Penaja Utama Makmal Informasi

Nuffnang

Penaja

Wednesday, August 24, 2016

Olimpik Rio 2016: Pencapaian TERBAIK dalam Sejarah Penyertaan Malaysia di Sukan Olimpik


Sukan Olimpik Rio yang berlangsung secara rasmi bermula 5 Ogos yang lalu telah melabuhkan tirainya pada 21 Ogos baru-baru ini. Banyak onak dan duri yang dilalui atlet-atlet negara dalam memastikan mereka layak ke temasya sukan terbesar ini. Cabaran yang paling getir menimpa Dato Lee Chong Wei apabila beliau digantung dari meyertai mana-mana kejohanan badminton selama 8 bulan bermula  30 Ogos 2014 sehingga 30 April 2015. Pengantungan ini menyebabkan ranking dunia beliau menjunam ke ranking 100 lebih. Namun, beliau bangkit untuk kembali ke takhta ranking no.1 dunia perseorangan lelaki pada bulan Jun 2016 selepas memenangi Badminton Terbuka Indonesia 2016. Itu antara cabaran yang terpaksa dilalui oleh atlet-atlet kita selain kecederaan. Lain pula cabaran yang diterima oleh jaguh jaguh trek negara, Mohd. Azizulhasni Awang. Beliau tertusuk serpihan kayu di betis kirinya akibat kemalangan pada Siri Piala Dunia Klasik di Manchester 2011. Di sukan Olimpik London 2012 beliau tidak berjaya memenangi sebarang pingat namun di Olimpik Rio 2016 beliau berjaya meraih pingat gangsa pertama Malaysia dalam acara sukan berbasikal trek.

Edisi Olimpik Rio 2016 merupakan pencapaian terbaik bagi atlet-atlet negara kita setelah meraih 4 pingat perak dan 1 pingat gangsa. Skuad badminton negara cemerlang apabila memenangi 3 pingat perak melalui beregu lelaki (Goh V Shem/Tan Wee Kiong), beregu campuran (Chan Peng Soon/Goh Liu Ying) dan perseorangan lelaki (Dato Lee Chong Wei). Manakala pingat perak bagi acara terjun 10m platform seirama dimenangi oleh Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong. Pingat gangsa acara trek berbasikal (Keirin Lelaki) disumbangkan oleh Azizulhasni Awang. Dengan kutipan pingat tersebut, Malaysia menduduki tempat ke 60 kedudukan keseluruhan pungutan pingat.



Pujian harus diberikan kepada semua atlet Malaysia yang bertanding di Sukan Olimpik Rio 2016 kali ini kerana memberikan pencapaian yang sangat baik. Meskipun kita masih belum berjaya meraih pingat emas pertama, namun pingat yang dimenangi atlet-atlet kita bernilai emas di mata rakyat Malaysia. Semoga negara kita terus maju dalam bidang sukan. Sukan merupakan salah satu platform yang berjaya menyatukan rakyat Malaysia. Majulah sukan untuk negara. - oleh Mrd (Makmal Informasi)


 Berikut merupakan pingat-pingat yang berjaya dimenangi Malaysia di Sukan Olimpik

PingatNamaTemasyaSukanAcara
Bronze medal icon.svg GangsaRazif Sidek & Jalani SidekSepanyol Barcelona 1992Badminton pictogram.svg BadmintonBeregu Lelaki
Silver medal icon.svg PerakCheah Soon Kit & Yap Kim HockAmerika Syarikat Atlanta 1996Badminton pictogram.svg BadmintonBeregu Lelaki
Bronze medal icon.svg GangsaRashid SidekAmerika Syarikat Atlanta 1996Badminton pictogram.svg BadmintonPerseorangan Lelaki
Silver medal icon.svg PerakLee Chong WeiRepublik Rakyat China Beijing 2008Badminton pictogram.svg BadmintonPerseorangan Lelaki
Silver medal icon.svg PerakLee Chong WeiUnited Kingdom London 2012Badminton pictogram.svg BadmintonPerseorangan Lelaki
Bronze medal icon.svg GangsaPandelela Rinong PamgUnited Kingdom London 2012Diving pictogram.svg TerjunPlatform 10m Wanita
Silver medal icon.svg PerakPandelela Rinong Pamg & Cheong Jun HoongBrazil Rio 2016Diving pictogram.svg TerjunPlatform 10m Seirama Wanita
Bronze medal icon.svg GangsaAzizulhasni AwangBrazil Rio 2016Cycling (track) pictogram.svg Lumba BasikalKeirin Trek Berbasikal Lelaki
Silver medal icon.svg PerakChan Peng Soon & Goh Liu YingBrazil Rio 2016Badminton pictogram.svg BadmintonBeregu Campuran
Silver medal icon.svg PerakGoh V Shem & Tan Wee KiongBrazil Rio 2016Badminton pictogram.svg BadmintonBeregu Lelaki
Silver medal icon.svg PerakDatuk Lee Chong WeiBrazil Rio 2016Badminton pictogram.svg BadmintonPerseorangan Lelaki

Sumber - Wikipedia


























































 

No comments:

Post a Comment

Penaja