Penaja Utama Makmal Informasi

Nuffnang

Penaja Utama Makmal Informasi 2

Monday, August 15, 2016

Goh V Shem & Tan Wee Kiong Tundukkan Beregu No.1 Dunia di Suku Akhir Badminton Olimpik Rio 2016



Rio - Beregu negara Goh V Shem/Tan Wee Kiong yang mara ke peringkat suku akhir Badminton Olimpik Rio 2016 mencipta kejutan apabila membenam beregu no.1 dunia, Lee Yong Dae/Yoo Yeon Seong, Korea. Ini adalah satu keputusan yang amat membanggakan. V Shem dan Wee Kiong pada set pertama tunduk kepada beregu Korea tersebut dengan mata 17-21. Namun, di set kedua mereka mula bangkit dan menang 21-18 sekaligus membawa perlawanan ke rubber game. Di set ketiga, pada satu ketika V Shem dan Wee Kiong hanya mendahului kutipan 1 kutipan mata 11-10. Kemudian, mereka melebarkan jurang mata kepada 19-14 dan kemudian beregu Korea bangkit dan hampir menyamakan kedudukan 20-19 sebelum V Shem/Wee Kiong memenangi set ketiga 21-19. Goh V Shem dan Tan Wee King akan berdepan dengan beregu dari negara Tembok Besar China, Chai Biao/Hong Wei yang menewaskan V. Ivanov dan I. Sozonov (Russia).

No comments:

Post a Comment