Penaja Utama Makmal Informasi

Nuffnang

Penaja

Wednesday, April 20, 2016

Resepi Sayur Campur dan Jagung Muda Masak Sos Mudah dan Ringkas



Assalamualaikum semua. Diharap semuanya sihat-sihat belaka. Harini Mrd nak berkongsi satu resepi iaitu Jagung Kecil  & Sayur Campur Masak Sos. Resepi ni saya ambil daripada resepi kakak saya. Saya banyak belajar memasak daripada kakak-kakak saya. Resepi ni sangat simple sebab tidak memerlukan banyak bahan. Sayur campur yang Mrd gunakan dalam resepi ni ialah sayur campur yang dalam paket tu. Yang ada lobak, jagung dan kacang peas.









Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
  1. Jagung muda 6-8 biji
  2. Sayur campur paket (Lobak, jagung dan kacang peas) 1 mangkuk kecil
  3. Sosej 3 batang
  4. Bawang merah 2 ulas
  5. Bawang putih 2 ulas
  6. Sos cili 8 sudu
  7. Sos tiram 2 sudu
  8. Maggi Cukup Rasa 1 sudu kecil
  9. Minyak masak Secukupnya
  10. Air Sedikit

Cara-cara: 
  1. Pertama sekali potong-potong jagung muda & sosej mengikut bentuk yang anda inginkan.
  2. Kemudian, basuh sayur campur, jagung muda & sosej yang telah dipotong-potong tadi.
  3. Panaskan minyak dan tumis bawang merah & bawang putih yang telah ditumbuk lumat. Tumis sehingga naik bau.
  4. Masukkan sos cili, sos tiram dan Maggi Cukup Rasa dan gaul hingga sebati. Masak sehingga pecah minyak.
  5. Kemudian, masukkan sayur campur, jagung muda & sosej tersebut dan gaul hingga sebati.
  6. Tambahkan sedikit air untuk mengubah kepekatan kuah (mengikut kepekatan kuah yang anda inginkan). Kemudian, gaul hingga sebati,
  7. Setelah kuah dah menggelegak dan sayur pun dah masak, matikan api dan angkat.
  8. Jagung Muda & Sayur Campur Masak Sos sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba semuanya :)



Sunday, April 17, 2016

KOLEJ SAKURA UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS)

KOLEJ SAKURA (UNIMAS) 


Kolej Sakura terletak di kampus Barat UNIMAS dan merupakan satu-satunya kolej yang hanya dihuni oleh pelajar wanita. Kolej ini mula beroperasi dan didiami oleh pelajar pada 30 Disember 2005. Kolej Sajura terbahagi kepada 3 blok iaitu blok A, blok B dan blok C yang mempunyai 75 apartmen atau rumah pelajar. Setiap apartmen mempunyai 5 bilik berkongsi yang boleh memuatkan 13 orang penghuni.


LOKASI

Kolej Sakura terletak berhampiran dengan Kolej Allamanda dan Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat (FSKTM), Fakulti Sains & Teknologi Sumber (FSTS) dan Fakulti Kejuruteraan (FK).


KAPASITI PELAJAR & BLOK

Kolej ini terdiri daripada 3 blok iaitu blok A, blok B dan Blok C yang dapat menampung sehingga 900 orang pelajar pada setiap semester.


KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

  1. Surau
  2. Bilik komputer
  3. Bilik seminar
  4. Bilik Gerakan Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK)
  5. Bilik harian pelajar/pensyarah
  6. Kediaman felo
  7. Bilik kecemasan (sick bay)
  8. Bilik sumber dan bacaan
  9. Bilik mesyuarat dan pentadbiran
  10. Gelanggang sukan 
  11. Parkir kenderaan
  12. Bili kaunseling
  13. Stor pelajar
Sumber daripada Buku Panduan Pelajar (UNIMAS) 2012/2013

KOLEJ ALLAMANDA UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS)

KOLEJ ALLAMANDA (UNIMAS)

Kolej Allamanda telah dibuka dan mula mengambil pelajar pada bulan Julai 2005. Kolej ini menerima semua kumpulan mahasiswa program Sarjana Muda dan juga pelajar antarabangsa. Selain untuk oenginapan pelajar, kolej ini turut menyediakan kemudahan penginapan untuk pelawat dan penggunaan ruang untuk perbincangan, seminar, kursus dan lain-lain seumpamanya oleh orhanisasi luar.

LOKASI

Kolej Allamanda terketak di kampus barat dan berhampiran dengan Kolej Sakura dan Kolej Dahlia.


