Penaja Utama Makmal Informasi

Nuffnang

Penaja

Saturday, January 16, 2021

BPR 2021: Permohonan dan Kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat Kini Dibuka


Pengumuman Perdana Menteri Pakej Bantuan Khas Petang Ini 18 Januari 2021 

CARA MEMOHON BPR 2021

Tempoh permohonan dan pengemaskinian BPR 2021 bermula 15 Januari 2021 sehingga 15 Februari 2021.
  1. Secara Dalam Talian https://bpr.hasil.gov.my
  2. Borang Permohonan boleh dicetak oleh pemohon melalui Portal Rasmi BPR https://bpr.hasil.gov.my
  3. Hadir ke
            • Cawangan LHDNM
            • Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM
            • Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM dengan mengisi dan mengemukakan

Kepada anda yang belum menyemak status Bantuan Prihatin Nasional 2.0 boleh semak di sini 

PENERIMA BPR 2021

ISI RUMAH
• Berkahwin (Ada atau Tiada Anak)
• Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
yang mempunyai anak
• Bujang termasuk Orang Kurang Upaya (OKU) berumur
60 tahun dan ke atas.

BUJANG
• Bujang; atau
• Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
yang tiada anak; serta
• Had umur 21 tahun hingga 59 tahun
atau Orang Kurang Upaya (OKU)
berumur 18 tahun hingga 59 tahun.


MAKLUMAT PENTING

  • Pemohon yang perlu membuat kemas kini Pemohon BSH 2020 atau BPN 2.0 yang lulus boleh mengemaskini permohonan
  • Pemohon yang perlu membuat permohonan baharu Pemohon yang tidak menerima BSH 2020 atau BPN 2.0 serta berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah


SYARAT KELAYAKAN BPR 2021

ISI RUMAH

PEMOHON

• Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.

• Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.

PASANGAN

• Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS);

• Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS).

ANAK

• Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN sahaja; dan

• Warganegara Malaysia yang memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKid) sahaja; dan

• Tidak bekerja atau tiada pendapatan yang berumur:

- 17 tahun dan ke bawah; atau

- 18 tahun dan ke atas bagi yang masih belajar  sepenuh masa di Institut Pengajian Tinggi Awam /Swasta


BUJANG

PEMOHON

• Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.

• Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah bagi yang berumur 21 tahun hingga 59 tahun dan OKU berumur 18 tahun hingga 59 tahun.


DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

PEMOHON
• Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN.
• Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN.
• Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN.
• Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah.

PASANGAN
• Salinan pengenalan pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS)
• Salinan pasport / Visa / UNCHR / Pas Sempadan /Sijil lahir / KP lama

ANAK
• Anak Kandung Salinan MyKad / MyKid dan Salinan Sijil Lahir yang dikeluarkan oleh JPN; atau
• Anak Angkat Salinan MyKad / MyKid dan Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN.




*Kredit kepada Laman Web Bantuan Prihatin Rakyat

Info Tambahan

Anda ingin mendapat cashback/duit anda setelah membeli barangan online? Jika anda suka membeli barangan online di Lazada, Shopee, Aliexpress dan Zalora serta membuat tempahan hotel melalui Traveloka, Agoda dan booking.com anda disarankan sign up di Shopback. Setelah membuat pembelian Shopback akan membuat bayaran balik beberapa peratus daripada jumlah belian anda melalui Shopback

Alhamdulillah setakat ni Cashback yang saya dapat sebanyak RM575.93. Daripada jumlah tersebut, saya dah tunaikan sebanyak RM357.84 dan RM209.23 Cashback saya yang masih pending/dalam proses manakala RM8.86 cashback yang saya boleh tunaikan buat masa ni. Tetapi syarat untuk tunaikan adalah available cashback anda kena mencapai RM10.00 baru boleh ditunaikan. 




Daftar sekarang dan anda akan dapat RM5.00 bonus.
Untuk mendaftar klik > SHOPBACK

Friday, January 15, 2021

Semakan Status BPN 2.0: Status Permohonan Bantuan Prihatin Nasional Fasa 2



Status Permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Fasa 2.0 boleh disemak bermula pada hari ini 15 Januari 2021.

Untuk membuat semakan klik di sini https://bpn.hasil.gov.my.

