Penaja Utama Makmal Informasi

Nuffnang

Penaja

Monday, August 15, 2016

Laluan Sukar Bagi Beregu Lelaki dan Wanita Negara di Suku Akhir - Badminton Olimpik Rio 2016



Rio - Setelah berakhirnya peringkat kumpulan bagi kategori beregu wanita, lelaki dan campuran, ketiga-tiga beregu negara dalam setiap kategori beregu layak ke suku akhir. Namun, selepas undian dilakukan lawan yang menanti beregu lelaki dan wanita negara adalah beregu pilihan no.1. Goh V Shem/Tan Wee Kiong telah diundi dan akan menentang beregu dari Korea, Lee Yong Dae/Yoo Yeon Seong. Beregu wanita negara, Vivian Hoo/Woon Khe Wei pula akan bertemu dengan beregu wanita dari Jepun dan juga merupakan beregu pilihan no.1, Misaki Matsutomo/Ayaka Takahashi. Sememangnya diatas kertas akan memihak beregu Korea dan Jepun itu namun apa-apa pun boleh terjadi.

Manakala, beregu campuran negara Chan Peng Soon/Goh Liu Ying akan turun menentang beregu campuran daripada Poland iaitu Robert Mateusiak/Nadiezda Zieba. Namun, Peng Soon/Liu Ying perlu berhati-hati dengan lawan mereka itu, kerana dalam peringkat kumpulan beregu Poland itu berjaya menumpaskan Xu Chen/Ma Jin iaitu beregu daripada China. Kita doakan yang terbaik untuk atlet-atlet badminton kita. Malaysia boleh.




No comments:

Post a Comment

Penaja