan mendesak hari ini, dan pulangan yang wajar bagi ahli-ahli KWSP yang tidak memerlukan pengeluaran.

Selanjutnya, saya ingin mengumumkan beberapa inisiatif berkaitan penangguhan bayaran balik pinjaman yang boleh dimanfaatkan oleh semua dalam tempoh yang sukar ini.

Bagi membantu para peminjam pendidikan, sukacita saya umumkan bahawa beberapa agensi Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan penangguhan bayaran balik pinjaman pelajaran antaranya:

Pertama: memberikan moratorium bersasar selama tiga bulan kepada peminjam-peminjam PTPTN;

Kedua: menangguhkan bayaran balik Pinjaman Pelajaran Persekutuan di bawah JPA dan bayaran tuntutan ganti rugi penerima Biasiswa Persekutuan sehingga enam bulan;

Ketiga: menangguhkan bayaran balik Pinjaman Pelajaran MARA untuk tempoh tiga bulan atau penjadualan semula bayaran balik pinjaman dengan ansuran bulanan serendah 100 ringgit selama 12 bulan; dan

Keempat: menangguhkan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) selama tiga bulan.

Nilai keseluruhan inisiatif ini dianggarkan berjumlah 400 juta ringgit dan akan memanfaatkan seramai 1.6 juta rakyat.

Selanjutnya, pemegang polisi insurans dan takaful yang terjejas juga boleh memohon penangguhan pembayaran premium insurans dan sumbangan takaful (secara opt-in) yang akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021. Inisiatif ini merangkumi pemegang polisi dan sijil insurans hayat dan takaful keluarga. Lebih 1 juta rakyat dijangka memperoleh manfaat daripada pelanjutan ini. Jumlah keseluruhan nilai premium dan sumbangan yang ditangguhkan dianggarkan sebanyak 2.6 bilion ringgit.

Akhir sekali, tentunya berhubung pelaksanaan moratorium bayaran balik pinjaman bank. Semasa pengumuman pakej bantuan PEMERKASA Tambahan, Kerajaan dengan kerjasama Bank Negara Malaysia dan pihak bank telah melaksanakan inisiatif bayaran balik pinjaman secara bersasar. Setakat ini, lebih daripada 250 ribu peminjam yang layak telah mendapat kelulusan secara automatik. Mereka hanya perlu memilih sama ada untuk mendapatkan moratorium selama 3 bulan atau pengurangan bayaran ansuran sebanyak 50 peratus selama 6 bulan.

Kerajaan faham keresahan rakyat pada masa ini. Ramai yang terjejas dan ini bukanlah melibatkan golongan B40 sahaja. Saya banyak mendengar dan membaca rintihan yang sama daripada golongan M40 dan T20 yang turut mengalami peningkatan tanggungan kerana mereka juga membantu ahli keluarga atau saudara mara yang terjejas akibat COVID-19.

Oleh itu, sukacita saya umumkan, dengan kerjasama pihak bank, moratorium enam bulan akan diberikan kepada semua peminjam individu, sama ada dari golongan B40, M40 atau T20, dan usahawan mikro. Tiada lagi syarat seperti pengurangan pendapatan, tiada semakan sama ada anda telah hilang pekerjaan dan tiada lagi dokumentasi yang perlu dikemukakan untuk permohonan. Anda Cuma perlu memohon dan kelulusan akan diberikan secara automatik. Kemudahan ini juga ditawarkan kepada pengusaha PKS yang terjejas tertakluk kepada semakan dan kelulusan pihak bank. Permohonan akan dibuka pada 7 Julai 2021. Peminjam hanya perlu memohon dan menandatangani perjanjian pindaan syarat-syarat pinjaman yang berkaitan.

Saya berharap inisiatif moratorium ini dapat sedikit sebanyak membantu peminjam individu dan PKS dalam menguruskan aliran tunai mereka semasa tempoh yang mencabar ini. Walau bagaimanapun, saya juga ingin berpesan gunalah tawaran ini dengan sebaiknya dan jika tidak mendesak, janganlah membuat tambahan komitmen kewangan lain.