Bantuan Prihatin Nasional adalah salah satu bantuan yang disediakan oleh Kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang akan diberikan secara one-off kepada golongan B40 dan M40. Pemberian Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan B40 adalah berdasarkan pangkalan data Bantuan Sara Hidup. Manakala Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan M40 adalah berdasarkan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Berikut merupakan petikan berita daripada Berita Harian Online

PUTRAJAYA: Pembayaran fasa kedua Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) akan dilaksanakan bermula 21 Januari ini.

Fasa kedua BPN 2.0 akan diberikan kepada 11.06 juta penerima merangkumi 10.6 juta penerima BPN sedia ada serta 460,000 penerima baharu dengan jumlah bayaran keseluruhan RM2.38 bilion.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata bayaran BPN fasa kedua ini dipercepatkan disebabkan pelaksanaan kembali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP).

Beliau berkata, kerajaan sentiasa komited untuk memastikan bantuan yang diperuntukkan sampai kepada mereka yang disasarkan bagi menjamin kesejahteraan rakyat.

Semakan kelulusan, katanya boleh dibuat mulai 15 Januari 2021 di https://bpn.hasil.gov.my.

"Bagi penerima kategori B40, bayaran akan dikreditkan ke dalam akaun bank bermula 21 Januari ini makala kategori M40 pula bermula 25 Januari 2021.

"Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank pula, pembayaran akan dibuat mulai 25 Januari 2021 di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). BSN akan mengeluarkan panduan SOP dari semasa ke semasa.

"Penerima di Sabah dan Sarawak tanpa akaun bank pula, pembayaran akan bermula awal Februari sehingga 1 April 2021 di lokasi yang bakal diumumkan akhir bulan ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tengku Zafrul berkata, BPN 2.0 adalah sebahagian daripada Kerangka Inisiatif Tambahan, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (KITA Prihatin) bernilai RM10 bilion yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 23 September 2020.

Beliau berkata, BPN 2.0 disalurkan melalui dua fasa pembayaran, iaitu pada Oktober 2020 dan Januari 2021.

"Secara keseluruhannya, jumlah penerima BPN 2.0 merangkumi 11.06 juta penerima terdairi daripada 5.82 juta individu bujang dan 5.24 juta penerima isi rumah dengan jumlah bayaran serta peruntukan keseluruhan sebanyak RM7.18 bilion," katanya. -Kredit Berita Harian Online-

Kategori yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 adalah seperti berikut:
1) Isi Rumah
a) Kahwin; atau
b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang ada melaporkan maklumat Anak
pada permohonan BSH 2020; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM4,000 dan ke bawah

2) Bujang
a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak melaporkan
maklumat Anak pada permohonan BSH 2020; dan
b) Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahun dan
ke atas); dan
c) Pendapatan Bujang adalah RM2,000 dan ke bawah.

Kategori yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional M40 pembayar cukai yang berdaftar
dengan LHDNM yang berstatus adalah seperti berikut:

1) Isi Rumah
a) Kahwin; atau
b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda berdasarkan data percukaian; dan
c) Pendapatan agregat bulanan adalah RM4,001 hingga RM8,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini.

2) Bujang
a) Individu yang berstatus bujang dalam data percukaian; dan
b) Had umur adalah 21 tahun dan ke atas; dan
c) Pendapatan bulanan adalah RM2,001 hingga RM4,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai
Pendapatan (BNCP).
3) Pembayar cukai yang merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.

Jumlah bayaran yang akan diterima adalah secara one-off seperti berikut (FASA1):
Bayaran Jumlah Pertama (April 2020)
Bayaran Kedua (Mei 2020)

Isi Rumah
Berpendapatan (RM0 – RM4,000) memperoleh RM1,000 (April 2020), RM600 (Mei 2020)
Berpendapatan (RM4,001 – RM8,000) memperoleh RM500 (April 2020), RM500 (Mei 2020)

Bujang
Berpendapatan (RM0 – RM2,000) memperoleh RM500 (April 2020), RM300 (Mei 2020)
Berpendapatan (RM2,001 – RM4,000) memperoleh RM250 (April 2020), RM250 (Mei 2020)


Info Tambahan

Anda ingin mendapat cashback/duit anda setelah membeli barangan online? Jika anda suka membeli barangan online di Lazada, Shopee, Aliexpress dan Zalora serta membuat tempahan hotel melalui Traveloka, Agoda dan booking.com anda disarankan sign up di Shopback. Setelah membuat pembelian Shopback akan membuat bayaran balik beberapa peratus daripada jumlah belian anda melalui Shopback

