Penaja Utama Makmal Informasi

Nuffnang

Penaja Utama Makmal Informasi 2

Penaja

Tuesday, April 12, 2016

RESEPI SOSEJ MASAK SOS CILI BUJANG STYLE


Sosej Masak Sos Cili Bujang Style
Assalamualaikum, harini Mrd ingin berkongsi satu resepi ringkas iaitu, Sosej Masak Sos Cili. Bahan-bahan untuk resepi ini sangatlah ringkas. Memandangkan saya seorang pelajar universiti, saya selalu masak untuk berjimat memandangkan harga makanan di kebanyakkan kafe yang ada di universiti sekarang ni agak mahal disebabkan banyak harga barang mentah yang telah naik dengan GST lagi. Oleh itu, memasak sendiri adalah salah satu cara untuk berjimat dalam keadaan ini.







Berbalik kepada resepi saya tadi, bahan-bahan yang diperlukan adalah

  1. Sosej - 1 bungkus (12 batang)
  2. Sos cili - 6 sudu
  3. Maggi Cukup Rasa/ Garam - Secukupnya
  4. Bawang besar - 1 biji
  5. Minyak masak - Secukupnya (untuk menggoreng sosej dan menumis bawang besar)
  6. Gula - Sedikit (untuk mengimbangi rasa)
  7. Air - Sedikit sahaja
Dalam resepi ini saya hanya menggunakan bawang besar sahaja, sebab terlupa nak beli bawang putih dan bawang merah. Hehhehehe.

Langkah-langkah
  1. Goreng kesemua sosej terlebih dahulu.
  2. Kemudian, tumis bawang besar yang telah dihiris-hiris sehingga naik bau,
  3. Masukkan sos cili, Maggi Cukup Rasa dan gula. Gaul hingga sebati. 
  4. Tambahkan sedikit air dan gaul hingga sebati. Masak sehingga pecah minyak.
  5. Setelah pecah minyak masukkan sosej dan gaulkan hingga sebati.
  6. Setelah semuanya sebati dan kuah dah menggelegak, matikan api dan Sosej Masak Sos Cili sedia untuk dihidang.

Sosej Masak Sos Cili Bujang Style

Hidangan ini sangatlah ringkas sesuai untuk orang bujang macam saya ni. Tak banyak guna bahan-bahan dan mudah saja nak masak. Paling best kalau makan masakan ni dengan nasi panas-panas. Actually resepi ni saya ringkaskan, jadi kalau nak lagi sedap bolehlah tambahkan cili boh, sedikit belacan dan bawang merah dan bawang putih. Memang akan lebih sedap. Memandang Mrd ni masih seorang student, jadi ini saja yang mampu untuk dimasak. 

Kepada yang berminat nak masak resepi ni boleh lah mencuba dan bolehlah kongsikan hasilnya. Selamat mencuba. Kalau tak berapa nak sedap jangan marah saya ya,,, heheheheheh :P. Sebab saya masih lagi amatur dalam bab-bab memasak ni.

ANDA JUGA BOLEH CUBA TUKARKAN RESEPI SOS CILI UNTUK SOSEJ NI, MENGGUNA RESEPI SEPERTI DI LINK INI

http://mohammadrahmatderise.blogspot.my/2017/05/ayam-masak-sos-sedap-dan-mudah.html

RESEPI-RESEPI MRD

1. Jagung Muda & Sayur Campur Masak Sos
2. Murtabak Maggi Bawang
3. TELUR MASAK KICAP BUJANG STYLE
4. Ikan Dori Goreng Tepung 'Sweet and Sour' (Simple Version)
5. RESEPI SOSEJ MASAK SOS CILI BUJANG STYLE
6. Sambal Ikan Bilis & Kacang
7. Sambal Tumis Ikan Sardin
8. Sambal Kentang









No comments:

Post a Comment

Penaja