KAPASITI

Kapasiti sebenar kolej ini adalah seramai 1800 orang. Kediaman di Kolej Allamanda berkonsepkan apartmen biasa dan apartment yang mempunyai kemudahan khusus (untuk pelajar Antarabangsa). Apartmen biasa boleh memuatkan 8 orang pelajar dengan 2 bilik single dan 3 bilik double. Kolej Allamanda terbahagi kepada kolej kecil iaitu Kolej A & B (pelajar wanita), manakala Kolej C (pelajar lelaki) dan satu blok Antarabangsa yang disediakan khusus untuk penginapan pelajar Antarabangsa.

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

  1. Surau
  2. Bilik belajar 24 jam 
  3. Bilik gerakan pelajar
  4. Bilik mesyuarat dan seminar
  5. Bilik serba guna 
  6. Bilik kaunseling
  7. Bilik aktiviti kebudayaan
  8. Bilik sakit/ kuarantin
  9. Bilik pelawat
  10. Beberapa gelanggang sukan (bola tampar)
  11. Minimart
  12. 2 Kafeteria
  13. Akses Wifi dan televisyen
  14. Bilik laundry
  15. Ruang untuk keusahawanan

Sumber daripada Buku Panduan Pelajar (UNIMAS) 2012/2013 

Saturday, April 16, 2016

Resepi Masakan Simple: Murtabak Maggi Bawang


Assalamualaikum, harini Mrd ingin berkongsi satu resepi ringkas iaitu Murtabak Maggi Bawang. Baru saja semalam Mrd masak murtabak ni dengan kawan Mrd. Hari-hari kalau makan dekat kafe, kosonglah dompet Mrd. Maklumlah student kena berjimat. Kalau tak berjimat dari awal semester, mesti hujung-hujung sem makan Maggi. Dahlah hujung-hujung sem dah start musin exam  dan makan pulak hari-hari Maggi. Memang tak bagus untuk kesihatan lagi-lagi time tu nak exam. Dulu Mrd, selalu macam tu. Kadang jawab soalan exam smabil perut berkeroncong. Malu dengan kawan sebelah atau pensyarah yang lalu meja Mrd. Berkeroncong perut Mrd tu, bukannya sekejap. Sampai nak habis waktu peperiksaan masih berbunyi. Hahahha. Oleh itu, para student berjimat cermatlah dari awal sem lagi, supaya tak jadi macam kes Mrd.

Okay berbalik kepada resepi ni, sebenarnya pertama kali Mrd masak murtabak Maggi ni ketika tahun pertama di universiti. Ketika itu, ada minggu keusahawanan untuk subjek EBX 0032 (Asas Pembudayaan Keusahawanan). Oleh itu, kumpulan Mrd ketika itu bercadang nak buat murtabak Maggi sebab senang. Semasa menjual murtabak ni, kira laku juga lah. Modal yang diperlukan sikit saja sebab hanya menggunakan Maggi Kari dan sebiji telur. Tapi kali ni Mrd olah sedikit resepi ni supaya takdalah ringkas sangat.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah: (Hidangan untuk 2 orang)

  1. Maggi Kari - 2 bungkus
  2. Telur - 3 biji
  3. Pati Ayam - 1 kiub
  4. Bawang besar -1 biji
  5. Minyak masak - Secukupnya
  6. Sos cili - Secukupnya

Cara-cara: 
  1. Rebus mee Maggi terlebih dahulu dan kemudian toskan air panas tersebut dan masukkan mee ke dalam mangkuk besar.
  2. Tambahkan serbuk Maggi Kari, pati ayam, dan bawang besar yang dihiris-hiris. Gaulkan hingga sebati.
  3. Kemudian, masukkan telur dan kacau hingga sebati.
  4. Panaskan sedikit minyak dan gorengkan adunan murtabak tadi menggunkan api sederhana.
  5. Setelah bahagian bawah murtabak dah bertukar warna keperangan, terbalik pula untuk menggoreng bahagian atasanya pula.
  6. Ulang langkah 4 & 5 sehingga adunan murtbak habis.
  7. Angkat murtabak dan hidangkan dengan sos cili dan hirisan bawang besar seperti gambar di bawah.

Selamat mencuba resepi ringkas ini. :)




Thursday, April 14, 2016

TELUR MASAK KICAP BUJANG STYLE




Assalamualaikum, apa khabar, semuanya sihat harini? Semoga semua dalam keadaan sihat pada harini. Pada harini Mrd nak berkongsi satu resepi simple iaitu Telur Masak Kicap Bujang Style. Resepi Mrd memang selalunya simple sebab Mrd ni masih bujang dan masih study lagi, jadi Mrd masak yang termampu saja. Bagi para bujang dan student di luar sana yang suka masak dan berjimat boleh lah mencuba resepi ringkas ni. Kelmarin Mrd masak ni untuk makan malam. Sedap makan dengan nasi panas-panas.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
  1. Telur 2 biji
  2. Bawang besar 1 biji
  3. Kicap manis 7-8 sudu
  4. Sos cili 2 sudu
  5. Maggi Cukup Rasa 1 sudu kecil
  6. Gula 1 sudu kecil
  7. Sedikit air
  8. Minyak masak untuk menggoreng telur dan menumis

