Penaja Utama Makmal Informasi

Nuffnang

Penaja

Wednesday, August 3, 2016

RESEPI TELUR MASAK SOS BUJANG STYLE


Assalamualaikum semua. Lamanya sudah saya tak kongsikan resepi di blog ni. Maklumlah hidup seorang student, kadang kala sibuk memanjang sampai takda masa nak update blog saya ni. Saya ni bukanlah tukang masak yang hebat, cuma sekadar untuk berkongsi resepi-resepi ringkas saya, maklumlah masih bujang. Hehehe. Oklah harini saya nak berkongsi resepi yang juga sangat ringkas seperti resepi-resepi yang telah saya kongsikan dulu iaitu resepi Telur Masak Sos ataupun sesetengah orang panggil Telur Masak Merah. Resepi sangat mudah dan cuma mengambil masa dalam 20-25 minit untuk membuatnya. Itu anggaran amsa sayalah. hehehe. Oklah bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi ni seperti :

  1. Telur - 2 biji
  2. Bawang merah - 2 ulas
  3. Bawang putih - 2 ulas
  4. Bawang besar - 1 biji (kecil)
  5. Sos cili - 3 sudu
  6. Cili boh - 4 sudu
  7. Gula - Secukupnya
  8. Maggi Cukup Rasa - Secukupnya
  9. Air - Sedikit air (dalam 100 ml)
  10. Minyak masak - Sekucupnya

Langkah-langkah
  1. Mula-mula panaskan minyak dan goreng telur terlebih dahulu.
  2. Setelah siap menggoreng kedua-dua telur, letakkan ke dalam pinggan dan biarkan terlebih dahulu.
  3. Kemudian, panaskan minyak lagi dan tumis bawang merah (2 ulas), bawang putih (ulas) dan bawang besar (1/2 biji) yang telah ditumbuk sehingga lumat. Tumis sehingga naik bau.
  4. Kemudian, masukkan sos cili dan cili boh. Kacau hingga sebati.
  5. Setelah kuah menggelegak masukkan gula dan Maggi Cukup Rasa untuk mengimbangi rasa. Kacau hingga sebati.
  6. Untuk mengubah kepekatan kuah, masukkan sedikit air. Gaulkan hingga sebati.
  7. Masak kuah sehingga pecah minyak.
  8. Setelah pecah minyak, masukkan telur dan 1/2 biji lebihan bawang besar yang dihiris-hiris ke dalam kuah dan gaulkan perlahan-perlahan sehingga semuanya sebati.
  9. Akhir sekali dan Telur Masak Sos sedia untuk dihidang. 

No comments:

Post a Comment

Penaja