Alhamdulillah setakat ni Cashback yang saya dapat sebanyak RM575.93. Daripada jumlah tersebut, saya dah tunaikan sebanyak RM357.84 dan RM209.23 Cashback saya yang masih pending/dalam proses manakala RM8.86 cashback yang saya boleh tunaikan buat masa ni. Tetapi syarat untuk tunaikan adalah available cashback anda kena mencapai RM10.00 baru boleh ditunaikan. 




Daftar sekarang dan anda akan dapat RM5.00 bonus.
Untuk mendaftar klik > SHOPBACK

Monday, January 11, 2021

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di 6 Buah Negeri Bermula 13 Januari 2021



Perdana Menteri telah mengumumkan pada hari ini bahawa Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakana (PKP) akan berkuatkuasa pada 13 Januari 2021 sehingga 23 Januari 2021 di 6 buah negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor,  Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah. 


Manakala 6 buah negeri lagi akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu, Kelantan. Bagi negeri Sarawak dan Perlis dilaksanakan PKPP.




Thursday, January 7, 2021

[COVID-19] Kes Positif Harian Tertinggi 3027 Kes dicatatkan Pada Hari Ini


Pada 7 Januari 2021, telah mencatatkan kes positif bagi COVID-19 Tertinggi iaitu sebanyak 3027 Kes. Manakala sebanyak 2145 kes yang telah dinyatakan Sembuh. Sebanyak 8 kes kematian baharu dilaporkan. 

Jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 25221 kes. Dengan peningkatan kes yang mendadak, rakyat Malaysia dinasihati sentiasa menjaga SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Berikut merupakan status terkini COVID-19 di Malaysia - 7 Januari 2021




Tuesday, October 6, 2020

Perutusan Khas Perdana Menteri Situasi Semasa COVID-19


Jangan lupa saksikan Perutusan Khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai situasi semasa COVID-19 pada jam 6.00 petang hari ini (6 Oktober 2020).

Siaran langsung Perutusan Khas ni akan disiarkan di rtm, BERNAMA TV, TV3 dan ASTRO Awani. 


Semoga wabak COVID-19 gelombang kedua yang melanda negara kita dapat dibendung. 

Monday, June 15, 2020

Semua Prasekolah, Tadika & Taman Bimbingan Kanak-kanak Dibuka 1 Julai Ini



Bermula 1 Julai, semua Prasekolah, tadika dan Tabika di bawah kerajaan dan swasta akan dibenarkan beroperasi semula pada 1 Julai ini. 

Berikut merupakan berita penuh daripada Harian Metro Online berkenaan hal ini. 

SEMUA prasekolah, tadika dan taman bimbingan kanak-kanak (Tabika) di bawah kerajaan mahupun swasta dibenar dibuka semula, 1 Julai ini.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat Mesyuarat Khas Menteri-Menteri, hari ini.

Katanya, terdapat 24,414 prasekolah dan tadika terbabit iaitu 6,216 prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan; 7,887 tadika swasta; 8,530 tadika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan 1,781 Tabika Perpaduan di bawah Kementerian Perpaduan Negara.
"Prosedur operasi standard (SOP) dibentangkan Kementerian Pendidikan lengkap bermula sebelum kemasukan kanak-kanak, sewaktu mereka belajar dalam kelas, begitu juga waktu pulang.

"SOP cara bermain juga ada, waktu makannya... semua lengkap. Tapi perincian SOP ini akan diumumkan Kementerian Pendidikan sendiri, dalam waktu terdekat," katanya pada sidang media harian, hari ini.

Sunday, June 7, 2020

Sama Ada PKPB di Sambung atau Tidak? PM Akan Umumkan Hari Ini


Keputusan Sama ada PKPB ditamatkan atau disambung akan diketahui pada hari ini. Perdana Menteri akan mengumumkan perkara tersebut menerusi Perutusan Khas PM Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini. 

Berikut merupakan berita penuh (Berita Harian Online-Sumber) mengenai perkara ini. 