Cara-cara
  1. Goreng telur terlebih dahulu.
  2. Tumis bawang besar yang telah dihiris-hiris sehingga naik bau.
  3. Masukkan kicap manis, soc cili, Manggi Cukup Rasa dan gula. Kacau hingga sebati.
  4. Tambahkan sedikit air untuk mengubah kepekatan yang anda kehendaki.
  5. Masak sehingga kuah menggelegak dan bawang besar layu. Matikan api.
  6. Masukkan telur yang telah digoreng tadi dan kacaukan.
  7. Setelah itu, Telur Masak Kicap Bujang Style sedia untu dihidang.



*Anda juga boleh menambah bawang merah, bawang putih dan halia dalam bahan tumisan masakan ini. Memandangkan bahan-bahan Mrd tidak mencukupi, jadi Mrd hanya gunakan bawang besar sebagai bahan tumisan. SELAMAT MENCUBA :)

GAMBAR SELEPAS KEBAKARAN DI KG TITINGAN & KG BATU 2 APAS

300 BUAH RUMAH MUSNAH AKIBAT KEBAKARAN


     Assalamualaikum, hari ini Mrd ingin berkongsi gambar pasca kebakaran di Kampung Titingan & Kampung Batu 2 Apas. Sangat sedih melihat gambar-gambar ini. ratusan rumah dijilat api pada malam kebakaran itu. Ya, Allah besar betul ujian mu kepada mereka. Perkara ini seakan dejavu kerana perkara yang sama turut berlaku pada tahun 1999 dan ditempat yang sama. Mrd tidak dapat menggambarkan bagaimana perasaan Mrd ketika kebakaran pada tahun 1999 itu. Sewaktu itu, rumah Mrd juga hampir terbakar tetapi alhamdulillah rumah Mrd dipisahkan dengan sebatang sungai dan api tidak merebak ke bahagian rumah Mrd. Hati ini gundah ketika melihat api yang kian marak memusnahkan banyak rumah dan banyak benda yang terlintas dibenak fikirin Mrd ketika itu. Umur Mrd ketika itu, 6 tahun. Kami sekeluarga bertungkus lumus menyelematkan barang-barang yang perlu ketika itu. Alhamdulillah, lepas waktu subuh api mula reda dan tidak lagi merebak ke tempat lain. Api senang merebak kerana Mrd tinggal di rumah setinggan dan rumah-rumah di kampung Mrd sangat rapat. Itulah punca utama api sukar untuk dikawal dan banyak rumah yang musnah terbakar.

Selepas itu, Mrd terfikir di manakah kawan-kawan Mrd tinggal selepas itu. Kerana banyak rumah kawan-kawan Mrd ketika itu telah terbakar. Apabila mendengar berita kebakaran ini pada 2016, terimbau kembali peristiwa itu. Sangat sayu melihat rumah-rumah yang telah terbakar. Semoga semua mangsa tabah menghadapi ujian ini daripada Allah S.W.T. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.



Rumah-rumah yang telah terbakar
*Kepada rakan-rakan yang hendak menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa kebakaran boleh menderma melalui maklumat di bawah





Wednesday, April 13, 2016

Ikan Dori Goreng Tepung 'Sweet and Sour' (Simple Version)




Assalamualaikum semua. Harini Mrd nak berkongsi resepi Ikan Dori Goreng Tepung 'Sweet and Sour' (Simple Version). Sejak akhir-akhir ni family saya suka makan filet ikan Dori. Ini sebernarnya resepi daripada kakak saya. Dulu tak pernah tahu pun Ikan Dori tu apa. Ikan Dori ni selalu di jual frozen dekat supermarket

Okay, untuk resepi ni saya akan kongsikan Sweet and Sour yang simple version punya. Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

Ikan Dori Goreng Tepung
  1. Filet Ikan Dori - 1 kg (dipotong-potong)
  2. Tepung Goreng Paket (apa-apa jenama) - 1 Paket
  3. Tepung Jagung - 2 sudu
  4. Telur - 2 biji 

Sos Sweet and Sour
  1. Sos cili - 3 sudu
  2. Sos tomato - 3 sudu
  3. Sos tiram - 2 sudu
  4. Maggi Cukup Rasa - Secukupnya
  5. Gula - Secukupnya
  6. Air - Sedikit
Bahan Tumis
  1. Bawang merah - 2 ulas (ditumbuk lumat)
  2. Bawang putih - 2 ulas (ditumbuk lumat)
Bahan-bahan lain
  1. Cili padi - 5-7 biji
  2. Sayur campur paket (Lobak, jagung dan kacang peas) - 1 mangkuk kecil

CARA-CARA:

  1. Mula-mula celupkan ikan dori yang telah dipotong-potong ke dalam telur yang telah dikacau. Ikan dicelupkan di dalam telur supaya tepung melekat dengan cantik nanti. Kalau tak celupkan dengan telur susah tepung nak melekat.
  2. Masukkan satu persatu ikan dori yang telah dicelupkan telur tadi ke dalam tepung goreng (Tepung Goreng Paket + Tepung Gandum)
  3. Kemudian, goreng ikan dori tersebut sehingga warna menjadi keperangan. Setelah semua ikan dori telah di goreng letakkan di atas pinggan yang dilapikkan tisu supaya lebihan minyak dapat diserap oleh tisu tersebut.
  4. Kemudian, sedia untuk membuat sosnya pula. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
  5. Tambahkan sos cili, sos tomato dan sos tiram dan kacau hingga sebati.
  6. Masukkan Maggi Cukup Rasa dan gula untuk mengimbangi rasa dan kacau hingga sebati. 
  7. Kemudian, masukkan cili padi (dihiris-hiris) dan sayur campur dan kacau hingga sebati. 
  8. Kemudian tambahkan air untuk mengubah kepekatan yang dikehendaki.
  9. Masak sos tersebut sehingga menggelegak.
  10. Matikan api dan masukkan ikan dori goreng tepung tadi dan gaul hingga sebati. 
  11. Angkat dan Ikan Dori Goreng Tepung Sweet and Sour sedia untuk dihidang. 


Selamat mencuba. :)




KEBAKARAN DI KAMPUNG TITINGAN & KG BATU 2 APAS

KEJADIAN 1999 BERULANG KEMBALI - KEBAKARAN


As salam, semalam berita yang sangat menyedihkan bila kebanyakkan rumah di kampung halaman saya iaitu Kampung Titingan Tawau dan Kg Batu 2 Apas telah terbakar (2 kampung yang berdekatan) Tetapi syukur kerana rumah saya tidak terbakar, malangnya ramai rumah kawna-kawan saya yang telah terbakar. Kejadian ini mengingatkan saya dengan kebakaran pada tahun 1999 di tempat yang sama. Ketika itu, saya berumur 6 tahun, dan kami sangat bernasib baik kerana kawasan rumah kami dipisahkan oleh sebatang sungai dan itu antara sebab api tidak merebak ke kawasan rumah kami. Setelah kejaian itu, ramai yang telah membina rumah mereka kembali di tapak yang sama, tetapi malangnya dengan terjadinya peristiwa semalam, seakan mimpi ngeri buat penduduk di sana. Saya sangat bersimpati dengan mereka. Saya tahu penduduk kampung saya itu bukanlah orang senang dan saya juga bukanlah orang yang senang, Mudah-mudahan bantuan segera dihulurkan kepada semua mangsa.

Rumah-rumah yang telah terbakar (from Fb Hishammuddin Hussein)
                               
Antara rumah yang musnah terbakar (from Fb Page Tawau)

Antara rumah kawan saya yang terbakar

Antara rumah yang musnah terbakar (from Fb Page Tawau)
                               

Antara rumah yang musnah terbakar (from Fb Page Tawau)
                                




*Ini adalah berita yang dipetik daripada laman web myMetro Online oleh Norasikin Daineh

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, api dipercayai bermula dari salah sebuah rumah sebelum merebak ke tempat lain sehingga memusnahkan lebih banyak rumah di kawasan berkenaan.
Ketua Zon Jabatan Bomba dan Penyelamat Tawau, Ismaidi Ismail berkata, pihak bomba menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 1.33 pagi dan seramai 34 anggota termasuk bantuan dari Balai Bomba Kunak hadir memadamkan kebakaran.
€ŽOperasi memadam kebakaran segera dilakukan namun pihak bomba mengalami kesukaran kerana keadaan laluan yang sempit dan tekanan air yang rendah.
"Selain itu pihak bomba terpaksa menggunakan sumber air terbuka dari sungai berhampiran dan tangki air Majlis Perbandaran Tawau (MPT) untuk memadamkan kebakaran terbabit," katanya ketika dihubungi sebentar tadi. Menurut Ismaidi, api berjaya dikawal pada jam 5.39 pagi namun operasi memadam bara api masih dilakukan sehingga kini.

Kepada yang hendak menderma bolehlah disalurkan ke Tabung Kebajikan Mangsa Kebakaran Kg Batu 2 Apas, Tawau Sabh.

