Penaja Utama Makmal Informasi

Nuffnang

Penaja Utama Makmal Informasi 2

Tuesday, May 3, 2016

Aleppo is Burning, Pray for Syria


Sedutan Berita daripada Utusan Online :Syria Umum Gencatan Senjata Sementara
                                                                Aleppo terkecuali, terus 'bermandi darah

BEIRUT 30 April - Tentera Syria 'mengumumkan’ gencatan senjata sementara di beberapa kawasan di negara itu khususnya di Damsyik dan wilayah utara termasuk di pinggir bandar Ghouta serta Latakia.

     Menurut kenyataan pihak tentera, tempoh bertenang itu bermula hari ini iaitu sehari di timur Ghouta manakala tiga hari dilaksanakan di Latakia, namun belum ada penjelasan dibuat mengapa gencatan senjata terbabit hanya berlangsung secara sementara.

     Bagaimanapun, pelaksanaan gencatan senjata itu menimbulkan persoalan apabila bandar Aleppo dikecualikan dengan pihak tentera memberi alasan bandar tersebut masih dipenuhi `pengganas’.

“Aleppo dikecualikan kerana masih banyak pengganas di sana yang tidak henti melancarkan serangan. Sebab itu kawasan di sana adalah berbeza (dikecualikan gencatan),” jelas kenyataan itu semalam.

      Kumpulan penentang menguasai daerah-daerah di timur bandar Aleppo sejak 2012, manakala tentera kerajaan menguasai kawasan perumahan di bahagian barat bandar tersebut.
Serangan udara di bandar itu sejak minggu lalu menyaksikan seramai 250 orang terbunuh, insiden yang dilihat mencabul gencatan senjata yang dicapai pada 27 Februari lalu.

      Dalam serangan di sebuah hospital di Aleppo pada Rabu lalu, jumlah mereka yang terkorban dilaporkan meningkat kepada lebih 50 orang. Sementara itu, tentera Syria dan puak penentang dilaporkan saling berbalas serangan di Aleppo semalam.Serangan udara tentera dilihat membedil beberapa kawasan strategik, mengorbankan 11 nyawa. Badan Pemantau Hak Asasi Syria berkata, serangan balas puak penentang di kawasan-kawasan yang dikuasai tentera kerajaan di bandar berkenaan menyaksikan sekurang-kurangnya 13 orang awam terbunuh.

“Langit seakan-akan runtuh di Aleppo. Bandar ini berdepan perang yang cukup kejam,” kata Ketua Misi Doctors Without Borders (MSF) di Syria, Muskilda Zancada. Di bandar Qamishli, timur laut Syria pula, lima anggota polis terbunuh manakala empat lagi cedera dalam serangan pengebom berani mati. – AFP/REUTERS





Kepada yang ingin menderma bolehlah menderma seperti maklumat dalam gambar dibawah


Perkembangan lebih lanjut tentang keganasan di Syria bolehlah melawat Facebook Syria Care - Malaysia

No comments:

Post a Comment