Penaja Utama Makmal Informasi

Nuffnang

Penaja

Tuesday, August 16, 2016

Chan Peng Soon & Goh Liu Ying Cipta Kejutan Mara ke Final


Rio-Beregu campuran negara Chan Peng Soon/Goh Liu Ying turun pada harini Separuh Akhir badminton Olimpik Rio menentang Xu Chen/Ma Jin daripada China. Peng Soon/Goh Liu Ying menang set pertama dengan mudah 21-12. Pada set kedua, Xu Chen & Ma Jin memberikan tentangan, pada satu ketika beregu China itu mendahului 17-18 dan kemudian Peng Soon/Liu Ying bangkit untuk menang 21-19. Keputusan ini sekaligus melakar sejarah terbaru dalam sukan badminton negara kerana pertama kali beregu campuran negara layak ke final Badminton Sukan Olimpik. Lawan yang bakal menanti mereka adalah pemenang perlawanan antara Zhang Nan/ Zhao Yunlei (China) dan Tontowi Ahmad/Liliyana Natsir (Indonesia)

No comments:

Post a Comment

Penaja