                         


Tuesday, April 12, 2016

RESEPI SOSEJ MASAK SOS CILI BUJANG STYLE


Sosej Masak Sos Cili Bujang Style

Assalamualaikum, harini Mrd ingin berkongsi satu resepi ringkas iaitu, Sosej Masak Sos Cili. Bahan-bahan untuk resepi ini sangatlah ringkas. Memandangkan saya seorang pelajar universiti, saya selalu masak untuk berjimat memandangkan harga makanan di kebanyakkan kafe yang ada di universiti sekarang ni agak mahal disebabkan banyak harga barang mentah yang telah naik dengan GST lagi. Oleh itu, memasak sendiri adalah salah satu cara untuk berjimat dalam keadaan ini.



Berbalik kepada resepi saya tadi, bahan-bahan yang diperlukan adalah

  1. Sosej - 1 bungkus (12 batang)
  2. Sos cili - 6 sudu
  3. Maggi Cukup Rasa/ Garam - Secukupnya
  4. Bawang besar - 1 biji
  5. Minyak masak - Secukupnya (untuk menggoreng sosej dan menumis bawang besar)
  6. Gula - Sedikit (untuk mengimbangi rasa)
  7. Air - Sedikit sahaja
Dalam resepi ini saya hanya menggunakan bawang besar sahaja, sebab terlupa nak beli bawang putih dan bawang merah. Hehhehehe.


Langkah-langkah
  1. Goreng kesemua sosej terlebih dahulu.
  2. Kemudian, tumis bawang besar yang telah dihiris-hiris sehingga naik bau,
  3. Masukkan sos cili, Maggi Cukup Rasa dan gula. Gaul hingga sebati. 
  4. Tambahkan sedikit air dan gaul hingga sebati. Masak sehingga pecah minyak.
  5. Setelah pecah minyak masukkan sosej dan gaulkan hingga sebati.
  6. Setelah semuanya sebati dan kuah dah menggelegak, matikan api dan Sosej Masak Sos Cili sedia untuk dihidang.
Sosej Masak Sos Cili Bujang Style

Hidangan ini sangatlah ringkas sesuai untuk orang bujang macam saya ni. Tak banyak guna bahan-bahan dan mudah saja nak masak. Paling best kalau makan masakan ni dengan nasi panas-panas. Actually resepi ni saya ringkaskan, jadi kalau nak lagi sedap bolehlah tambahkan cili boh, sedikit belacan dan bawang merah dan bawang putih. Memang akan lebih sedap. Memandang Mrd ni masih seorang student, jadi ini saja yang mampu untuk dimasak. 

Kepada yang berminat nak masak resepi ni boleh lah mencuba dan bolehlah kongsikan hasilnya. Selamat mencuba. Kalau tak berapa nak sedap jangan marah saya ya,,, heheheheheh :P. Sebab saya masih lagi amatur dalam bab-bab memasak ni.

ANDA JUGA BOLEH CUBA TUKARKAN RESEPI SOS CILI UNTUK SOSEJ NI, MENGGUNA RESEPI SEPERTI DI LINK INI





Info tambahan

Anda ingin mendapat cashback/duit anda setelah membeli barangan online? Jika anda suka membeli barangan online di Lazada, Shopee, Aliexpress dan Zalora serta membuat tempahan hotel melalui Traveloka, Agoda dan booking.com anda disarankan sign up di Shopback. Setelah membuat pembelian Shopback akan membuat bayaran balik beberapa peratus daripada jumlah belian anda melalui Shopback
Untuk mendaftar klik > SHOPBACK





Lagu Rasmi Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) - UNIMAS Gemilang

UNIMAS Gemilang - Lagu Rasmi Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)


                             

Lirik/ Lyrics: UNIMAS Gemilang - Lagu Rasmi Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

Lirik & Lagu: Prof Mohd Fadzil Abd. Rahman
Tercipta Suatu Sejarah
Wujudmu di Persada Negara
Di Bumi Kenyalang Bertuah
Kebanggaan Nusa dan Bangsa

Berinovasi dan Berwawasan
Berilmu Berpandangan Jauh
Inilah Hasrat dan Harapan
Kamilah Pendukung Warisan

Teguh Terunggul Namamu
UNIMASku yang Gemilang
Dengan Penuh Keikhlasan
Kami Wargamu di Sini
Berbangga

Berbudaya, Bersifat Sezaman
Bersatu Hati Mencurah Bakti
Jasamu, Tiada Bandingan
Kau Disanjung dan Dihormati

Wajahmu Tak Kan Kami Lupakan
Sentiasa Terpahat di Ingatan
Menjadi Lipatan Sejarah
Segar Mekar Dalam Kenangan

Teguh Terunggul Namamu
UNIMASku yang Gemilang
Dengan Penuh Keikhlasan
Kami Wargamu di Sini
Berbangga

UNIMAS Gemilang


Source from http://www.unimas.my/unimas-gemilang

Postgraduate (Master & PhD) Programmes at Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)


                              



PROGRAMME LISTING

Please click any of the link below to view our Postgraduate Programmes.

