Penaja Utama Makmal Informasi

Nuffnang

Penaja Utama Makmal Informasi 2

Saturday, August 13, 2016

BEREGU WANITA NEGARA LAKAR SEJARAH LAYAK KE SUKU AKHIR BADMINTON OLIMPIK RIO 2016


Rio- Beregu wanita negara Vivian Hoo/Woon Khe Wei melakar sejarah apabila layak ke suku akhir Badminton Olimpik Rio 2016 setelah menang 2 perlawanan di peringkat kumpulan. Ini adalah permulaan yang baik untuk skuad badminton negara. Sebelum ini belum pernah beregu wanita Malaysia layak ke suku akhir dalam temasya sukan terbesar Sukan Olimpik. Vivian dan Khei Wei menang menentang beregu daripada Great Britain, Heather Olver/Lauren Smith 21-17 dan 24-22. Manakala, perlawanan kedua mereka menang  menentang beregu Hong Kong, Poon Lok Yan/Tse Ying Suet 21-15 dan 21-13. Vivian Hoo/Woon Khe Wei ada satu lagi baki perlawanan menentang beregu pilihan ke-3 daripada Indonesia, Nitya Krishinda Maheswari/Greysia Polii. Diharap Vivian dan Khe Wei dapat mengekalkan momentum mereka.  

[Beregu Wanita - Women's Doubles] - Group C

Vivian Hoo/Woon Khe Wei [MAS]
.
[11/8] - 
Vivian Hoo/Woon Khe Wei [MAS] (vs) Heather Olver/Lauren Smith [GBR] (21-17 & 24-22)
.
[12/8] - 
Vivian Hoo/Woon Khe Wei [MAS] (vs) Poon Lok Yan/Tse Ying Suet [HKG] (21-15 & 21-13)

[13/8] - 
Vivian Hoo/Woon Khe Wei [MAS](vs) Nitya Krishinda Maheswari/Greysia Polii [3][INA]

No comments:

Post a Comment