Penaja Utama Makmal Informasi

Nuffnang

Penaja

Sunday, September 11, 2016

Malaysia Lakar Sejarah Meraih 2 Pingat Emas Sukan Paralimpik Rio 2016





Mohamad Ridzuan Mohammad Puzi telah memenangi pingat emas dalam acara 100 m T36 (cerebral palsy). Beliau mencatatkan masa 12.07 saat untuk mengetepikan pelari daripada China Yang Yifei yang mencatatkan masa 12.20 dan pelari tuan rumah Brazilm Rodrigo Parreira da Silva 12.54 saat.

Mankala seorang lagi atlet Malaysia,Muhammad Ziyad Zolkefli  berjaya meraih emas kedua melalui acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran). Yang membanggakan lagi beliau berjaya mencipta rekod baru dunia dengan lontaran sejauh 16.84 meter. Beliau memadamkan rekod dunia yang dicatatkan oleh Todd Hodgetts dari Australia (16.29 m) di Sukan Paralimpik London 2012. Dalam acara lontar peluru ini, pemenang pingat perak adalah atlet daripada Greece dengan lontaran 16.17m dan Todd Hodgetts meraih pingat gangsa (15.82 m).

Tahniah diucapkan kepada atlet di sukan Paralimpik Rio 2016 kerana berjaya mencipta sejarah baru dalam sukan negara. Sebelum ini di Paralimpik London 2012 Malaysia hanya mampu meraih 1 perak dan 1 gangsa.

No comments:

Post a Comment

Penaja