*By Faculty   *By Programme Mode

For further information please visit https://online.moe.gov.my/upu/emas/index_epanduan.php


OVERVIEW

COURSEWORK PROGRAMME

Our coursework programmes are designed to extend knowledge and skills gained from the first degree and to develop new professional skills in graduates. The programmes involve lectures, seminars and project work. Students are required to successfully complete the minimum credit as required by the respective programme (between 40 and 44 credits) and a final Cumulative Grade Point Average (CGPA) of at least 3.0 in order to graduate. The Master degree by Coursework is offered every February and September.

ENTRY REQUIREMENTS (AS APPROVED BY SENATE NOS. 02/2014 -13)

A Bachelor degree with a minimum CGPA of 2.50 or equivalent, as accepted by the Senate;

A Bachelor degree or equivalent but with CGPA less than 2.50, may be admitted subject to a minimum of 5 years working experiencein the relevant field; or

Other equivalent qualifications approved by the Senate

For international students, a minimum IELTS Score of 5.5 or its equivalent ( e.g TOEFL-525; TOEFL Computer Test -196; TOEFL Internet Test 69-70 ) is required.

Scenery at UNIMAS

RESEARCH PROGRAMME

Research programme refers to graduate programme that is wholly research based. Student is assigned to an experienced member of academic staff as supervisor or to a supervisory panel. A panel is made up of graduate staff and experts from either within or outside the University.

The academic progress of research student is evaluated two times a year through progress reports. The degree is examined through the presentation of a thesis and a viva voce examination. A student who has satisfied the Graduate Studies Committee in all aspects of their work is eligible for the award of the degree.

ENTRY REQUIREMENTS (AS APPROVED BY SENATE NOS. 02/2014 -13)

A Bachelor degree with a minimum CGPA of 2.75 or equivalent, as accepted by the Senate; or

A Bachelor degree or equivalent with at least CGPA of 2.50 and did not achieve CGPA of 2.75, may be admitted depends on rigorous internal evaluation, or

A Bachelor degree or equivalent but with CGPA less than 2.50, may be admitted subject to a minimum of 5 years working experience in the relevant field.

Other equivalent qualifications approved by the Senate.

For international students, a minimum IELTS Score of 5.5 or its equivalent ( eg. TOEFL-525; TOEFL Computer Test-196; TOEFL Internet Test 69-70 ) is required.

Duration of Study

The normal duration of study for a Master's degree (by research) is (2 - 4) years full-time or (3 - 6) years part-time.


PHD BY RESEARCH PROGRAMMES

The Doctor of Philosophy (PhD) degree is a research degree by thesis under the supervision of an experienced member of academic staff or a supervisory panel.A panel is made up of graduate staff and experts from either within or outside the University. The minimum duration of studies is 3 - 6 years full-time and 4 - 8 years part-time.

The academic progress of a research student is evaluated twice a year through the progress reports. Final assessment is through thesis and a viva-voce examination.

A student who has satisfied the Examination Committee for Postgraduate Studies in all aspects of their work is eligible for the award of the degree of Doctor of Philosophy.

Eligibility

A Master Degree with good pass from an approved university in an area relevant to the candidate's proposed area of research.

Other equivalent qualifications approved by the Senate

For international students, a minimum IELTS Score of 5.5 or its equivalent (e.g TOEFL-525; TOEFL Computer Test-196; TOEFL Internet Test 69-70) is required.

Duration of Study

For a PhD, the normal duration is (3 - 6) years full-time and (4 - 8) years part-time.





Important Dates for Application & Registration : Semester 2 2015/2016 Session 
(Research & Coursework Students)
EventsInternational StudentsLocal Students
Closing Date for Online Application and Acceptance by F/I/C22 January 2016 (Friday)7 Februari 2016 (Sunday)
Issue Offer Letter to ApplicantsOffer letter can be issued straight away to successful applicants
Registration Date by New Students(Research & Coursework) 15-19 February 2016
Registration for Returning Student by Online Registration15-19 February 2016
Welcoming New Graduate Student Event27 February 2016 (Saturday) *
Important Dates for Application & Registration : April 2016 Intake) 
(Research Students)
International StudentsLocal Students
Closing Date for Online Application and Acceptance by F/I/C1 April 2016 (Friday)8 April 2016 (Friday)
Issue Offer Letter to ApplicantsOffer letter can be issued straight away to successful applicants
Registration Date by New Students(Research) 18 - 22 April 2016
Welcoming New Graduate Student Event2 July 2016 (Saturday) *
Important Dates for Application & Registration : Inter-Session 2015/2016 (July Intake) 
(Research & Coursework Students)
International StudentsLocal Students
Closing Date for Online Application and Acceptance by F/I/C17 June 2016 (Friday)24 June 2016 (Friday)
Issue Offer Letter to ApplicantsOffer letter can be issued straight away to successful applicants
Registration Date by New Students29 June - 1 July 2016
Registration for Returning Student by Online Registration29 June - 1 July 2016
Welcoming New Graduate Student Event23 July 2016 (Saturday) *

Source from http://www.postgrad.unimas.my/what-we-offer/postgraduate
                     http://www.unimas.my/about-unimas

BIASISWA MYBRAIN15 - MYPHD

MyBrain15 - MyPhd





MyPhD merupakan salah satu Program MyBrain15 yang menyediakan pembiayaan pengajian di peringkat Ijazah Kedoktoran untuk mencapai sasaran 60,000 pemegang PhD dari kalangan rakyat Malaysia menjelang tahun 2023.