KUALA LUMPUR: Persoalan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilanjutkan atau tidak, dijangka diketahui hari ini, menerusi perutusan khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Jika diimbas, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan 18 Mac lepas, dengan hanya perkhidmatan perlu dibenarkan, kerajaan kemudian memberi kelonggaran secara berperingkat kepada lebih banyak sektor ekonomi untuk beroperasi.
Terbaharu adalah perkhidmatan gunting, dandanan rambut dan kecantikan yang dibenarkan beroperasi mulai 10 Jun seperti yang diumumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media, semalam.
Semestinya, ia berita gembira untuk masyarakat, apatah lagi buat golongan Adam yang sering tertanya-tanya bilakah kedai gunting rambut akan dibuka.
Mana tidaknya, lebih dua bulan tidak mendapat sentuhan pendandan rambut, pelbagai 'gaya' dapat dilihat dalam kalangan mereka sehingga ada yang menggunakan khidmat isteri sendiri untuk menggunting rambut.
Bagi wanita pula, khidmat kecantikan termasuk merias dan merawat kuku serta solekan dan rawatan muka juga dibenarkan beroperasi bermula pada tarikh sama.
Selain itu, peniaga di pasar terbuka, pasar pagi dan pasar malam serta bazaria di Wilayah Persekutuan kini boleh menarik nafas lega apabila premis berkenaan dibenarkan beroperasi mulai 15 Jun, tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).
Sama ada PKPB disambung atau tidak, normal baharu yang telah diamalkan sekarang seperti penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka dan penjagaan kebersihan termasuk kerap mencuci tangan tetap perlu diteruskan bagi mengekang penularan jangkitan COVID-19.
Selain itu, elakkan tempat sesak, kawasan sempit dan elak sembang atau bertutur dengan jarak dekat seperti yang dinasihatkan oleh 'jeneral perang COVID-19', Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah setiap hari.
Setakat semalam, jumlah jangkitan kes baharu positif COVID-19 masih kekal dua angka iaitu 37 kes dengan 10 kes membabitkan warganegara Malaysia. – BERNAMA

Saturday, June 6, 2020

Esok Perdana Menteri Akan Umumkan Sesuatu



Menurut berita online Harian Metro, pada esok hari Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan sesuatu berhubung Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Berikut merupakan berita penuh (Harian Metro) berkenaan hal ini.

PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengumumkan sesuatu berhubung Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) esok.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, rakyat diminta sabar untuk menunggu esok untuk mengetahui pengumuman berkenaan.
"Tunggu lah. Esok Perdana Menteri akan mengumumkan sesuatu, banyak perkara yang akan disebut.

"Kalau saya tak sebut (mengenai pergerakan orang bujang) saya akan sebut, untuk orang bujang bersabar hingga esok," katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Friday, June 5, 2020

Perutusan Khas Perdana Menteri Pada Hari Ini Dinantikan Rakyat




Menjelang sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan atau berakhir pada Selasa ini, perutusan khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek, hari ini, pasti dinanti-nantikan rakyat.

Perutusan khas itu akan disiarkan secara langsung pada pukul 3 petang menerusi saluran stesen televisyen tempatan serta rangkaian media sosial.

Jangan lupa tonton di Astro 502, myFreeview 121, unifi TV 631, LIVE Facebook & Youtube Bernama TV.



Berikut merupakan berita penuh daripada Bernama (sumber) berkenaan perutusan khas Perdana Menteri hari ini.



KUALA LUMPUR, 5 Jun -- Menjelang sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan atau berakhir pada Selasa ini, perutusan khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek, hari ini, pasti dinanti-nantikan rakyat.

Perutusan khas itu akan disiarkan secara langsung pada pukul 3 petang menerusi saluran stesen televisyen tempatan serta rangkaian media sosial.

Jika diimbas kembali, berikutan penularan pandemik COVID-19, Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lepas, disusuli PKPB bermula 4 Mei.

Pelaksanaan PKP dan PKPB jelas membuahkan hasil dalam memerangi penularan pandemik COVID-19 berdasarkan statistik penurunan kes positif baharu dari sehari ke sehari, sekali gus membolehkan pembukaan beberapa sektor ekonomi lagi untuk dimanfaatkan segenap lapisan masyarakat di negara ini.

Jelas sekali, perutusan khas yang akan disampaikan Muhyiddin amat dinanti-nantikan rakyat di negara ini khususnya pemain industri ekonomi.

