Penaja Utama Makmal Informasi

Nuffnang

Penaja

Showing posts with label Berbasikal Trek Olimpik Rio 2016. Show all posts
Showing posts with label Berbasikal Trek Olimpik Rio 2016. Show all posts

Wednesday, August 17, 2016

Azizulhasni Awang Sumbang Pingat kedua Negara - Acara Keirin Olimpik Rio 2016


Tahniah Azizulhasni Awang kerana meraih pingat gangsa acara Keirin Lelaki Berbasikal Trek. Berlaku sedikit drama ketika Final acara ini apabila perlumbaan diulang sebanyak 2 kali kerena Jason Kenny dari Britain terkeluar daripada garisan sebelum derny membuka laluan dalam pusingan ketujuh. Derny adalah basikal bermotor yang dinaiki seorang penunggang yang mengetuai barisan pelumba basikal dalam acara keirin Olimpik ini.

Namun, perlumbaan dihentikan sekali lagi apabila Joachim Eilers dari Jerman pula yang melakukan perkara yang sama sebelum Derny membuka laluan untuk dua pusingan terakhir.

Pemenang pingat emas, adalah Jason Kenny daripada Great Britain yang sebelum ini memenangi 5 pingat emas Olimpik. Manakala, pemenang pingat perak dimenangi oleh Matthijs Buchli daripada Belanda. Apa-apa pun tahniah sekali lagi buat Azizulhasni Awang.

Berikut merupakan keputusan Final Keirin Lelaki Berbasikal Trek - Olimpik Rio 2016


Azizulhasni Awang - 'The Pocket Rocket Man' Mara ke Final Acara Keirin Lelaki


Azizulhasni Awang mara ke Final Acara Keirin Lelaki Olimpik Rio 2016 setelah menduduki tempat ketiga Semi Final 1. Pemenang no. 1 hingga 3 setiap separuh akhir akan layak ke Final.

Berikut merupakan keputusan Separuh Akhir Keirin Lelaki Olimpik Rio 2016

Separuh Akhir 1


Separuh Akhir 2



Tuesday, August 16, 2016

LIVE STREAMING KEPUTUSAN AZIZULHASNI AWANG - Men's Keirin Olimpik Rio 2016


Azizulhasni Awang atlet berbasikal trek negara akan turun dalam pusingan pertama acara keirin lelaki lebih kurang pada jam 9.18 pm (waktu Malaysia) 16 Ogos 2016. Azizulhasni Awang juga merupakan atlet yang menjadi sasaran untuk memenangi pingat emas di Sukan Olimpik Rio 2016. 

Berikut merupakan keputusan pusingan pertama Men's Keirin Sukan Olimpik Rio 2016

Azizulhasni Awang menang acara Keirin pusingan pertama dan mara ke separuh akhir. Perlumbaan yang seterusnya adalah pada jam 3.46 am (waktu Malaysia).

*Keputusan akan dikemaskini dari masa ke masa.

*Azizulhasni Awang layak ke Final setelah menduduki tempat ke-3 separuh akhir 1.

Live streaming Final Men's Keirin click HERE

Penaja