Syarat-syarat Am
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2016
3. Pemohon mestilah:
        i. Orang awam yang tidak bekerja dan tidak berpendapatan tetap; atau
        ii. Kakitangan swasta; atau
        iii. Pensyarah IPTS; atau
        iv. Kakitangan kerajaan/badan berkanun/IPTA (kontrak/sambilan/sementara); atau
4. Pemohon yang bekerja di luar negara tidak layak memohon.
5. Pemohon tidak memiliki Ijazah Sarjana Kedoktoran atau setaraf semasa memohon MyPhD.
6. Pemohon mestilah memenuhi syarat kelayakan akademik seperti berikut:
        i. Memiliki Ijazah Sarjana atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan PNGK 3.00 - 4.00 atau setara;
7. Memenuhi syarat kemasukan ke IPT dan telah menerima surat tawaran tidak bersyarat daripada IPT atau telah memulakan pengajian di IPT. Pengajian mestilah di peringkat Ijazah Kedoktoran atau sijil profesional yang setaraf dengan Ijazah Kedoktoran sahaja.
8. Pemohon tidak menerima pembiayaan lain daripada mana-mana pihak untuk melanjutkan pengajian di peringkat yang sama, kecuali yang dibenarkan sahaja seperti berikut:
        i. Pemohon kategori orang awam yang tidak bekerja dan tidak berpendapatan tetap boleh menerima elaun pembantu penyelidik siswazah atau pinjaman pelajaran daripada penaja lain, dengan syarat ia bukanlah pinjaman boleh ubah atau biasiswa penuh.
        ii. Pemohon kategori kakitangan swasta dan pensyarah IPTS boleh menerima pinjaman pelajaran daripada penaja lain atau pembiayaan tambahan daripada majikan masing-masing, dengan syarat ia bukanlah pinjaman boleh ubah atau biasiswa penuh.
        iii.Pemohon kategori kakitangan kerajaan/badan berkanun/Universiti Awam (kontrak/sambilan/sementara) boleh menerima pinjaman pelajaran daripada penaja lain, dengan syarat ia bukanlah pinjaman boleh ubah atau biasiswa penuh.
9. Mod pengajian yang perlu diikuti oleh pemohon adalah secara sepenuh masa sahaja.
10. Pemohon boleh mengikuti pengajian dalam semua bidang sama ada di Universiti Awam atau IPTS bertaraf Universiti dan Kampus Universiti Luar Negara.

Tempat Pengajian | Kemudahan Elaun

i. Semua Universiti Awam
ii. Semua IPTS bertaraf Universiti dan Kampus Universiti Luar Negara Sila klik di sini untuk mengetahui senarai IPT berkenaan. (PINDAAN SENARAI IPT)
iii.Kemudahan & Elaun
(a) Kemudahan dan elaun yang layak dibayar kepada pemohon yang berjaya adalah seperti berikut:
KATEGORIYURAN PENGAJIANELAUN SARA HIDUPELAUN BANTUAN TESISELAUN BANTUAN JURNAL
P1 : Orang awam tidak bekerja dan tidak berdapatan tetapTidak melebihi RM24,000RM1,800 sebulanTidak melebihi RM3,000Tidak melebihi RM2,000
P2 : Kakitangan SwastaTidak melebihi RM24,000TiadaTidak melebihi RM3,000Tidak melebihi RM2,000
P3 : Pensyarah IPTSTidak melebihi RM24,000TiadaTidak melebihi RM3,000Tidak melebihi RM2,000
P4 : Kakitangan kerajaan / badan berkanun / IPTA (kontrak/sambilan/sementara)Tidak melebihi RM24,000TiadaTidak melebihi RM3,000Tidak melebihi RM2,000
Nota:
        a. Yuran pengajian tidak melebihi RM24,000 untuk keseluruhan tempoh pembiayaan yang diluluskan. Yuran pengajian yang dibiayai tidak termasuk deposit, wang hemat diri dan yuran penginapan.
        b. Tempoh pembiayaan dikira bermula pada semester semasa bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian atau mengikut surat tawaran IPT bagi yang belum memulakan pengajian.
        c. Elaun Bantuan Tesis dan Elaun Bantuan Jurnal dibayar sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian dan tertakluk kepada siling yuran pengajian yang masih berbaki.
(b)Pembayaran yuran pengajian akan dibuat terus kepada Bendahari IPT berdasarkan invois yang diterima. Manakala elaun sara hidup akan dibayar ke akaun pelajar yang berkaitan.