Mengenai situasi jangkitan kes positif COVID-19 yang dilaporkan sehingga 12 tengah hari semalam, walaupun kembali melonjak ke tiga angka kepada 277 kes berbanding 93 kes pada hari sebelumnya, Malaysia dilihat semakin menghampiri situasi bebas COVID-19.



Pada sidang media harian perkembangan terkini COVID-19 semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan daripada 277 kes, hanya enam kes melibatkan warganegara Malaysia, iaitu empat kes penularan tempatan dalam kalangan warganegara manakala dua lagi adalah kes import warganegara yang mendapat jangkitan daripada luar negara.

Sementara itu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi temu bual untuk dokumentari mengenai PKP terbitan Bernama TV baru-baru ini, memaklumkan Malaysia bakal menyaksikan perubahan besar dalam dasar pengambilan pekerja asing dan kawalan terhadap pendatang tanpa izin (PATI) pasca-pandemik COVID-19.

Beliau dipetik sebagai berkata sudah tiba masanya dasar itu disemak semula susulan warga asing yang dilihat sebagai antara kumpulan penyumbang kepada peningkatan kes COVID-19 di negara ini serta beberapa negara lain termasuk Singapura.

“Ekonomi termasuk sektor pelancongan dilihat sangat terkesan dengan penularan COVID-19, menyaksikan banyak hotel dan kilang bakal ditutup serta pembuangan pekerja berlaku sekali gus menyebabkan jumlah pengangguran meningkat,” katanya.

Mengulas mengenai pemulihan ekonomi pasca-COVID-19 yang agak perlahan, beliau berkata dasar kerajaan pasti mengutamakan rakyat tempatan untuk bekerja dalam negara berbanding warga asing.

-- BERNAMA


Thursday, June 4, 2020

[COVID-19] Pemeriksaan Suhu Badan Pelajar dan Makan di dalam Kelas Antara Garis Panduan KPM





Antara Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah pemeriksaan suhu badan pelajar dan pelajar perlu makan di dalam kelas pada waktu rehat. 

Berikut merupakan berita penuh daripada Berita Harian Online berkaitan hal ini. 



KAJANG: Pemeriksaan suhu badan di sekolah dan makan di dalam kelas pada waktu rehat antara kebiasaan baharu bakal diamalkan oleh pelajar apabila sekolah dibuka kelak.

Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata garis panduan itu menetapkan pemeriksaan suhu badan dilakukan oleh guru setibanya pelajar di pintu pagar sekolah dan sekiranya mereka bergejala tindakan selanjutnya akan diambil.

"Kita juga sedar pelajar ini kadang-kadang ke sekolah berjalan kaki, ada yang naik basikal dan suhunya tinggi sedikit daripada 37.5 darjah celsius...pelajar ini akan diminta berehat dahulu bagi memastikan suhu badan mereka kembali normal dan suhu diperiksa sekali lagi.
"Setiap sekolah juga memang kena ada bilik isolasi iaitu jika pelajar menunjukkan sebarang gejala maka mereka akan dibawa ke sini dan pihak sekolah selain menghubungi ibu bapa, juga akan berhubung dengan Pusat Kesihatan berdekatan untuk tindakan selanjutnya," katanya.


Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas lawatan kerja bagi persediaan pembukaan semula sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain, Semenyih, di sini, baru-baru ini.
Turut hadir Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Keselamatan Negara Mohd Rabin Basir dan Ketua Pengarah Pelajaran Dr Habibah Abdul Rahim.
Kebiasaan baharu itu antara kandungan dalam Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang mula diedarkan kepada sekolah dan dimuat naik di laman sesawang kementerian itu hari ini.
Garis panduan setebal 34 muka surat itu dihasilkan secara terperinci dan menyeluruh bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Sementara itu, Mohd Radzi berkata ibu bapa tidak perlu bimbang mengenai aspek penjarakan sosial ketika anak mereka di kantin memandangkan waktu rehat dijalankan secara berperingkat dan semua pelajar perlu makan di dalam kelas masing-masing.
"Pelajar perlu membeli makanan berbungkus dan mereka akan beratur mengikut garisan yang ditetapkan dengan jarak satu meter antara satu sama lain sebelum pulang ke kelas masing-masing untuk makan.


