Penaja Utama Makmal Informasi

Nuffnang

Penaja

Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Monday, August 21, 2017

LIVE STREAMING KEPUTUSAN & JADUAL BOLA SEPAK MALAYSIA SUKAN SEA 2017


Live streaming Malaysia menentang Myanmar pada 21 Ogos 2017, 8.45 PM.

Untuk live streaming klik DI SINI

Thursday, July 20, 2017

Jun Hoong Juara Dunia, Menang Emas Pertama Malaysia di Kejohanan Akuatik Dunia 2017


Photo Credit to EXPRESS POINT

Tahniah Jun Hoong kerana menjadi juara dunia bagi acara 10m Platform Wanita. Ini adalah emas pertama Malaysia semenjak menyertai kejohanan akuatik dunia. Syabas diucapkan daripada Mammal Informasi. Berikut merupakan petikan berita daripada Berita Harian Online.

BUDAPEST: Atlet terjun Malaysia, Cheong Jun Hoong masih tidak percaya dia kini bergelar juara dunia apabila meraih pingat emas dalam acara 10 meter platform wanita di Kejohanan Akuatik Dunia di Budapest.
Pingat emas itu adalah yang pertama buat negara sepanjang penyertaan atlet dalam Kejohanan Akuatik Dunia berkenaan.
Lebih manis, Jun Hoong berjaya memecah dominasi jagoan China dalam acara 10 meter platform wanita berkenaan.
"Oh Tuhan, saya juara dunia!" kata Jun Hoong.
"Saya mengharapkan pingat, tetapi saya tidak menjangka mampu mengalahkan penerjun China," katanya.

Jun Hoong memenangi pingat emas itu selepas meraih 397.50 mata, menumpaskan juara Olimpik, Ren Qian yang sekadar berpuas hati meraih pingat gangsa (391.95 mata).
Pada kejohanan edisi 2015, Qian memenangi pingat perak acara itu.
Seorang lagi penerjun dari China, Si Yajie meraih pingat perak di belakang Malaysia dengan kutipan 396.00 mata.
Si Yajie yang tewas kepada Jun Hoong dengan perbezaan 1.50 mata mengakui terkejut dengan kekalahannya kali ini.
Ini kerana, penerjun dari China sudah lama mendominasi acara itu di kejohanan dunia dengan memenangi 22 pingat, melebihi 16 daripada negara lain.
"Kemenangan Cheong (Jun Hoong) agak mengejutkan saya, namun saya ucapkan tahniah kepadanya," kata Si.
Dalam aksi pagi tadi, Kim Kuk Hyang dari Korea Utara, yang memenangi pingat emas pada 2015 sekadar menduduki tempat keempat dengan 388.55 mata. - AFP

Wednesday, July 19, 2017

Speedy Jantan Pecahkan Rekod 200 Meter Berusia 49 Tahun Jegathesan

*Photo credit to Berita Harian Online



Speedy Jantan atau nama sebenarnya Khairul Hafiz Jantan berjaya memecahkan rekod kebangsaan bagi acara 200 meter dengan catatan 20.90 saat. Rekod kebangsaan terdahulu yang selama ini dipegang oleh Tan Sri Dr M Jegathesan ialah 20.92 saat, dilakar di Sukan Olimpik Mexico Tahun 1968. Speedy Jantan berjaya memecahkan rekod tersebut di Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 2017 di Stadium Nasional, Bukit Jalil 18 Julai 2017.

Tahniah diucapkan daripada pihak Makmal Informasi. Semoga akan sentiasa cemerlang pada masa akan datang.

*Sumber Berita Harian Online 


Tuesday, July 18, 2017

Kedudukan Ranking FIFA Terkini Pasukan Malaysia 2017


Kedudukan Ranking FIFA terkini 2017 pasukan Malaysia adalah di ranking 167. Kedudukan Pasukan bola sepak Malaysia jatuh sebanyak 12 anak tangga jika dibandingan dengan ranking yang sebelum ini. Ranking ini untuk setakat 6 Julai 2017. Kedudukan ranking FIFA akan dikemaskini dari masa ke masa.






Sunday, September 11, 2016

Muhammad Ziyad Cipta REKOD DUNIA Sukan Paralimpik Rio 2016 - Lontar Peluru





Muhammad Ziyad Zolkefli  berjaya meraih emas kedua melalui acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran). Yang membanggakan lagi beliau berjaya mencipta rekod baru dunia dengan lontaran sejauh 16.84 meter. Beliau memadamkan rekod dunia yang dicatatkan oleh Todd Hodgetts dari Australia (16.29 m) di Sukan Paralimpik London 2012. Dalam acara lontar peluru ini, pemenang pingat perak adalah atlet daripada Greece dengan lontaran 16.17m dan Todd Hodgetts meraih pingat gangsa (15.82 m).

Malaysia Lakar Sejarah Meraih 2 Pingat Emas Sukan Paralimpik Rio 2016





Mohamad Ridzuan Mohammad Puzi telah memenangi pingat emas dalam acara 100 m T36 (cerebral palsy). Beliau mencatatkan masa 12.07 saat untuk mengetepikan pelari daripada China Yang Yifei yang mencatatkan masa 12.20 dan pelari tuan rumah Brazilm Rodrigo Parreira da Silva 12.54 saat.

Mankala seorang lagi atlet Malaysia,Muhammad Ziyad Zolkefli  berjaya meraih emas kedua melalui acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran). Yang membanggakan lagi beliau berjaya mencipta rekod baru dunia dengan lontaran sejauh 16.84 meter. Beliau memadamkan rekod dunia yang dicatatkan oleh Todd Hodgetts dari Australia (16.29 m) di Sukan Paralimpik London 2012. Dalam acara lontar peluru ini, pemenang pingat perak adalah atlet daripada Greece dengan lontaran 16.17m dan Todd Hodgetts meraih pingat gangsa (15.82 m).

Tahniah diucapkan kepada atlet di sukan Paralimpik Rio 2016 kerana berjaya mencipta sejarah baru dalam sukan negara. Sebelum ini di Paralimpik London 2012 Malaysia hanya mampu meraih 1 perak dan 1 gangsa.

Penaja