Penaja Utama Makmal Informasi
Nuffnang
Penaja
Showing posts with label Badminton Olimpik 2016. Show all posts
Showing posts with label Badminton Olimpik 2016. Show all posts
Wednesday, August 24, 2016
Olimpik Rio 2016: Pencapaian TERBAIK dalam Sejarah Penyertaan Malaysia di Sukan Olimpik
Sukan Olimpik Rio yang berlangsung secara rasmi bermula 5 Ogos yang lalu telah melabuhkan tirainya pada 21 Ogos baru-baru ini. Banyak onak dan duri yang dilalui atlet-atlet negara dalam memastikan mereka layak ke temasya sukan terbesar ini. Cabaran yang paling getir menimpa Dato Lee Chong Wei apabila beliau digantung dari meyertai mana-mana kejohanan badminton selama 8 bulan bermula 30 Ogos 2014 sehingga 30 April 2015. Pengantungan ini menyebabkan ranking dunia beliau menjunam ke ranking 100 lebih. Namun, beliau bangkit untuk kembali ke takhta ranking no.1 dunia perseorangan lelaki pada bulan Jun 2016 selepas memenangi Badminton Terbuka Indonesia 2016. Itu antara cabaran yang terpaksa dilalui oleh atlet-atlet kita selain kecederaan. Lain pula cabaran yang diterima oleh jaguh jaguh trek negara, Mohd. Azizulhasni Awang. Beliau tertusuk serpihan kayu di betis kirinya akibat kemalangan pada Siri Piala Dunia Klasik di Manchester 2011. Di sukan Olimpik London 2012 beliau tidak berjaya memenangi sebarang pingat namun di Olimpik Rio 2016 beliau berjaya meraih pingat gangsa pertama Malaysia dalam acara sukan berbasikal trek.
Edisi Olimpik Rio 2016 merupakan pencapaian terbaik bagi atlet-atlet negara kita setelah meraih 4 pingat perak dan 1 pingat gangsa. Skuad badminton negara cemerlang apabila memenangi 3 pingat perak melalui beregu lelaki (Goh V Shem/Tan Wee Kiong), beregu campuran (Chan Peng Soon/Goh Liu Ying) dan perseorangan lelaki (Dato Lee Chong Wei). Manakala pingat perak bagi acara terjun 10m platform seirama dimenangi oleh Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong. Pingat gangsa acara trek berbasikal (Keirin Lelaki) disumbangkan oleh Azizulhasni Awang. Dengan kutipan pingat tersebut, Malaysia menduduki tempat ke 60 kedudukan keseluruhan pungutan pingat.
Pujian harus diberikan kepada semua atlet Malaysia yang bertanding di Sukan Olimpik Rio 2016 kali ini kerana memberikan pencapaian yang sangat baik. Meskipun kita masih belum berjaya meraih pingat emas pertama, namun pingat yang dimenangi atlet-atlet kita bernilai emas di mata rakyat Malaysia. Semoga negara kita terus maju dalam bidang sukan. Sukan merupakan salah satu platform yang berjaya menyatukan rakyat Malaysia. Majulah sukan untuk negara. - oleh Mrd (Makmal Informasi)
Berikut merupakan pingat-pingat yang berjaya dimenangi Malaysia di Sukan Olimpik
Saturday, August 20, 2016
LIVE STREAMING KEPUTUSAN FINAL Lee Chong Wei vs Chen Long - Perseorangan Lelaki Badminton Olimpik Rio 2016
Dato Lee Chong Wei akan menentang Chen Long di Final Badminton Perseorangan Lelaki Olimpik Rio esok 20 Ogos 2016. Chong Wei mara selepas menewaskan musuh tradisinya Lin Dan manakala Chen Long menewaskan Viktor Axelsen daripada Denmark. Siapakah yang bakal membawa pulang emas bagi acara ini? Sama-sama kita nantikan. Ayuh rakyat Malaysia sama-sama kita doakan kejayaan Dato Lee Chong Wei di Final dalam memburu pingat emas pertama buat negara.
Live streaming untuk menonton klik DI SINI
Keputusan Final Perseorangan Lelaki Badminton Olimpik Rio 2016
Lee Chong Wei vs Chen Long
18-21 & 18-21.
Keputusan Final Perseorangan Lelaki Badminton Olimpik Rio 2016
Lee Chong Wei vs Chen Long
18-21 & 18-21.
Rio - Apa-apa pun keputusannya, tahniah di ucapkan kepada Dato Lee Chong Wei dengan semangat juangnya demi negara dalam perlawanan akhir sebentar tadi. Walaupun tewas, anda tetap juara di hati semua rakyat Malaysia. Pingat perak anda bernilai emas dihati kami semua.