"Jadi, keadaan di kantin lebih tersusun dan ibu bapa tidak perlu risau anak berebut ke kantin kerana masa rehat akan dilaksanakan secara berperingkat untuk memastikan tidak semua pelajar berkerumun di kantin dalam satu-satu masa tertentu...kita akan menjarakkan waktu rehat," katanya.
Bagi memastikan penjarakan sosial antara pelajar terjaga, Mohd Radzi menjelaskan susunan meja bagi setiap kelas mesti dalam jarak satu meter dan sekiranya bilangan pelajar melebihi kapasiti meja disediakan, lebihan pelajar mesti ditempatkan di kelas lain.
Katanya, kedudukan pelajar di dalam makmal juga dijarakkan antara satu sama lain bagi membolehkan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan baik dan selamat.


Mengulas mengenai pergerakan pelajar dalam kawasan sekolah pula, beliau berkata arah laluan pelajar akan ditanda dengan anak panah bagi mengelakkan pertembungan berlaku.
Selain itu, katanya, guru-guru juga tidak perlu khuatir kerana mengikut garis panduan yang dikeluarkan, keselamatan dan kesihatan mereka turut dititikberatkan oleh kementerian.
"Guru tidak perlu risau mereka akan bersesak-sesak dalam bilik guru, kerana pihak sekolah perlu memastikan terdapat penjarakan sosial walaupun dalam bilik guru. Guru yang dipindahkan dari bilik guru asal akan ditempatkan di bilik bersesuaian termasuklah pusat sumber dan sebagainya," katanya.
Beliau berkata kementerian turut mengeluarkan garis panduan sama bagi pelajar tinggal di asrama iaitu katil mereka dijarakkan satu meter malah dewan makan yang disediakan turut menitikberatkan penjarakan sosial antara pelajar.
Menurut beliau, apabila sekolah dibuka pihaknya melihat pelaksanaan garis panduan itu dan sekiranya terdapat ruang untuk penambahbaikan, ia akan dilakukan bagi memastikan pelajar hadir ke sekolah mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam keadaan selamat.
"Kita amat berharap anak-anak nanti apabila datang pastikan penjarakan sosial itu sentiasa diamalkan di sekolah dan sepanjang perjalanan mereka datang dan balik dari sekolah," kata Mohd Radzi.

Wednesday, June 3, 2020

[COVID-19] Pelajar Tingkatan 5 dan 6 akan diutamakan untuk ke Sekolah


Gambar Ihsan FB Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah


Berikut merupakan Sumber hantaran Facebook Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkenaan pembukaan sekolah yang akan diutamakan kepada pelajar Tingkatan 5 dan 6 untuk ke sekolah terlebih dahulu. 

Pada petang semalam, saya telah berpeluang untuk turut serta lawatan kerja YB Dr Mohd Radzi Md Jidin, Menteri Kanan Pendidikan ke SMK Engku Husain, Semenyih, Selangor bagi tujuan persediaan pembukaan sekolah pasca Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Turut hadir sama adalah pengurusan tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan wakil Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM. 

Kami telah diberi taklimat oleh Pengetua sekolah mengenai simulasi pengoperasian pengurusan sekolah pasca Perintah Kawalan Pergerakan. Langkah-langkah pencegahan jangkitan COVID-19 yang akan diamalkan adalah berdasarkan Garis Panduan Pengurusan Sekolah Pasca Perintah Kawalan Pergerakan. Garis panduan yang disediakan pihak KPM adalah hasil kerjasama dengan MKN dan KKM serta membabitkan prosedur mengenai ketibaan murid di sekolah, pergerakan ke bilik darjah, susunan meja dalam bilik darjah, pergerakan di kantin dan pelbagai aspek lain.


Seperti yang telah diumumkan oleh YB Menteri Kanan Pendidikan sebelum ini, tarikh pembukaan sekolah akan dimaklumkan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum sekolah dibuka berdasarkan nasihat daripada KKM dan situasi semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia. Keutamaan akan diberikan kepada pelajar Tingkatan 5 dan 6 yang akan menduduki peperiksaan SPM, SVM, STPM dan STAM.

KKM amat menghargai komitmen yang ditunjukkan oleh barisan tenaga pengajar dan pengurusan sekolah dalam memastikan pematuhan kepada garis panduan yang disediakan. Terima kasih kepada semua guru di atas dedikasi dan pengorbanan anda dalam mendidik anak-anak kita semua yang merupakan aset berharga negara.


