Penaja Utama Makmal Informasi

Nuffnang

Penaja

Tuesday, May 3, 2016

Senarai Pemain Badminton Malaysia ke Piala Thomas & Uber 2016

Datuk Lee Chong Wei & Goh Liu Ying Ketuai Senarai Pemain ke Piala Thomas & Uber



Oleh Mrd

Datuk Lee Chong Wei, jaguh badminton perseorangan negara akan mengetuai 9 pemain lain ke Piala Thomas 2016 yang akan berlangsung di Kunshan, China selama 8 hari yang bermula 15 Mei sehingga 22 Mei 2016. Pada edisi Piala Thomas 2014 di New Delhi, India, Malaysia memenangi naib juara setelah tewas dengan Jepun 2-3. Pada edisi kali ini barisan pemain yang akan berentap di Piala Thomas adalah Lee Chong Wei, Iskandar Zulkharnain, Chong Wei Feng, Goh Soon Buat, Tan Wee Kiong-Goh V Shem, Two ee Yi-Ong Yew Sin & Koo Kien Keat-Tan Boon Heong. 

Bagi Piala Uber 2016, Goh Liu Ying akan mengetuai pemain lain iaitu Tee King Yi, Goh Jin Wei, Ho Yen Mei, Sonia Cheah, Vivian Hoo-Woon The Wei, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean Dan Amelia Anscelly. Pada edisi Piala Uber kali ini Malaysia di undi dalam Group A bersama pemenang 13 kali Piala Uber iaitu China, Sepanyol Dan Denmark. Manakala untuk Piala Thomas 2016, Malaysia di undi dalam Group C bersama Korea Selatan, England Dan Jerman. 

Semoga pemain Malaysia dapat beraksi dengan baik pada edisi kali ini. Malaysia Boleh.

No comments:

Post a Comment

Penaja