Goh V Shem & Tan Wee Kiong Raih Pingat Perak Ketiga Negara
Rio - Goh V Shem dan Tan Wee Kiong meraih pingat perak ketiga negara pada edisi Olimpik Rio 2016 kali ini. Walaupun mereka tewas dalam perlawanan akhir tetapi semangat juang mereka yang berhempas pulas untuk melakukan yang terbaik buat skuad negara harus diberi pujian. Perlawanan yang di bawa ke rubber game, memperlihatkan perlawanan yang agak sengit apabila beregu negara dan China terikat pada kedudukan 21-21. Namun rezeki bukan berpihak kepada beregu negara kita, mereka tewas bermaruah dengan mata 21-23.
Keputusan penuh FINAL Beregu Lelaki - Badminton Olimpik Rio 2016
Goh V Shem/Tan Wee Kiong (MAS) vs Fu Haifeng/Zhang Nan (CHN)
21-16, 11-21 & 21-23
Friday, August 19, 2016
Chen Long Lawan Chong Wei di FINAL - Badminton Olimpik Rio 2016
Lee Chong Wei akan bertemu dengan pemain pilihan no.2 iaitu Chen Long daripada China. Chen Long mara ke Final selepas memenangi perlawanan semi final menentang Viktor Axelsen daripada Denmark 21-14 & 21-15. Manakala Chong Wei yang turun ke semi final menentang seteru utamanya Lin Dan. Chong Wei menang dengan rubber game 14-21, 21-11 dan 22-20. Perlawanan yang sangat-sangat mendebarkan apabila di rubber game Chong Wei mendahului 20-17, namun Lin Dan berjaya menyamakan kedudukan 20-20. Chong Wei dengan dengan kekentalan mentalnya akhirnya berjaya memenangi perlawanan sengit itu dengan 22-20. Tahniah di ucapkan. Siapakah yang bakal bergelar juara Badminton Olimpik Rio 2016 - Perseorangan Lelaki ? Sama-sama kita nantikan.
* Berikan pendapat anda tentang keputusan semi final ini dan perlawanan final yang akan berlangsung nanti. Sekian Terima kasih.
Lee Chong Wei Benam Lin Dan di Semi Final Badminton Olimpik Rio 2016
Dato Lee Chong Wei jaguh badminton negara akan menentang Lin Dan di semi final perseorangan lelaki Badminton Olimpik Rio 2016. Edisi Olimpik Beijing dan London mereka bertemu di final, namun pada Olimpik kali ini mereka bertembung di semifinal. Siapakah yang bakal mara ke final dan siapakah yang akan kecundang? Sama-sama kita nantikan keputusannya pada harini 19 Ogos 2016. Tahniah Dato Lee ChongWei kerana membenam muruh tradisinya iaitu Lin Dan di semi final Badminton Olimpik Rio 2016Perseorang Lelaki dengan keputusan 15-21, 21-11 & 22-20.
Live Sreaming untuk menonton klik DI SINI
Keputusan terkini Semi Final - Lee Chong Wei vs LIN DAN
15-21, 21-11 & 22-20
LIVE STREAMING KEPUTUSAN SEMI FINAL LEE CHONG WEI vs LIN DAN - BADMINTON OLIMPIK RIO 2016
Dato Lee Chong Wei jaguh badminton negara akan menentang Lin Dan di semi final perseorangan lelaki Badminton Olimpik Rio 2016. Edisi Olimpik Beijing dan London mereka bertemu di final, namun pada Olimpik kali ini mereka bertembung di semifinal. Siapakah yang bakal mara ke final dan siapakah yang akan kecundang? Sama-sama kita nantikan keputusannya pada harini 19 Ogos 2016.
Live Sreaming untuk menonton klik DI SINI
Keputusan terkini DLCW vs LIN DAN
15-21, 9-2
Thursday, August 18, 2016
Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying Raih Pingat Perak Kedua Buat Malaysia
Rio- Tahniah buat beregu campuran negara, walaupun tewas di peringkat final beregu campuran, Chan Peng Soon/Goh Liu Ying tetap menjadi wira negara kerana berjaya menyumbangkan pingat perak. Ini merupakan suatu pencapaian yang sangat baik kerana sebelum ini Malaysia tidak pernah mara ke final bagi acara beregu campuran badminton Sukan Olimpik.
Berikut merupakan keputusan Final Beregu Campuran Badminton Olimpik Rio 2016. Di peringkat Final, Chan Peng Soon/Goh Liu Ying (Malaysia) akan turun menentang beregu daripada Indonesia, Tontowi Ahmad/Liliyana Natsir.
Match Final Beregu Campuran Badminton Olimpik Rio 2016
17 Ogos 2016 - Jam 11.30 malam waktu Malaysia
Chan Peng Soon/Goh Liu Ying (MAS) vs Tontowi Ahmad/Liliyana Natsir (INA)
Chan Peng Soon/Goh Liu Ying Raih Pingat Perak kedua Negara
Rio- Tahniah buat beregu campuran negara, walaupun tewas di peringkat final beregu campuran, Chan Peng Soon/Goh Liu Ying tetap menjadi wira negara kerana berjaya menyumbangkan pingat perak. Ini merupakan suatu pencapaian yang sangat baik kerana sebelum ini Malaysia tidak pernah mara ke final bagi acara beregu campuran badminton Sukan Olimpik.