Ikatan Perjanjian dengan Kerajaan

1. Pelajar akan dikenakan ikatan Perjanjian dengan Kerajaan bersama seorang penjamin dan pelajar perlu berkhidmat di Malaysia atau mana-mana organisasi yang mempunyai kepentingan kepada Malaysia selama lima (5) tahun.
2. Pelajar yang melanggar Perjanjian seperti berhenti atau ditamatkan pengajian oleh pihak IPT atau gagal dalam pengajian atau berhijrah ke negara lain dalam tempoh perjanjian akan dikenakan tindakan bayar balik atau ganti rugi.

Permohonan

1. Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) melalui laman web MyBrain15 https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrain15
2. Permohonan perlu dibuat secara atas talian sepenuhnya dengan klik menu LOG MASUK di atas, dan mendaftar sebagai pengguna sistem. Permohonan secara manual tidak akan diproses.
3. Pemohon hendaklah memastikan rancangan penyelidikan (proposal) telah dipersetujui dan disahkan oleh penyelia. Pengesahan perlu dibuat pada muka surat pertama rancangan penyelidikan tersebut. Sila rujuk Lampiran A untuk panduan penyediaan.
4. Pemohon dikehendaki mencetak, mengisi dan memuat naik Borang Pengesahan Maklumat Pemohon melalui permohonan ini.
5. Semua dokumen sokongan yang disertakan perlu diimbas (scan) dari dokumen asal dan disimpan dalam format imej (JPEG) atau PDF dan perlu dimuatnaik (upload) dalam sistem permohonan atas talian ini. Dokumen yang diambil(capture) menggunakan kamera tidak akan diterima.

  • Klik sini untuk panduan mengimbas dokumen sokongan.
  • Klik sini untuk panduan menukar format dokumen softcopy ke format PDF.
6. Jika tiada dokumen asal, pelajar boleh mengimbas dari dokumen salinan photostat tetapi dokumen tersebut perlu diakui sah oleh pegawai Kerajaan / badan berkanun dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 dan ke atas) / Penggawa / Ketua Kampung / Ketua Masyarakat.
7. Dokumen sokongan yang perlu dimuatnaik adalah seperti berikut:
BILDOKUMENFORMATSAIZ DOKUMEN
1Salinan kad pengenalan pemohon (depan dan belakang)PDF280KB
2
Rancangan penyelidikan (proposal) yang disahkan oleh penyelia (muatturun format di Lampiran A
(Pemohon yang mengikuti pengajian secara Mod Penyelidikan sahaja)
PDF300KB
3Salinan transkrip akademik di peringkat Ijazah SarjanaPDF400KB
4Salinan surat tawaran kemasukan ke IPT, dan pindaan surat tawaran (jika berkenaan).PDF200KB
5Borang Pengesahan Maklumat PemohonPDF400KB
8. Pemilihan calon akan dibuat berdasarkan penilaian oleh suatu Jawatankuasa yang dilantik oleh Kementerian Pendidikan Tinggi yang bermesyuarat secara berkala.
9. Keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada pemohon melalui emel dan sms dalam tempoh 7 hari selepas keputusan Jawatankuasa dan pemohon perlu mencetak surat tawaran secara atas talian.
10. Jika berjaya, pemohon dikehendaki mengemukakan semua dokumen seperti yang dinyatakan dalam Senarai Semak Dokumen Tawaran MyBrain15 ke Bahagian Biasiswa, KPT dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat tawaran program. Kegagalan pelajar untuk berbuat demikian boleh menyebabkan kelulusan yang diberikan ditarik balik dan terbatal.
11. Pelajar juga bertanggungjawab untuk memberikan sesalinan surat tawaran program kepada pihak Bendahari dan Sekolah Pengajian Siswazah IPT serta memastikan invois yuran pengajian bagi setiap semester dihantar ke Bahagian Biasiswa, KPT.


UNTUK MAKLUMAT LEBIH LANJUT BOLEH MENGHUBUNGI 

Alamat : Bahagian Biasiswa Kementerian Pendidikan Tinggi Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6 Presint 5 Kompleks Kerajaan Persekutuan 62200 PUTRAJAYA

(u.p : Unit MyBrain15)

Hotline : 03-8888 1616 | Klik di sini Direktori Bahagian Biasiswa

Email : mb15@mohe.gov.my

URL : http://www.mohe.gov.my

Facebook : https://www.facebook.com/MyBrain15KPT


Sumber daripada Laman Web MyBrain15 Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia at https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrain15/v2/


Penaja