Sunday, March 21, 2021

Live Streaming Results Lee Zii Jia (MAS) vs Viktor Axelsen (DEN) Finals Yonex All England Open 2021

Photo credit to the owner (raw photos)

 

Pada hari ini akan berlangsung Final Yonex All England Open 2021. Semalam telah berlangsung semi final dan pasukan Malaysia mempunyai dua wakil iaitu beregu campuran Chan Peng Soon - Goh Liu Ying dan perseorangan nombor satu negara Lee Zii Jia.

Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying terpaksa akur apabila ditewaskan oleh beregu campuran daripada Jepun, Yuki Kaneko - Misaki Matsutomo dalam dua set 21-14 dan 22-20. Dalam set kedua beregu campuran negara telah mendahulu 16 - 4 namun beregu Jepun berjaya mengutip mata penyamaan 18 - 18, 20 - 20 dan akhirnya memenangi perlawanan 22-20.

Manakala, Lee Zii Jia berjaya mara ke final setelah menumpaskan pemain daripada Belanda Mark Caljouw 21-13 dan 21-17 dalam 44 minit perlawanan. Pada set pertama Lee Zii Jia berjaya menguasai perlawanan namun pada set kedua, Mark Caljouw memberikan tentangan sengit dan berjaya menyamakan kedudukan pungutan mata 14-14 dan 15-15. Zii Jia memperkemaskan permainannya dan berjaya memungut 5 mata berturut-turut 20 -15 dan akhirnya memenangi set kedua dengan mata 21 -17.

Lawan Lee Zii Jia di pentas Final Yonex All England Open 2021 iaitu Viktor Axelsen yang juga merupakan juara bertahan. Pada tahun lepas Viktor Axelsen berjaya menjuarai kejohanan ini dan di pusingan semi final beliau bertemu dengan Lee Zii Jia. Lee Zii Jia tewas dalam tiga set 17-21, 21-13 dan 21-19.

Pertemuan Lee Zii Jia dan Viktor Axelsen kali ini merupakan pertemuan kali kelima mereka. Rekod pertemuan memihak kepada Viktor Axelsen dengan memenangi 3 perlawanan daripada 4 perlawanan sebelum ini. Lee Zii Jia berjaya menewasakan Viktor Axelsen pada kejohan Terbuka Korea 2019 - Round 16, 21-18 dan 21-16. Walaupun rekod pertemuan memihak kepada Viktor Axelsen, semoga Lee Zii Jia dapat memberikan aksi terbaiknya pada perlawanan final kali ini. Perlawanan final perseorangan lelaki dijadualkan pada jam 8.00 pm waktu Malaysia.

Untuk menonton perlawanan akhir Yonex All England Open 2021 rujuk di bawah.


Live TV 

  • Astro Supersport 4 (Channel 814)
  • RTM TV1


Live Streaming


Live Score


Results 
  • Lee Zii Jia vs Viktor Axelsen (30-21, 20-22, 21-9)

Iklan
Anda ingin mendapat cashback/duit anda setelah membeli barangan online? Jika anda suka membeli barangan online di Lazada, Shopee, Aliexpress dan Zalora serta membuat tempahan hotel melalui Traveloka, Agoda dan booking.com anda disarankan sign up di Shopback. Setelah membuat pembelian Shopback akan membuat bayaran balik beberapa peratus daripada jumlah belian anda melalui Shopback. 

Alhamdulillah setakat ni Cashback yang saya dapat sebanyak RM575.93. Daripada jumlah tersebut, saya dah tunaikan sebanyak RM357.84 dan RM209.23 Cashback saya yang masih pending/dalam proses manakala RM8.86 cashback yang saya boleh tunaikan buat masa ni. Tetapi syarat untuk tunaikan adalah available cashback anda kena mencapai RM10.00 baru boleh ditunaikan.

Daftar sekarang dan anda akan dapat RM5.00 bonus.
Untuk mendaftar klik > SHOPBACK











Saturday, March 20, 2021

Live Streaming Results Lee Zii Jia (MAS) vs Mark Caljouw (NED) Semi Finals Yonex All England Open 2021

 

Photo Credit to the onwer (Raw photos)

Live Streaming Results Finals Yonex All England Open 2021


Semalam telah berlangsung perlawanan bagi Suku Akhir Yonex All England Open 2021. Pasukan Malaysia mempunyai 4 wakil di suku akhir dan hanya 2 wakil yang layak ke separuh akhir iaitu perseorang lelaki negara, Lee Zii Jia yang mengejutkan pilihan nombor satukejohanan dan juga merupakan pemain nombor satu dunia, Kento Momota dalam 2 set 21-16 dan 21-19. Manakala, beregu campuran negara, Chan Peng Soo - Goh Liu Ying berjaya menumpaskan beregu campuran daripada Perancis yang semakin meningkat naik dan juga merupakan juara Terbuka Swiss 2021, Thom Gicquel - Delphine Delrue 17-21, 21-18 dan 22-20.