Tuesday, June 2, 2020

[COVID-19] Taska Dibenarkan Beroperasi, Tadika Dijangka Dibuka Julai Ini


Pada hari ini kerajaan telah bersetuju taman asuhan kanak-kanak (taska) dibenarkan untuk mula beroperasi mulai hari ini. Manakala, taman didikan kanak-kanak (tadika) dijangka akan dibenarkan Beroperasi pada Julai ini. Namun, sebelum dibenarkan beroperasi, Kementerian Pendidikan perlu membentangkan SOP lengkap terlebih dahulu dan akan diteliti SOP tersebut. 

Kementerian Pendidikan akan menyediakan SOP khusus bagi diselaraskan dengan semua operasi tadika yang dikendalikan semua kementerian.

Berikut merupakan berita penuh daripada Berita Harian Online (Sumber) berkenaan hal ini. 

PUYRAJAYA: Kerajaan bersetuju supaya baki 6,696 taman asuhan kanak-kanak (taska) dibenar memulakan operasi, mulai hari ini.
"Hari ini, kita minta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memperkemas SOP taska. Kita sudah setuju dengan SOP yang lengkap, kemas dan mereka juga sudah bincang dengan Kementerian Kesihatan.
"Ini termasuk SOP lengkap sewaktu hantar bayi ke taska, sewaktu penjagaan, sewaktu ambil anak pulang," katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.
Sementara bagi operasi di taman didikan kanak-kanak (tadika), beliau berkata, Kementerian Pendidikan akan menyediakan SOP khusus bagi diselaraskan dengan semua operasi tadika yang dikendalikan semua kementerian.
"Kita tunggu mereka bentang SOP lengkap dulu. Kalau nak buka Julai ini, kita akan benarkan, tapi kita mahu lihat dengan teliti SOP tersebut," katanya.

Saturday, May 30, 2020

Rentas Negeri Bagi Urusan Kerja, Kecemasan dan Suami Isteri Berjauhan Dibenarkan Mulai Isnin Ini




Pada hari ini Menteri Kanan (Keselamatan) iaitu Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan bahawa perjalanan merentas negeri dibenarkan mulai Isnin ini bagi urusan kecemasan dan pekerjaan serta pasangan suami isteri yang tinggal berjuahan. 


Berikut merupakan berita penuh daripada Berita Harian Online (Sumber) mengenai hal ini. 
KUALA LUMPUR: Perjalanan rentas negeri bagi urusan kecemasan dan pekerjaan, serta pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan akan dibenarkan semula bermula Isnin ini.


Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri, berkata perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Putrajaya, hari ini.
Pada 21 Mei lalu, kerajaan memutuskan buat sementara untuk tidak membenarkan sama sekali pergerakan merentas negeri bagi mengelakkan penyebaran COVID-19 menjelang sambutan Aidilfitri pada 24 Mei.

Monday, May 25, 2020

[COVID-19] 172 Kes Baharu Pada Hari Ini, 159 Kes Melibatkan Warga Asing




Pada hari ini Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan bahawa terdapat 172 kes baharu COVID-19. Daripada 172 Kes Baharu tersebut terdapat 159 Kes yang melibatkan warga asing. Manakala kes yang telah pulih sebanyak 34 kes dan tiada kes kematian dicatatkan pada hari ini. 

Berikut merupakan link bagi sidang media  daripada Ketua Pengarah Kesihatan pada hari ini

Berikut merupakan berita penuh (Sumber) daripada Berita Harian Online. 



PUTRAJAYA: Sebanyak 172 kes baharu dilaporkan hari ini dan kebanyakannya daripada individu yang ditahan di tiga Depoh Tahanan Imigresen.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah kes baharu itu, 112 kes membabitkan tiga depoh berkenaan.
Katanya, orang ramai tidak perlu bimbang dengan peningkatan kes berkenaan kerana depoh terbabit ialah tempat yang diasingkan daripada masyarakat dan ia sudah dikawal oleh pihak berkuasa.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan sehingga jam 12 tengah hari tadi terdapat sebanyak 32 kes sudah pulih sepenuhnya menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 5,979 kes dan tiada kematian dilaporkan hari ini.

Penaja