Penaja Utama Makmal Informasi

Nuffnang

Penaja

Wednesday, August 17, 2016

Azizulhasni Awang Sumbang Pingat kedua Negara - Acara Keirin Olimpik Rio 2016


Tahniah Azizulhasni Awang kerana meraih pingat gangsa acara Keirin Lelaki Berbasikal Trek. Berlaku sedikit drama ketika Final acara ini apabila perlumbaan diulang sebanyak 2 kali kerena Jason Kenny dari Britain terkeluar daripada garisan sebelum derny membuka laluan dalam pusingan ketujuh. Derny adalah basikal bermotor yang dinaiki seorang penunggang yang mengetuai barisan pelumba basikal dalam acara keirin Olimpik ini.

Namun, perlumbaan dihentikan sekali lagi apabila Joachim Eilers dari Jerman pula yang melakukan perkara yang sama sebelum Derny membuka laluan untuk dua pusingan terakhir.

Pemenang pingat emas, adalah Jason Kenny daripada Great Britain yang sebelum ini memenangi 5 pingat emas Olimpik. Manakala, pemenang pingat perak dimenangi oleh Matthijs Buchli daripada Belanda. Apa-apa pun tahniah sekali lagi buat Azizulhasni Awang.

Berikut merupakan keputusan Final Keirin Lelaki Berbasikal Trek - Olimpik Rio 2016


No comments:

Post a Comment

Penaja