Dua wakil Malaysia iaitu Tan Kian Meng - Lai Pei Jing terkandas di suku akhir apabila tewas di tangan beregu campuran daripada Jepun, Yuta Watanabe - Arisa Higashino 17-21 dan 9-21. Manakala, beregu wanita negara Tan Pearly - Thinaah Muralitharan ditewaskan oleh beregu wanita daripada Jepun Chiharu Shida - Nami Matsuyama 12-21, 22-20 dan 16-21.

Pada hari ini akan berlangsung perlawanan separuh akhir Yonex All England Open 2021. Lee Zii Jia akan turun menentang pemain daripada Belanda iaitu Mark Caljouw. Manakala, beregu campuran negara Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying akan menentang beregu daripada Jepun, Yuki Kaneko - Misaki Matsutomo.

Perlawanan di antara Lee Zii Jia dan Mark Caljouw dijadualkan pada 8.40 pm waktu Malaysia. Manakala, perlawanan di antara Chan Peng Soon - Goh Liu Ying dan Yuki Kaneko - Misaki Matsutomo  8.00 pm waktu Malaysia.


Untuk menonton perlawanan separuh akhir Yonex All England Open 2021 rujuk di bawah.


Live TV 

  • Astro Supersport 4 (Channel 814)
  • RTM TV OKEY (Channel 146)


Live Streaming


Live Score


Results
  • Lee Zii Jia vs Mark Caljouw 21-13 dan 21-17



Iklan
Anda ingin mendapat cashback/duit anda setelah membeli barangan online? Jika anda suka membeli barangan online di Lazada, Shopee, Aliexpress dan Zalora serta membuat tempahan hotel melalui Traveloka, Agoda dan booking.com anda disarankan sign up di Shopback. Setelah membuat pembelian Shopback akan membuat bayaran balik beberapa peratus daripada jumlah belian anda melalui Shopback. 

Alhamdulillah setakat ni Cashback yang saya dapat sebanyak RM575.93. Daripada jumlah tersebut, saya dah tunaikan sebanyak RM357.84 dan RM209.23 Cashback saya yang masih pending/dalam proses manakala RM8.86 cashback yang saya boleh tunaikan buat masa ni. Tetapi syarat untuk tunaikan adalah available cashback anda kena mencapai RM10.00 baru boleh ditunaikan.

Daftar sekarang dan anda akan dapat RM5.00 bonus.
Untuk mendaftar klik > SHOPBACK













Friday, March 19, 2021

Live Streaming Results Lee Zii Jia (MAS) vs Kento Momota (JPN) Quarter-finals Yonex All England Open 2021

Photo credit to the owner (raw photos)

LIVE STREAMING RESULTS SEMI-FINALS 

Yonex All England Open 2021 telah membuka tirainya pada 17 Mac 2021 dan telah memasuki pusingan suku akhir pada hari ini 19 Mac 2021. Pusingan akhir bagi kejohanan ini akan berlangsung pada 21 Mac 2021 ini. 

Pasukan Malaysia mempunyai 4 wakil di pusingan suku akhir ini iaitu Lee Zii Jia, Chan Peng Soon - Goh Liu Ying, Tan Kian Meng - Lai Pei Jing dan beregu wanita yang semakin meningkat naik Pearly Tan - Thinaah Muralitharan. 

Lee Zii Jia akan turun menentang pemain nombor satu dunia, Kento Momota di pusingan suku akhir ini. Pertemuan ini merupakan pertemuan kali ketujuh dan rekod perlawanan memihak kepada pemain daripada Jepun, Kento Momota dengan rekod 6-0. Dalam pertarungan sebelum ini Lee Zii Jia tidak berjaya mencatatkan sebarang kemenangan terhadap pemain nombor satu dunia itu. 