Berikut merupakan keputusan Final Beregu Campuran Badminton Olimpik Rio 2016. Di peringkat Final, Chan Peng Soon/Goh Liu Ying (Malaysia) akan turun menentang beregu daripada Indonesia, Tontowi Ahmad/Liliyana Natsir.
Match Final Beregu Campuran Badminton Olimpik Rio 2016
17 Ogos 2016 - Jam 11.30 malam waktu Malaysia
Chan Peng Soon/Goh Liu Ying (MAS) vs Tontowi Ahmad/Liliyana Natsir (INA)
14-21 & 12-21
Wednesday, August 17, 2016
Lee Chong Wei Menepati Ramalan Mara ke Separuh Akhir Badminton Olimpik Rio 2016
Rio - Lee Chong Wei jaguh badminton negara yang turun di suku akhir Badminton Olimpik Rio 2016 sebagai pemain pilihan no.1. Beliau menentang Chou Tien-Chen daripada Taiwan. Di set pertama Chong Wei menang mudah 21-9. Ketika di set kedua, Chong Wei juga mendahului kutipan mata dengan agak selesa iaitu 11-3. Namun, Chou Tien-Chen bangkit untuk merapatkan jurang mata 15-12. Chong Wei akhirnya menang dengan 21-15. Lawan Chong Wei di separuh akhir sama ada Lin Dan, China atau Srikanth Kidambi dari India.
Keputusan Suku Akhir Badminton Olimpik Rio 2016 (Perseorangan Lelaki)
*Lee Chong Wei (MAS) vs Chou Tien-Chen (TPE)
21-9 & 21-15
*Lin Dan (CHN) vs Srikanth Kidambi (IND)
21-6, 11-21 & 21-18
*Chen Long (CHN) vs Son Wan Ho (KOR)
21-11, 18-21 & 21-11
*Victor Axelsen (DEN) vs Rajivp Ouseph (GB)
21-12 & 21-16
LIVE STREAMING KEPUTUSAN FINAL BEREGU LELAKI - Goh V Shem/Tan Wee Kiong vs Fu Haifeng/Zhang Nan
Pertembungan beregu Malaysia dan China di Final Badminton Olimpik Rio. Goh V Shem/Tan Wee Kiong akan turun menentang Fu Haifeng/Zhang Nan untuk perebutan pingat emas bagi beregu lelaki pada 19 Ogos 2016 ini jam 10.50 am.
Live streaming untuk menonton klik di SINI
Men's doubles
Quarterfinals | Semifinals | Finals | |||||||||||||||||||
A1 | Vladimir Ivanov (RUS) Ivan Sozonov (RUS) | 13 | 21 | 16 | |||||||||||||||||
D2 | Chai Biao (CHN) Hong Wei (CHN) | 21 | 16 | 21 | |||||||||||||||||
D2 | Chai Biao (CHN) Hong Wei (CHN) | 18 | 21 | 17 | |||||||||||||||||
B1 | Goh V Shem (MAS) Tan Wee Kiong (MAS) | 21 | 12 | 21 | |||||||||||||||||
B1 | Goh V Shem (MAS) Tan Wee Kiong (MAS) | 17 | 21 | 21 | |||||||||||||||||
A2 | Lee Yong-dae (KOR) Yoo Yeon-seong (KOR) | 21 | 18 | 19 | |||||||||||||||||
B1 | Goh V Shem (MAS) Tan Wee Kiong (MAS) | ||||||||||||||||||||
B2 | Fu Haifeng (CHN) Zhang Nan (CHN) | ||||||||||||||||||||
B2 | Fu Haifeng (CHN) Zhang Nan (CHN) | 11 | 21 | 24 | |||||||||||||||||
C1 | Kim Gi-jung (KOR) Kim Sa-rang (KOR) | 21 | 18 | 22 | |||||||||||||||||
B2 | Fu Haifeng (CHN) Zhang Nan (CHN) | 21 | 21 | ||||||||||||||||||
C2 | Marcus Ellis (GBR) Chris Langridge (GBR) | 14 | 18 | Bronze Medal Match | |||||||||||||||||
C2 | Marcus Ellis (GBR) Chris Langridge (GBR) | 21 | 21 | ||||||||||||||||||
D1 | Hiroyuki Endo (JPN) Kenichi Hayakawa (JPN) | 19 | 17 | D2 | Chai Biao (CHN) Hong Wei (CHN) | ||||||||||||||||
C2 | Marcus Ellis (GBR) Chris Langridge (GBR) |
*Keputusan akan dikemaskini dari masa ke masa.
Subscribe to:
Posts (Atom)