Semoga perlawanan kali ini Lee Zii Jia dapat memberikan aksi yang terbaik dan sekali gus mampu untuk menewaskan Kento Momota. 

Untuk menonton perlawanan suku akhir Yonex All England Open 2021 rujuk di bawah.

Live TV 
  • Astro Supersport 4 (Channel 814)
  • RTM TV OKEY (Channel 146)

Live Streaming

Live Score
  • Lee Zii Jia vs Kento Momota
  • 21-16, 21-19
 

Thursday, March 18, 2021

Live Streaming Results Lee Zii Jia (MAS) vs Hans-Kristian Solberg Vittinghus (DEN) Round 2 Yonex All England Open 2021

 Photo Credit to the photo's owner (raw photo)

Yonex All England Open 2021 telah membuka tirainya pada 17 Mac 2021 dan akan berakhir pada 21 Mac 2021. Pemain perseorangan lelaki Malaysia, Lee Zii Jia akan turun pada hari ini menentang pemain daripada Denmark iaitu Hans-Kristian Solberg Vittinghus.

Lee Zii Jia yang juga pemain pilihan keenam kejohanan telah melayakkan diri ke pusingan ke dua setelah menewaskan pemain daripada Kanada, 21-13 dan 21-10. Manakala, Hans-Kristian Solberg Vittinghus menewaskan Misha Zilberman pemain 21-16 dan 21-19.

Pertarungan kali ini merupakan pertemuan kali kedua bagi kedua-dua pemain. Rekod pertemuan di antara mereka memihak kepada Lee Zii Jia dengan rekod 1-0. Lee Zii Jia menewaskan Vttinghus pada pertemuan Thomas Cup 2018 Group D, 21-18 dan 21-18.

Untuk menonton perlawanan Yonex All England Open 2021 rujuk di bawah.

Live TV (Court 1)
  • Astro Supersport 4 (Channel 814)
  • RTM TV OKEY (Channel 146)
Live Streaming
Live Score
Results
  • Lee Zii Jia vs Hans-Kristian Solberg Vittinghus 21-12 & 21-13












Friday, March 5, 2021

Live Streaming Results Quarter-final Aaron CHIA - SOH Wooi Yik (MAS) vs Leo Rolly CARNANDO - Daniel MARTHIN Yonex Swiss Open 2021


Kejohanan Badminton Yonex Swiss Open 2021 telah berlangsung bermula 2 Mac dan akan melabuhkan tirainya pada 7 Mac 2021. Bagi acara beregu lelaki, pasukan Malaysia mempunyai 3 beregu yang telah layak ke suku akhir Yonex Swiss Open 2021. Beregu tersebut ialah Aaron Chia - Soh Wooi Yik, LOW Hang Yee - NG Eng Cheong dan beregu profesional negara Ong Yew Sin - Teo Ee Yi. 

Aaron Chia dan Soh Wooi Yik akan menentang beregu daripada Indonesia Leo Rolly Carnando dan Daniel Marthin. Beregu Indonesia sedang meningkat naik itu layak ke suku akhir setelah menumpaskan beregu daripada England yang juga merupakan beregu pilihan kelapan kejohanan, Ben Lane dan Sean Vendy dalam 2 set, 21-19 dan 21-15. Manakala, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik layak ke suku akhir akhir setelah beregu daripada Denmark, Jeppe BAY dan Lasse MØLHEDE menarik diri.

Low Hang Yee dan Ng Eng Cheong pula melayakkan diri setelah menumpaskan beregu pilihan keempat kejohanan daripada Englasn Marcus Ellis dan Chris Langridge dalam 3 set, 10-21, 21-15 dan 21-15. Manakala, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi menumpas Joel Eipe dan Rasmus Kjaer beregu daripada Denmark, 21-18 dan 21-13.

Live Streaming Keputusan Quarter-final Yonex Swiss Open 2021.


Results/Keputusan Quarter-finals Yonex Swiss Open 2021 



Thursday, February 11, 2021

Syarat Membuat Pengeluaran i-Sinar Dimansuhkan

Photo (raw) credit to Bernama

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengesahkan bahawa syarat untuk mengeluarkan i-Sinar dimansuhkan. Beliau menyatakan bahawa langkah ini diharapkan dapat membantu ahli-ahli KWSP mengharungi cabaran semasa akibat pandemik COVID-19.

Berikut merupakan berita penuh mengenai hal ini. Sumber daripada Astro Awani (Website)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan mengesahkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang dalam proses memansuhkan syarat kemudahan pengeluaran i-Sinar.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, pemansuhan itu dilakukan selepas menerima nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berdasarkan maklum balas pihak awam.

"Langkah ini diharap dapat membantu ahli-ahli KWSP mengharungi cabaran semasa akibat pandemik COVID-19.

"Pemansuhan syarat bagi kemudahan i-Sinar ini akan membolehkan ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun membuat pengeluaran dari simpanan Akaun 1 mereka tertakluk kepada baki yang sedia ada.

"Bagi ahli yang telah memohon i-Sinar berdasarkan kriteria semasa, permohonan mereka akan diluluskan secara automatik tidak lama lagi," katanya dalam kenyataan.

Berikut perincian pengeluaran:

A) Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.

B) Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga 10 peratus daripada simpanan Akaun 1 mereka. Walau bagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000.

Sehubungan itu Zafrul berkata, KWSP memerlukan sedikit masa untuk mempersiapkan struktur pengeluaran baharu ini.

Terdahulu, Astro AWANI yang memetik sumber melaporkan, kerajaan dijangka mengumumkan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat Isnin depan.

Sunday, January 31, 2021

Live Streaming Results Finals Mohammad Ahsan - Hendra Setiawan (INA) vs Lee Yang - Wang Chi-Lin (TPE) HSBC BWF World Tour Finals

 

HSBC BWF World Tour Finals 2020 akan berlangsung bermula pada 27 Januari 2021 sehingga 31 Januari 2021 di Bangkok, Thailand. Pada setiap tahun Top 8 bagi setiap kategori akan melayakkan diri ke BWF World Tour Finals. Top 8 ditentukan melalui kutipan mata yang diperolehi oleh pemain di setiap kejohanan BWF World Tour dan bukannya ditentukan melalui kedudukan ranking dunia BWF yang terkini. Oleh itu, tidak semestinya pemain yang menduduki ranking Top 8 ranking dunia BWF akan layak ke BWF WorldTour Finals.


To watch the match Finals Men's Doubles between Lee Yang - Wang Chi-Lin vs Mohammad Ahsan - Hendra Setiawan clicks the link below:

Friday, January 29, 2021

Live Streaming Results Aaron Chia - Soh Wooi Yik (MAS) vs Mohammad Ahsan - Hendra Setiawan (INA) Group B HSBC BWF World Tour Finals 2020



HSBC BWF World Tour Finals 2020 akan berlangsung bermula pada 27 Januari 2021 sehingga 31 Januari 2021 di Bangkok, Thailand. Pada setiap tahun Top 8 bagi setiap kategori akan melayakkan diri ke BWF World Tour Finals. Top 8 ditentukan melalui kutipan mata yang diperolehi oleh pemain di setiap kejohanan BWF World Tour dan bukannya ditentukan melalui kedudukan ranking dunia BWF yang terkini. Oleh itu, tidak semestinya pemain yang menduduki ranking Top 8 ranking dunia BWF akan layak ke BWF WorldTour Finals.


Bagi HSBC BWF World Tour Finals 2020 ini, pasukan negara mempunyai 6 wakil di kejohanan ini iaitu 2 beregu lelaki, 2 beregu wanita, 1 perseorangan lelaki dan 1 beregu campuran. Bagi beregu lelaki yang akan mewakili negara adalah Ong Yew Sin - Teo Ee Yi dan Aaron Chia - Soh Wooi Yik. Manakala bagi beregu wanita ialah Chow Mei Kuan - Lee Meng Yean dan Vivian Hoo - Yap Cheng Wen. Lee Zii Jia merupakan wakil tunggal negara bagi perseorangan lelaki dan beregu campuran di wakili oleh Goh Soon Huat - Lai Shevon Jemie.


Berikut merupakan jadual perlawanan Day 3 HSBC BWF World Tour Finals, Bangkok, Thailand pada 29 Januari 2021:

Impact Arena 1




Impact Arena 2


Match 

Live TV
  • Astro Arena Channel 801/802
  • Astro SuperSport 4 Channel 814

To watch live streaming

Penaja